Jelas tergambar fasa bahagia menerusi perkongsian pelakon, Aedy Ashraf tentang hubungannya dengan aktres, Amelia Henderson, kecantikan dan rupa paras bukan faktor utama dia jatuh cinta.
Memetik mStar Online, Aedy berkata kecantikan tidak akan kekal lama tetapi personaliti Amelia membuatkan dia tertarik, malah dia kekasihnya itu membuatkan dirinya rasa selamat.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
Ads
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik. Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada kecantikan dalam bercinta,” katanya.
Ads
Sementara itu, Aedy berkata dia tidak pernah meletakkan perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apatah lagi mereka sibuk dalam kerjaya.
Ads
“Belum ada perancangan lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhada apa diusahakan. Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” katanya.
Apa pun Pesonan Pengantin mendoakan agar hubungan cinta pasangan pelakon ini terus bahagia sampai ke jinjang pelamin. Doakan yang baik-baik, semua peminat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fenomena Aurora merupakan antara salah satu keajaiban di dunia ini. Bagi anda yang gemar mengembara tentunya ada dalam senarai ‘wishlist’ untuk melihat fenomena ini di depan mata sendiri bukan?
Ada tujuh negara kita berpeluang melihat fenomena Aurora Borealis iaitu di Norway, Iceland, Finland, Swedan, Canada, Alaska (USA) dan Rusia. Waktu terbaik untuk ke lokasi-lokasi tersebut ialah antara bulan September hingga April. Namun waktu yang paling ‘cantik’ untuk menikmati Aurora Borealis adalah pada bulan Disember dan Januari.
Bagi pasangan yang gemar mengembara, boleh jadikan destinasi ini sebagai lokasi berbulan madu. Boleh kumpul duit sedikit demi sedikit.
Menerusi perkongsian Azira Aziz yang kini menetap di Norway, selama 11 tahun berada di Norway, dia sebenarnya pernah melihat aurora di langit namun tidak menyedarinya. Malah Azira hanya menganggapnya sebagai awan biasa sahaja.
Demi merealisasikan impiannya untuk melihat Aurora yang ‘sebenar’ maka wanita ini telah menyertai trip aurora. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kongsinya lagi, masing-masing menguji telefon bimbit dan kamera sementara menunggu Aurora muncul.
“Ketika itu jam 7.24 malam. Hampa. Bacaan KP pun 0 dan peluang tengok Aurora pun 0. Hmmm, takpalah. Kalau takde ni, kena mai balik semula hujung bulan oktober. Pasti ada aurora,” katanya.
Perjalanan diteruskan hingga ke Skibotn Lyngenfjord. Ketika itu ujar Azira, banyak awan dapat dilihat. Azira dan rombongan tripnya menunggu sehingga setengah jam. Agak lama juga mereka berdiri. Ada juga yang sudah mula ‘membeku’ gara-gara lupa membawa sarung tangan, tertinggal sarung tangan di dalam van, lupa beli dan sebagainya. Kebanyakannya ujar Azira pelajar-pelajar dari Jordan.
Tiba-tiba seorang daripada mereka bersuara kerana ternampak cahaya berwarna hijau. Azira segera menunjukkan gambar yang dirakamnya kepada pemandu pelancong. Ternyata memang itulah aurora yang masing-masing ingin melihatnya.
“Semua peserta bersorak kerana kami berjaya ‘jumpa’ Aurora bukannya pemandu pelancong. Bangga jugalah kami ketika itu,” jelas Azira.
Ujar Azira lagi, dia sempat berdoa agar diberikan peluang untuk melihat sendiri ‘kehadiran’ Aurora. Sebelum itu, setiap hari Aurora kelihatan di langit. Bacaan KP 9. Namun ketika rombongan Azira ke lokasi tersebut, cuaca agak buruk dan hari pula hujan. Awan pula penuh dilangit. Azira hanya mampu bertawakal sahaja. Alhamdulillah akhirnya hajat untuk Azira melihat sendiri Aurora akhirnya tercapai juga.
