Hubungan

Adakah Suami Punya Hak Untuk Simpan Separuh Dari Duit Gaji Isteri Untuk Belanja Rumah?

Share

Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan saya mempunyai pendapatan bulanan. Menjadi persoalan saya ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

 

Adakah suami berhak atas duit isteri ustaz?

Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:

Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin.

Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah. Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya. Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

IKLAN