Beberapa hari lalu, isteri yang juga pengurus kepada penyanyi Mark Adam memaklumkan bahawa suaminya itu telah disahkan positif COVID-19 dan sedang kuarantin di rumah.

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19
Norazah Redzuan, isteri kesayangan Mark Adam.
“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19
Pasangan bahagia dan sepadan!

Isteri Mark Adam yang dikenali sebagai Ezan atau nama sebenarnya Norazah Redzuan memaklumkan perkara itu menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Biarpun isterinya disahkan negatif tetapi dia meminta pengikut-pengikutnya mendoakan kesihatan mereka agar kembali sembuh seperti sediakala.

Tulisnya di ruangan kapsyen:-

“Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan setiap ujian Mu..Aku bersyukur kerana aku diberi peluang berdepan dengan masalah ini, dan aku yakin Engkau memilih aku kerana aku kuat dan mampu menghadapinya..”

Ezan juga dilihat sentiasa memberi kata-kata semangat buat suami kesayangannya itu agar kuat menempuh ujian serta tak mudah mengalah. Ezan berjanji akan sentiasa berada di sisi Mark untuk sama-sama ‘berjuang’ menempuh ujian tersebut.

IKLAN

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19Bertuahnya Mark Adam kerana dikurniakan isteri yang sangat baik, penyayang dan berjiwa prihatin.

Setiap hari berkonsepkan ‘room services’ Ezan akan menghantar makanan ke bilik suaminya dikuarantin. Dari makan tengah hari, minum petang sampailah ke makan malam. Memang nampak menyelerakan sungguh makanan-makanan tu semua!

IKLAN

Namun begitu, semalam, Ezan pula disahkan positif COVID-19. Allahu!

Menerusi posting terbaru di akaun Instagram milik Ezan, kapsyennya ditulis begini:-

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19“Akhirnya Tewas…. Tiada lagi room service, Tiada lagi Video Call, Tiada lagi bilik asing, Tiada lagi CCTV we back together.. Aturan Allah tu cantik sekali..”

IKLAN

Mark Adam tak ketinggalan memuat naik status di Instagram mendoakan isterinya agar segera sembuh. Dia juga berterima kasih kepada para pengikut yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat buat dirinya dan isteri.

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19“Semoga cepat sembuh @ezzpowers insyaallah. Thank u so much guys for the doa and kata kata semangat, please stay safe always everyone… as much as i and family are always very cautious about covid-19 we will never know kat mana dia berada so kita kena berjaga2 selalu… kepada semua di luar sana Stay safe always and take care of your family”

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” MARK ADAM & Isteri Positif COVID-19Semoga Mark Adam dan isteri terus tabah dan kuat menempuh ujian ini. Semoga cepat sembuh seperti sediakala. Insha-Allah pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI