Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat) Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
Ads
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
.
Ads
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui:
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai orang beranggapan untuk cepat langsing anda perlu melakukan senaman yang berat dengan tenaga yang lebih. Tapi pernahkah anda tahu bahawa hanya dengan melakukan aktiviti harian seperti berjalan kaki sahaja boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih efektif? Cukup mudah kan?
Berjalan kaki jika dilipatgandakan kadarnya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Tubuh akan menjadi cepat langsing dan lebih sihat.
Berikut adalah lima cara yang boleh anda cuba untuk menggandakan aktiviti berjalan kaki anda setiap hari.
1. Jalan kaki 20 minit selepas makan
Dengan berjalan kaki 15-20 minit selepas makan boleh membantu kadar gula dalam darah tetap stabil dibandingkan berjalan kaki 45 minit dalam sehari. Dengan kata lain, cubalah luangkan waktu selama 20 minit untuk berjalan kaki tiga kali sehari untuk menjaga kesihatan. Anda tidak perlu terus berjalan kaki sejam penuh dalam satu waktu, cukup hanya berjalan kaki selama 20 minit tetapi tiga kali sehari.
2. Imbangi dengan minum air putih secukupnya
Minum air putih lebih banyak diyakini boleh mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Minum 1.5 liter air sehari dikatakan baik kerana ia boleh membakar 17.400 kalori dalam setahun. Seimbangkan aktiviti berjalan kaki dengan minum air putih yang cukup juga.
3. Perbanyakkan berjalan
Memang boleh buat anda lebih letih, tapi kebaikan berjalan kaki boleh menguatkan otot tubuh. Selain itu, laju metabolisme tubuh juga akan meningkat sehingga boleh membantu proses untuk menurunkan berat badan lebih efektif. Namun janganlah anda memaksa diri untuk berjalan kaki di kawasan yang curam. Di peringkat awal, laluilah di jalan yang cukup mudah, kemudian barulah anda memilih di jalan dengan tingkat yang lebih sukar.
4. Kombinasikan dengan latihan bodyweight
Kalau digabungkan dengan latihan bodyweight, aktiviti berjalan kaki akan memberi manfaat yang lebih besar. Misalnya, dengan melakukan 15-20 kali squat atau push-up yang diselang selikan dengan aktiviti berjalan kaki boleh meningkatkan degupan jantung dan mempercepat proses menurunkan berat badan.
5. Hindari pengambilan minuman manis
Selesai sahaja berjalan kaki pastinya anda berasa haus, jadi minumlah air putih saja. Jangan memilih minuman manis kerana ia menyebabkan berkumpulnya kalori berlebihan di dalam tubuh.
Itulah tadi sebahagian cara yang boleh anda cuba untuk memaksimumkan aktiviti berjalan kaki yang cukup mudah untuk cepat langsing. Jika dilakukan secara rutin, pasti hasilnya memuaskan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihatkan senarai pilihan makanan harian di Malaysia yang kaya karbohidrat dan lemak, mungkin kita akan mudah mengecop budaya makan Malaysia sebagai menggemukkan.
Tetapi jika cara pemakanan tradisional dikaji, pasti kita akan mendapati bahawa budaya makan masyarakat terdahulu sebenarnya sangat seimbang. Rahsianya? Dengan menjamah ulam sebagai pelengkap hidangan.
Bahkan penyelesaian kepada epidemik obesiti dan penyakit tidak berjangkit lain seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kanser di Malaysia mungkin ada pada cara pemakanan tradisional ini.
Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.
Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam, daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara.
Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terang juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Dalam erti kata lain, ulam sama sahaja seperti salad dalam diet barat.
Budaya memakan ulam-ulaman ini merupakan budaya yang dikongsi di negara-negara Asia Tenggara dan bukanlah terhad kepada masyarakat Malaysia sahaja. Di Vietnam contohnya, ulam tempatan dikenali sebagai rau thorn manakala di Kemboja sebagai chi.
Berikut merupakan beberapa jenis ulam-ulaman yang popular:
Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat. Menariknya dibandingkan dengan buah-buahan seperti strawberi, plum, oren, epal dan tomato, ulam raja mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Maka layaklah tumbuhan ini dikenali dengan nama ulam raja.
Ulam raja juga mempunyai kesan melindungi tulang yang dapat mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya bagi wanita menopaus.
Sambung nyawa atau dalam bahasa saintifiknya Gynura Procumbens didapati berpotensi mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah, menggalakkan kesuburan, selain mempunyai kesan antikanser, antimikrob, antioksidan dan antikeradangan. Menariknya, kajian dalam haiwan menunjukkan tumbuhan ini hanya mempunyai kesan menurunkan gula dalam darah pada haiwan yang diabetes, dan tidak pada haiwan yang normal.
Bagi masyarakat Cina, ulam yang dikenali sebagai Bai Bing Cao ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk rawatan kanser rahim, cervical spondylosis dan ulser kulit yang kronik. Ekstrak tumbuhan ini juga didapati pada beberapa produk makanan (teh, kopi, kimchi, gula-gula, coklat, gam getah) dan kecantikan (krim muka, topeng muka) di China dan Korea.
Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori. Sayuran ini dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering. Selom juga sesuai dibuat ‘urap’ iaitu campuran kelapa parut, cili api, gara, belacan yang ditumbuk halus dan digaul dengan daun selom.
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn mempunyai kesan antiradang, tahan sakit, anticacing, antioksidan, antimikrob dan antihipertensi. Selain dimakan sebagai ulam, daun cekur turut digunakan untuk merawat bengkak, pening kepala, sakit perut, sakit gigi dan reumatisme (radang dan sakit pada otot dan sendi).
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella Asiatica merupakan tumbuhan yang sering dikaitkan dengan rahsia keremajaan dan awet muda. Bukti saintifik juga telah menunjukkan bahawa pegaga mengandungi sebatian tumbuhan yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk penyembuhan luka.
Petai merupakan ulam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Petai didapati mempunyai kesan antidiabetes, antimikrob, antioksidan, antihipertensi dan berpotensi menurunkan kandungan gula dalam darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam petai didapati pada bahagian biji dan pod tumbuhan ini.
Kesedaran tentang manfaat kesihatan yang terdapat pada ulam tradisional turut mendapat perhatian komuniti saintifik. Terbaru, Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA) menubuhkan The Ulam School diketuai Dr. Eric Olmedo, seorang pakar antropologi.
Dengan tajaan geran daripada Toyota Foundation, projek tersebut bakal direalisasikan di fasiliti kajian kepunyaan UKM dalam Langkawi UNESCO Global Geopark pada tahun 2020. Projek kajian ini bermatlamat mencipta rangkaian pendidikan makanan di Asia Tenggara dalam memelihara dan menghargai pengetahuan botani tentang ulam-ulaman yang dikongsi Malaysia, Kemboja dan Vietnam.
Dalam media massa, chef-chef selebriti di peringkat antarabangsa seperti Kiran Jethwa dan Luke Nguyen juga menggalakkan penggunaan sayur-sayuran tradisional seperti ulam berbanding bergantung kepada pilihan salad terhad dalam kulinari barat. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan pengambilan ulam di bawah Panduan Pemakanan Malaysia (Malaysian Dietary Guidelines) tahun 2010.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan seseorang hijabis apabila bergelar ratu sehari perlu dititikberatkan agar penampilan anda sopan dan tidak terlalu menonjol. Pemakaian hijab yang betul dan sempurna juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda mematuhi syariat dan dalam pada masa yang sama tampak anggun dan menawan.
Dalam pemakaian tudung buat pengantin berhijab, ada beberapa faktor yang perlu diberi keutamaan agar penampilan anda terlihat sopan dan menawan. Jom kita lihat 6 langkah penting yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan gaya tudung yang tepat dan sempurna di majlis perkahwinan. Mudah dan cukup praktikal!
Sebaiknya pilih fabrik yang tidak berkilat untuk digayakan di hari bahagia anda seperti satin. Ia bersifat panas dan bakal membuatkan anda tidak berasa selesa pada tempoh yang lama. Fabrik terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah sifon, georgette, cita, sari dan renda.
Rona pemilihan tudung juga perlu dititikberatkan agar penampilan anda lebih menyerlah. Sekiranya busana anda berona biru lembut, sebaiknya pemilihan tudung berada dalam kumpulan rona yang sama. Jangan memilih tudung yang kontra seperti merah, kuning dan sebagainya.
Perkara penting yang perlu diingat oleh para muslimah ialah cara pemakaian tudung. Seharusnya tudung yang dipakai perlulah menutup bahagian dada agar tampak sopan dan menutup aurat. Pemilihan tudung juga haruslah tidak terlalu jarang sehinggakan boleh kelihatan bentuk telinga dan leher.
Anak tudung juga boleh membuatkan penampilan tudung anda lebih kemas dan terletak. Pilih anak tudung yang boleh menutupi keseluruhan kepala anda agar meemudahkan sesi pemakaian layah dan tiara.
Gaya tudung juga harus mengikut kesesuaian bentuk muka anda. Sekiranya anda memiliki bentuk wajah yang petak, anda boleh memilih anak tudung yang mempunyai awning. Ia dapat memberikan ilusi yang lebih panjang buat wajah anda. Pilihan rona tudung juga harus sesuai dengan ton kulit anda.
Elak dari memakai tudung yang sarat dengan perincian manik atau batu permata. Cukup sekadar kosong dan polos. Padankan tudung polos anda dengan layah berjemeki dan tiara ringkas. Pastinya penampilan anda lebih menawan dan relevan.
#WorldHijabDay
#WonderHijabi
#StrongInHijab
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...