Dah ada isteri yang sempurna masih nak cari yang lain, ingat isteri tu apa? Tunggul? Wahai suami silalah sedar diri, jangan ingat hidup ini berlandaskan nafsu semata, ingat tuhan dan jagalah hati isterimu. Kalau tak sedia nak kahwin, jangan kahwin.

Mari kita sama-sama membaca satu perkongsian menarik dari saudara Amir Syahir berkaitan perkara yang dinyatakan di atas.

Ada Lelaki Yang Memang Punya Isteri Yang Bagus Tapi Masih Mahu Lagi Yang Lain

Dalam kereta selepas balik dari beli barang dapur, tiba-tiba isteri aku tanya “Apa yang lelaki nak sebenarnya dalam hidup ni. Terutamanya yang dah berkahwin la”.

Aku diam saja. Otak tengah bekerja mencari jawapan yang sesuai. Takut salah jawab nanti, jenuh aku. Aku pandang dia. Muka dia macam berfikir sesuatu. Lepas itu dia sambung, “kalau tiada anak, dia cakap nak kahwin lain sebab nak ada anak, ada pewaris daripada darah daging sendiri. Namun bila ada anak, ada jugak yang masih cari yang lain.

IKLAN

Bila isteri tidak bekerja dia cakap rasa beban semua kena tanggung. Lepas itu cari lain yang berkerjaya kononnya boleh bantu dia. Tapi bila dapat isteri yang berkerjaya, yang ada pendapatan tetap, dia masih cari yang lain. Ada isteri yang cantik, putih gebu, ada anak-anak yang comel pun masih nak berseronok cari yang lain di luar. Kalau isteri tidak pandai bergaya dia cakap macam-macam.

Memang pening dengan lelaki ni. Tidak tahu apa yang mereka nak dalam hidup. Kalau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah kahwin. Enjoy lah puas-puas.Panjang lebar jugak isteri aku meluahkan pendapat dia. Mungkin isu ini dah lama terpendam dalam hati dia. Mungkin dia simpati ada kaum dia yang terkena dengan lelaki jenis macam itu. Aku hanya mendengar saja. Telan air liur jugak nak jawab persoalan ini.

IKLAN

Aku rasa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Ada isteri cantik, dia masih mahu yang cantik lagi. Ada isteri yang baik dan bertanggung jawab, nak yang muslimah lagi. Golongan yang selalu fokuskan apa yang mereka tidak ada daripada bersyukur dengan apa yang mereka sudah ada. Mereka tidak ada isteri yang cantik dan berbadan kurus, pastu nak cari lain yang cantik dan kurus. Tapi mereka tidak sedar, isteri mereka sekarang sangat baik dan pandai memasak.

IKLAN

Ingatlah, isteri kau bukan malaikat. Dia cuma manusia biasa yang punya kekurangan. Kau kahwinlah dengan sepuluh orang perempuan sekalipun, kau tidak akan pernah jumpa yang sempurna. Jadi, dalam rumah tangga ini, jangan mencari apa yang kau tidak ada. Tapi hargailah apa yang kau sudah ada. Kalau kau nak cari kesilapan dan kekurangan pasangan kau memang akan jumpa. Tapi cuba kau terima diri pasangan kau seadanya. Kau tentu akan tenang.

Bersyukurlah kerana dikurniakan pasangan buat menemani kau sepanjang kehidupan ini. Dan kau harus lebih bersyukur jika Allah kurniakan kau zuriat bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Kau asyik kejar apa yang kau tiada, tapi dalam masa yang sama kau tak tahu ada orang yang inginkan kehidupan yang kau ada sekarang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI