Surah ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah. Al Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
Jika dibaca 1000 kali, insyaAllah rezeki akan bertambah.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
IKLAN
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
IKLAN
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
IKLAN
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Khasiat untuk Perubatan :
Surah Al-Kautsar ini dapat menjadi ubat penyakit mata seperti bengkak, berair, dan gatal-gatal. Caranya yaitu dengan mengambil segelas air tawar kemudian bacakan surat Al-Kautsar sebanyak 10 kali diatas segelas air tawar tadi kemudian sapukan air itu kebahagian mata yang sakit maka InsyaAllah penyakit mata Anda akan sembuh. Dapat menemukan tempat letak sihir yang diletakkan dalam rumah, caranya yaitu dengan membacakan Surat Al-Kautsar ini sebanyak 10 kali didalam rumah maka nescaya anda dapat melihat di mana letak sihir yang ada dalam rumah Anda.
Dapat menyembuhkan orang sakit iaitu dengan membacakan surat Al-Kautsar pada segelas air kemudian air itu diminumkan kepada orang yang sedang sakit maka nescaya orang itu akan sembuh dari penyakitnya.
Ya Allah, sesungguhnya dunia kini penuh dengan fitnah dan tipu daya. Manusia saling hidup untuk merosakkan manusia lain, menfitnah antara satu sama lain, menzalimi sesama manusia, inikah tandanya dunia sudah benar2 hampir kiamat? Yang batil ditegakkan, yang hak dipermainkan dan diperlekehkan. Selamatkanlah kami dalam iman, matikanlah kami di dalam iman dan tempatkanlah kami bersama orang yang beriman.a
Perkahwinan dalam Islam adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan warrahmah (ada belas ihsan). Oleh itu, persefahaman amat penting kepada pasangan suami isteri terutama kepada mereka yang berkerjaya dalam masa sama terikat dengan tanggungjawab di rumah.
Dalam arus moden masa kini, isteri berkerjaya bukan lagi menjadi satu yang asing malah golongan wanita mempunyai kelayakan tinggi seterusnya membolehkan mereka memegang jawatan dalam organisasi. Justeru, kesibukan tugas harian di pejabat dan di rumah menjadi berganda buat isteri.
Pada zaman dahulu, isteri tidak bekerja dan mereka hanya melaksanakan tanggungjawab memasak, mengemas, menyediakan keperluan suami dan anak-anak. Bagaimanapun, tuntutan semasa pada masa kini menyebabkan si isteri bekerja bagi membantu suami.
Dalam situasi tersebut, pasangan suami isteri perlu bijak berkomunikasi supaya tugas di pejabat tidak memberi tekanan seterusnya dapat menjalankan tugas di rumah dengan lancar. Isteri perlu bijak meminta pertolongan daripada suami supaya membantu melakukan kerja rumah yang sesuai dan diminati suami. Jika isteri memasak, suami boleh membantu menjemur pakaian atau menukar lampin anak dan begitulah sebaliknya.
Itulah konsep ihsan yang kita perlu faham. Kehidupan suami isteri adalah indah dan penuh dengan keberkatan jika kita bijak dan rasional menangani setiap situasi. Suami perlu memahami keadaan isteri yang berkerjaya dalam masa sama perlu menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Suami perlu faham, isteri bekerja kerana mahu membantu ringankan beban, oleh itu, suami harus ringan tulang bantu apa yang patut. Lihat ruang untuk bantu isteri dan bukannya menyerahkan semua kerja di bahu isteri sahaja.
Ikuti perkongsian Abu Hurairah Asifa ini tentang betapa pentingnya seorang suami itu menghargai penat lelah seorang wanita yang bergelar isteri.
Dalam rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi pasti semuanya isteri!
Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.
Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!
Tenang ok?
Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak. Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa. Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.
Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ini, suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Seorang panas, seorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.
Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau tak ada, pergi beli kat kedai runcit RM1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet tak ada.
Jangan cerita duit dulu. Jangan cerita hal bil-bil. Jangan cerita pampers susu.
Cerita Allah, cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Cerita walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. Ada motor. Ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit sikit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.
Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Tak apa, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.
Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri;
"Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia".
Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.
Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.
Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.
Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa hamba. Untuk kita merendah diri.
Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.
Selalu ajak isteri ingatlah Allah.
Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,
Selamat berjuang Bro!
Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Menghantar jenazah ke kubur merupakan kelaziman, sebagai salah satu tanda memberi penghormatan terakhir.Namun buat wanita yang bergelar isteri, rupanya perkara tersebut adalah tidak boleh dilakukan.
Baca perkongsian nota yang diperoleh daripada kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid ketika ceramah di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak Ampang.
Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan disebabkan banyak berlaku kesilapan dalam hal ini diakhir zaman ini.
Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?
Jawapannya:
TIDAK BOLEH !!
Khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat. Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak.Antara sebab yang dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tidak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah SAW, dan akhirnya dia diberi ganjaran oleh Allah diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah SAW sendiri. Iktibarnya – bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tidak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan tanggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tidak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■Pada zaman Rasulullah SAW sudah ada golongan wanita yang hendak ikut ke kubur, lalu Nabi SAW bertanya kepada mereka, “Kamu hendak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah SAW bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah SAW berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tidak penuhi hak suami jika isteri tidak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tidak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tidak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.
■Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
■Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi SAW, yang tidak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang ! Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tidak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tidak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tidak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■Isteri tidak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana *iddah bermula setelah suami meninggal.*
■Perempuan, kalau hendak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampung. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah. Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tidak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tidak bercampur dengan lelaki.
■Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau hendak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.
Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tidak bekerja, dia tidak boleh makan atau anak-anaknya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tidak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.
Pesanan buat para suami, janganlah terlalu berkira dengan anak-anak dan isteri. Selagi boleh, berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan. Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri. Ini kerana percayalah balasannya berlipat kali ganda dari nilai yang dikeluarkan.
Jemput fahamkan dan renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;
Abah selalu cakap, “Nak makan apapun, beli..teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni.Saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli. Tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain. Kalau tak beli bulan ni, bulan depan. Kalau tak bulan depan, bulan satu lagi.
Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya?
Sama ja pun..duit habis macam tu jugak. Lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis.
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak pe pulak?
Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak pe pulak?
Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak?
Suami jenis yang macam mana kita ni.
Tumpang Rezeki Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri. Apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka. Boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri.Cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan. InsyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan.Nak percaya atau tak, terserahlah…Dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA..
PESONA PENGANTIN : Memang ada benarnya.. pesanan buat para suami tak perlu terlalu berkira dengan anak dan isteri. Cubalah tunaikan permintaan mereka, percayalah rezeki lagi akan bertambah berlipat kali ganda.
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.