Majalah Pesona Pengantin dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Hari Terbuka Perkahwinan 2019 yang akan diadakan pada 23 dan 24 Februari 2019 ini. Acara ini terbuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan tujuan mempamerkan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sebagai destinasi sesuai untuk majlis perkahwinan anda.

Kepada semua pasangan atau bakal pengantin di luar sana anda di jemput untuk memeriahkan lagi acara ini. Pelbagai aktiviti dan aturcara menarik yang menanti anda. Anda akan mendapat banyak informasi berguna daripada acara ini. Hadiah menarik juga bakal menanti kepada pemenang bertuah.

Aktiviti Menarik Bakal Menanti Anda Di ‘Wedding Open Day 2019’ !

Dapatkan ilham dekorasi perkahwinan, pelamin indah dan segala berkaitan dengan majlis perkahwinan anda di sini bersama yang tersayang.

 

Aktiviti Menarik Bakal Menanti Anda Di ‘Wedding Open Day 2019’ !

IKLAN

 

Bukan itu sahaja, acara yang di sediakan juga sangat menarik ! Antaranya pertandingan pertandingan menghias kek fondant pada 23 Februari (Sabtu) 9.00 pagi yang menanti pengunjung bagi sesiapa yang menghadiri acara ini. Anda akan dapat melihat bagaimana kah agaknya idea dekorasi yang mereka akan tampilkan untuk memenangi pertandingan ini.

 

IKLAN

Aktiviti Menarik Bakal Menanti Anda Di ‘Wedding Open Day 2019’ !

 

Pada sebelah petang pula adalah pertandingan Gubahan Sireh Junjung yang akan berlangsung pada pukul 2.00 petang. Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mempelajari sedikit sebanyak mengenai gubahan sireh junjung ini.

IKLAN

 

Aktiviti Menarik Bakal Menanti Anda Di ‘Wedding Open Day 2019’ !

 

Selain itu, antara acara yang menanti pengunjung adalah pada 24 Februari (Ahad) pada pukul 9.00 pagi iaitu pertandingan solekan pengantin yang terbuka kepada orang awam yang telah berdaftar. Hadiah bertuah akan menanti buat bakal pemenang! Tidak hanya pertandingan, anda juga boleh beramah mesra bersama makeup artis terkenal tanah air yang akan turut hadir memeriahkan acara ini.

Banyak informasi yang berfaedah anda boleh peroleh dari acara ini. Ajak pasangan anda untuk memeriahkannya ok!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI