Tahukah anda, sikap saling memberi motivasi agar bersenam dan mengeluarkan peluh boleh mengeratkan lagi hubungan cinta antara suami isteri? Apatah lagi jika senaman dilakukan bersama-sama, Sekaligus dapat memberi pengalaman baharu sambil mengenali pasangan dengan lebih rapat lagi.

Lebih mengujakan, bersenam dengan pasangan tidak memerlukan kamar khas, cukup dengan sebuah ruang terbuka dan selesa untuk bernafas bersama!

Banyak kelebihan yang boleh dikongsi sewaktu anda dan pasangan bersenam. Pada awalnya, mungkin terdapat sedikit perbezaan terhadap tahap kecergasan masing-masing tapi itu bukanlah halangan. Banyak lagi alasan untuk mencuba aktiviti ini bersama-sama.

Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah  BAHAGIA Sama-Sama!

(1) Keselamatan

Apabila pasangan anda melihat setiap gerak langkah senaman yang dilakukan, keselamatan akan lebih terjamin berbanding melakukannya berseorangan diri. Siapa lagi yang lebih khuatir akan keselamatan anda daripada dirinya, bukan?

(2) Masa Berkualiti

Anda berdua dapat meluangkan lebih masa bersama selepas penat bekerja. Daripada bersenam di gimnasium seorang diri, aturkan waktu senaman yang sesuai dengan masa anda berdua. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat mencapai sasaran kecergasan, bahkan tidak mengorbankan satu-satunya masa dengan si dia.

(3) Minat Yang Serupa

IKLAN

Letakkan senaman dalam senarai minat dan hobi yang dikongsi bersama. Jadikan ia sebagai aktiviti unik yang menyeronokkan.

Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah  BAHAGIA Sama-Sama!

(4) Motivasi & Sokongan

Pasangan anda merupakan pemberi galakan yang terbaik. Ini menjadikan anda lebih konsisten dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

(5) Keintiman

IKLAN

Senaman mengeluarkan sejenis kimia di dalam otak yang mencetuskan perasaan gembira, mengurangkan stres serta merangsang libido. Beberapa kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang kerap bersenam mempunyai kesihatan seks yang amat baik.

(6) Respek & Harga Diri

Mengambil berat tentang tubuh dan kesihatan anda menunjukkan betapa anda mahu memberi yang terbaik kepada mereka. Bukan sahaja menyerahkan hati dan perasaan, malah seluruh diri anda untuk dirinya.

(7) Keseimbangan

Golongan wanita lazimnya menggemari senaman kardio manakala lelaki pula menggemari latihan kekuatan. Dengan menggabungkan kedua-duanya, anda dan pasangan dapat menikmati semua kebaikan. Kecapi pengalaman kecergasan baru bersama-sama.

IKLAN

Jenis-Jenis Senaman

Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah  BAHAGIA Sama-Sama!

(i) Berdansa
Sambil memutarkan lagu-lagu kegemaran, gerakkan kaki dan ayunkan pinggul anda dengan pasangan tercinta. Antara senaman berbentuk tarian yang menyeronokkan adalah Zumba, diinspirasikan dari Latin dengan gerak langkah seksi untuk membakar kalori berlebihan. Selain itu, anda berdua juga boleh mencuba tarian salsa, ballroom atau hip-hop.

Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah  BAHAGIA Sama-Sama!

(ii) Aktiviti Luar
Bagi segelintir pasangan, aktiviti luar dapat mengeratkan lagi hubungan yang semakin renggang. Nikmati kesegaran udara dan panahan mentari dengan berbasikal, sama ada mengayuhnya di tengah bandar atau sekadar di taman tasik. Sambil melihat pemandangan, aktiviti ini juga akan menguatkan stamina anda berdua. Aktiviti lain seperti mendaki, merentas hutan, berkhemah atau paragliding.

Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah  BAHAGIA Sama-Sama!

(iii) Aktiviti Menenangkan
Menggunakan pendekatan Zen untuk kecergasan, aktiviti yoga yang dilakukan dengan pasangan dapat membakar kalori, menguatkan dalaman, mengurangkan stres dan meninggalkan mood yang baik. Pengamal yoga juga dikatakan cenderung makan lebih seimbang dan menyihatkan. Aktiviti lain yang sesuai ialah pilates, berkayak dan berenang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI