Bakal pengantin boleh cuba petua amalkan minum teh habbatus sauda untuk kekalkan badan kurus di bahagian badan punggung, perut dan pinggang.
Petua minuman yang dikongsikan Doktor Rizal Abu Bakar ini hanya memerlukan tiga bahan yang mudah untuk didapati terutama ramuan pentingnya iaitu biji Habbatus Sauda.
AMALKAN MINUM TEH INI UNTUK KEKAL KURUS
Kalau nak maintain slim, nak langsing bahagian punggung, perut dan pinggang. Amal minum teh Habbatus Sauda.
Amal minum secawan sebelum breakfast. Petua ini juga elok ya untuk batuk dan selesema. Boleh bagi dekat anak.
Sebuah rumah tangga yang bahagia tentunya disulami dengan persefahaman, sikap toleransi dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Jika sudah jodoh, tidak kisah latar belakang bagaimana pun seseorang itu, pasti akan hidup bersama.
Seperti kisah Suriati Mohd Shukor, 45, wanita normal yang juga jurubahasa isyarat ini memilih suaminya, Madatul Akma Jusoh, 43, lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak sebagai suami.
Pasangan ini bertemu jodoh hampir 14 tahun lalu. Perkongsian Suriati dilaman TikTok mencuri perhatian warga maya apabila dia menceritakan kisah pertemuan dengan suaminya.
“Walaupun suami pekak namun tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak pernah dilupakan, dia insan sangat istimewa bagi saya dan tiga anak kami, malah rumah kami tetap meriah biarpun tanpa suara ketua rumah,” kata Suriati.
Kini pasangan bahagia berkenaan yang tinggal di Mergong, di sini, mempunyai seorang anak perempuan dan dua lelaki berusia antara lima hingga 12 tahun.
Menurut Suriati, detik pertemuannya dengan suami yang juga bekas pemain bola sepak orang pekak negara bermula ketika dia menjadi jurubahasa untuk latihan pasukan bola sepak itu bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia Pasifik.
Tambah Suriati lagi ketika itu dia juga sedang mengikuti kursus diploma jurubahasa Bahasa Isyarat di sebuah universiti di bawah tajaan kerajaan selama tiga tahun bermula pada 2007.
“Tak sangka Allah SWT temukan jodoh saya dengan pasangan pekak. Suami cuma pekak tetapi tidak bisu, namun dia tidak boleh bertutur dan hanya ada beberapa perkataan yang boleh disebut tetapi tidak betul.
“Saya masih ingat zaman berkawan dulu 13 tahun lalu cara kami berkomunikasi hanya melalui panggilan video (melalui Internet) tetapi kosnya mahal tidak macam sekarang. Semua itu kenangan manis untuk kami berdua,” katanya.
Katanya, tidak dinafikan orang luar menganggap mereka pasangan yang unik kerana ada yang menyangka golongan itu biasanya akan mengahwini komuniti mereka juga.
“Sebenarnya kita semua sama saja dan pada saya orang normal memilih pasangan istimewa adalah biasa, malah saya bersetuju orang kata pasangan kita adalah pelengkap hidup kita.
“Suami mudah bertoleransi dengan kerjaya saya yang banyak berkerja di luar kawasan.
Walaupun suami ada kekurangan itu tetapi dia tetap sama seperti ketua keluarga lain yang menggalas tanggungjawab menjaga dan mencari rezeki untuk keluarga,” katanya juga kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan banyak menjadi jurubahasa isyarat program televisyen.
Bercerita lanjut, Suriati berkata, dia belajar bahasa isyarat kerana mahu bersembang dengan rakannya berstatus orang pekak yang juga adik kepada sahabat baiknya bagi memudahkan komunikasi antara mereka ketika berusia 13 tahun.
Bagaimanapun katanya, ketika itu dia hanya mengetahui yang asas dan bentuk isyarat huruf dan mengeja satu-satu ketika bersembang dengan rakannya itu.
“Rakan akan mengajar dan menunjukkan kosa isyarat jadi saya lebih faham dan kemudiannya saya menjadi sukarelawan Persatuan Orang Pekak Kedah pada awal tahun 2002 dan semakin banyak yang saya belajar dalam bahasa itu.
“Pada saya bahasa isyarat ini sama saja dengan bahasa asing lain, jika kita selalu guna dan belajar jadi mudah biarpun pada mulanya memang agak sukar untuk fahami dan hafal bentuk serta pergerakan tangan,” katanya pernah bertugas sebagai sukarelawan Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia di Langkawi, Kedah pada 2003.
Berhubung perkongsian videonya di TikTok, Suriati berkata, dia hanya mahu mengikut trend di aplikasi sosial itu dan mengakui tidak menyangka ia akan mendapat perhatian warganet itu.
“Ini juga untuk kesedaran orang ramai mengenai komuniti pekak kerana biasanya orang fikir individu pekak akan berkahwin dengan orang pekak saja, perkahwinan pekak dan bukan pekak tiada masalah jika tiada halangan komunikasi.
“Pekak adalah kecacatan yang tak terlihat, kita hanya tahu orang itu pekak apabila dia menggunakan bahasa isyarat.
“Justeru saya mahu menyarankan orang normal untuk belajar bahasa itu walaupun hanya yang asas saja supaya dapat berkomunikasi dengan mereka kerana kita tidak mahu mereka rasa terpinggir
“Mereka juga memerlukan informasi serta apa saja isu semasa mereka juga tahu dan ingin tahu.
“Malah mereka yang ada ahli keluarga yang pekak juga sangat disarankan mahir bahasa itu supaya dia tidak mencari orang lain untuk mengadu masalah,” katanya.
Kalau nak, seribu daya. Dalam masa sehari suami ini deko rumahnya yang asalnya nampak tak kemas jadi berubah tersusun cantik. Memang menakjubkan!
Macam apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett, dia memujuk suaminya mengubah suai rumah dalam masa yang pantas, siap 24 jam.
Nak tahu macam mana dia buat, baca perkongsian kali ini.
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku.
Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), kubentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24 jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic.
Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punya kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.
Inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila suami balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper. Jadi mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sebab termasuk upah dia pergi beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak-anak dah tak sepahkan rumah. Sanak-saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam rumah.
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia di rumah dan di sisi anak isteri.
Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
Anda bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anda. Kebiasaannya sebagai rakan, anda tidak hanya datang kosong. Tentulah ada buah tangan untuk rakan anda sebagai meraikan perkahwinan mereka.
Selalunya yang menjadi masalah tentulah hadiah apa yang ingin diberikan pada rakan anda dan pasangan. Sebenarnya faktor utama pemilihan sesuatu hadiah itu ialah hadiah apa yang ingin diberikan kepada rakan anda itu.
Melalui satu perkongsian dilaman Twitter, Iffat Salleh berkongsi tip pemilihan hadiah untuk diberi pada rakan yang berkahwin.
Nak pergi kenduri kahwin kawan, tapi tak tahu nak bagi hadiah apa? Anda kena tahu dulu apa fungsi hadiah itu, barulah senang nak pilih.
Ini tip ringkas berkenaan hadiah perkahwinan.
1. First of all, hadiah tak wajib bagi. Cukup sekadar hadir ke majlis. Bila sudah dijemput ke kenduri kahwin, anda WAJIB pergi! Hadiah tu extra, kalau bagi, kawan anda akan lebih appreciate.
2. APA FUNGSI HADIAH?
Hadiah untuk pengantin ni akan digunakan oleh mereka lepas majlis nanti. Lebih bagus jika hadiah anda boleh digunakan bertahun-tahun, tersemat memori korang dalam kehidupan dia.
3. Anda kena faham, lepas kahwin memang akan pakai banyak duit untuk beli barang dan masuk rumah baru. Jadi kena pilih hadiah yang sesuai dengan situasi selepas kahwin.
4. Selalunya kalau dulu-dulu orang bagi set cawan dan pinggan. Betul dah tu, sangat berguna untuk rumah baru pengantin. Tapi kalau 30 org bagi set yang sama, termuntah kawan tu nak susun cawan. 20 tahun pun belum tentu diguna, hiasan je dalam almari.
5. Ini beberapa hadiah lain yang anda boleh bagi:
> Hiasan rumah
> Pokok artificial
> Pembakar roti
> Oven/microwave
> Vacuum
> Drill
> Set baju couplerumah
> Set baju tidur
> Set tuala mandi
> Sarung tilam
> Set pisau
> Water heater
> Water filter
> Carpet
> Mini sound system
> kasut sukan
> Set stokin
> Rak pinggan
> Kuali / periuk
> Set sudip
> Batu lesung
> Parang
Boleh dapat gambaran dah hadiah apa yang sesuai untuk pengantin?
6. Hadiah yg disenaraikan ni mungkin nampak pelik, tapi believe me, mereka akan gembira bila terima hadiah begini. Mereka akan lebih menghargainya dan mengingati anda setiap kali nampak peralatan yang mereka guna.
7. Semua itu boleh dapat di mr diy, homeware malah eco pun ada set tupperware dan pinggan yang cantik-cantik. Tak perlu cari yang mahal, yang penting ada fungsinya selepas mereka selesai kahwin nanti.
8. Lepas ni jangan bagi benda yang sama je, bagi something out of the box.
Fikirkan apa yang mereka perlukan 2-3 tahun akan datang. Tak perlu mahal, asalkan ianya berguna.
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...