TIP UNTUK MELIHAT AURORA YANG DIKONGSIKAN OLEH AZIRA:
Cuba:
Iso: 1600
Focus: manual
Speed: 4
Walau bagaimanapun anda harus bersedia kerana bukannya pasti Aurora akan memunculkan diri. Semuanya bergantung kepada keadaan juga.
Selain tempat-tempat yang disebutkan, Utara China, Scotland, Estonia, Faroe Island dan Ireland, Utara China juga antara tempat-tempat Aurora dapat dilihat namun begitu kebarangkaliannya adalah rendah. Pendek kata semuanya bergantung kepada nasib.
Raut wajah penuh kegembiraan dan kesyukuran jelas terpancar di wajah pelakon Hanna Aqeela tatkala sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, seorang akauntan, Muhammad Farid Sakri bertempat di Putra Glass Hall Shah Alam, Selangor pada 13 Mei lalu.
Hanna, 32, berkata, selepas menjalani hubungan jarak jauh bersama kekasihnya selama tiga tahun, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan dua minggu lalu.
Menurut Hanna lagi, mereka telah berkenalan sejak lapan tahun yang lalu dan melalui episod percintaan secara jarak jauh akibat pandemik dan Muhammad Farid bertugas di Labuan, Sabah.
“Alhamdulillah…Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah, suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur.
Bersaksikan 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat, pasangan ini selamat dinikahkan pada 13 Mei lalu diikuti majlis resepsi pada keesokan harinya. Hanna tampak anggun dan manis mengenakan sepasang baju kurung moden rekaan Amaze dan didandan rapi oleh makeupbynurulmf.
Manakala dekorasi Putra Glass Hall Shah Alam pula mendapat sentuhan Melur Putih yang sememangnya terkenal dengan sentuhan dekorasi nan eksklusif dan elegan. Tema ‘Garden Wedding’ menjadi pilihan kedua mempelai memandangkan Hanna mengimpikan majlis perkahwinan tersebut untuk hari bahagianya.
“Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema ‘ala ala garden’ tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa ‘outdoor’ itu ke ‘indoor’.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan,” kata Hanna.
Sekadar info, walaupun mempunyai rupa paras yang cantik dan lemah lembut, Hanna sebenarnya seorang wanita yang lasak dan mencintai aktiviti luar antaranya bermain futsal dan hiking. Malah Hanna atau nama sebenarnya Hanna Aqeela Mohd Rosni mempunyai pasukan bola sepak sendiri dan turut menyertai beberapa pertandingan.
Malah antara wishlist pelakon berusia 32 tahun ini ialah mendaki Gunung Kinabalu sebelum bergelar isteri dan hajatnya tercapai apabila dia dapat menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu sebelum menjadi isteri Muhammad Farid!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh sampai di sini, pelakon wanita, Erynne Erynna, 27, mendedahkan ikatan perkahwinannya bersama Muhamad Afify Sazali sudah terlerai.
Berita duka penceraian dikongsikan pemilik nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah itu menerusi Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Jika dahulu pada tahun 2019 saya kongsi berita gembira telah berkahwin, kini dengan dukacitanya saya memaklumkan sudah bercerai.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang ALLAH takdirkan buat kami, maka bercerailah kami atas izin-NYA.
“Segala puji bagi ALLAH. Sungguh, ini ujian yang amat berat. ALLAH menduga dan memberi ujian pada hamba hamba-NYA yang DIA sayang dan tidak akan menguji lebih daripada kemampuan,” titip Erynne.
Biarpun sudah membawa haluan sendiri, pelakon filem Congkak dan Damping Malam itu tidak membenci. Malah Erynne mengakui bekas suaminya ayah yang baik buat cahaya hati mereka.
“Pun begitu, bekas suami adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
“Alhamdulillah Ya Rahman Ya Rahim. Dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada Medinah, memberikan kasih sayang yang sepatutnya, insya-ALLAH.
“To Muhamad Afify, thank you for everything. May ALLAH guide, ease, bless and protect you and our family always.
“Doakan baik-baik untuk kami sekeluarga ya. Kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” titipnya.
Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Muhamad Afify Sazali pada 17 April 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Medinah berusia tiga tahun.
Terdahulu, Medinah menderita penyakit duplex kidney dan selamat menjalani pembedahan pada tahun 2022.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...