Bila sudah berumahtangga, ujian dan rezeki yang Allah berikan berbeza. Bagi pasangan personaliti media sosial Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah, rezeki yang diberikan kepada mereka kini diterima dengan penuh rasa syukur. Malah, Alif sendiri akui tidak malu menerima rezeki yang ada di depan mata. 

 

ALIF TEEGA Akui Tak Malu Tumpang Rezeki Isteri & Anak-Anak, Contoh Suami Isteri IDOLA! 
Kredit foto: Instagram Alif Teega

 

Baru sahaja menerima kelahiran anak kedua, Hassan Syarif, pasangan ini banyak memberi nasihat bukan sahaja soal rumahtangga dan tanggungjawab suami isteri malah turut berkongsi tentang ilmu keagamaan. Pendek kata, Alif dan Aisyah menjadi idola kepada kebanyakkan followers mereka. 

 

Menerusi beberapa posting di laman Instagram Alif, coretannya tentang isteri tersayang terlalu banyak. Bahkan suami dan isteri ini saling menghargai di antara satu sama lain. 

Ads

 

ALIF TEEGA Akui Tak Malu Tumpang Rezeki Isteri & Anak-Anak, Contoh Suami Isteri IDOLA! 

ALIF TEEGA Akui Tak Malu Tumpang Rezeki Isteri & Anak-Anak, Contoh Suami Isteri IDOLA! 
Kredit foto: Instagram Alif Teega

 

Alhamdulillah saya ni cukup beruntung dan bertuah. Allah pilih saya untuk hidup bersama mereka. Menjadi ketua keluarga buat Aisyah, Khadeejah dan Hassan. Pimpin dan bimbing mereka untuk hidup dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Besar tanggungjawab, tapi sangat mudah bila dikurniakan seorang isteri yang all rounder. Sama-sama membina keluarga Islam, sama-sama mencari rezeki.  

Ads

 

Sebab itu saya tak malu. Saya okay je orang kata saya menumpang rezeki Aisyah bahkan saya akur dan saya bangga. Memang Aisyah dan anak-anak asbab rezeki saya Alhamdulillah.
 

Keluarga makin membesar, rezeki juga InsyaAllah makin bertambah. Itu janji Allah. Moga dengan rezeki yang Allah tuliskan untuk saya dan keluarga tidak membinasakan kami di akhirat nanti. Harta yang berguna untuk agama, ilmu yang bermanfaat, umur yang berkat. Amin. 

 

ALIF TEEGA Akui Tak Malu Tumpang Rezeki Isteri & Anak-Anak, Contoh Suami Isteri IDOLA! 
Kredit foto: Instagram Alif Teega

Dulu masa hidup bujang, ujiannya lain. Bila hidup berkeluarga lebih-lebih lagi bila beranak dua ni ujiannya pun lain. Moga Allah kekalkan rasa cinta sayang dalam keluarga ini hingga ke syurga. Moga Allah pelihara hubungan ini InsyaAllah. Moga Allah pelihara Aisyah, pelihara Khadeejah dan Hassan. Amin. 

Ads

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI