Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
Dalam ayat itu, ada perkataan ‘asila’ yang bermaksud waktu selepas Asar hingga Maghrib. Selain itu, satu lagi perkataan ialah ‘bukratan’ bermaksud awal waktu Subuh sebelum naik matahari.
Maka, waktu untuk berzikir mengingati Allah yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah selepas mendirikan solat Asar dan selepas solat Subuh.
Zikir itu hanya mengandungi tiga rangkap dan mengambil masa sekitar lima hingga 10 saat untuk membacanya sebanyak tujuh kali.
Daripada al-Harits bin Muslim al-Tamimi berkata, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’a-waat Al-Kabirnya)
Doanya cukup pendek, ringkas dan mudah dihafal. Sesiapa saja mampu membacanya dengan lancar lalu doa itu terus memanah tepat kepada objektif dan sasarannya.
Ads
Paling penting adalah usaha kita untuk kekal istiqamah mengamalkan doa itu. Doa itu menuntut kita untuk membacanya setiap pagi dan malam kerana mati itu datangnya cukup misteri.
Maka, setiap hari kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan seberapa banyak bekalan. Jika terlalu sibuk atau mempunyai urusan, kita masih boleh mengamalkannya sambil bergegas berjalan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
Selain itu, amalan lain yang tidak sepatutnya ditinggalkan adalah membaca ayat Kursi. Daripada Abu Umamah al-Bahiliy, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardu, maka tiada apa yang penghalangnya daripada syurga kecuali kematian.” (Syeikh al-Al-bani mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah – 972)
Kata Imam al-San’ani yang bermaksud: “Kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).” (Lihat: Subul al-Salam, 297/1)
Ads
Seterusnya, amalan sunat lain yang tidak patut ditinggalkan adalah solat sunat rawatib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang melakukan solat sunat (sunat rawatib) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga, empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’I, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)
Saat ini kita mungkin sedang berusaha keras membayar ansuran bulanan rumah yang dibeli. Banyak waktu dihabiskan untuk melakukan kerja lebih masa bagi mengelakkan rumah dilelong oleh pihak bank.
Namun, Allah SWT akan memberi ganjaran untuk amal yang sedikit iaitu sebuah mahligai serba mewah di syurga kelak.
Terdapat juga solat sunat rawatib yang disebut sebagai solat sunat ghairu muakkadah (solat sunat yang tidak dituntut). Salah satunya adalah dua rakaat lagi tambahan sesudah melaksanakan dua rakaat solat sunat selepas Zuhur.
Ads
Ummu Habibah iaitu isteri Nabi SAW berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjaga empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, haram atasnya neraka.” (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai, dan Imam Ahmad)
Ada pendapat ulama seperti Imam al-Nasa’i, apabila seseorang hendak menambah dua rakaat selepas Zuhur (muakkad) dengan dua rakaat ghairu muakkad, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan tahiyat awal dan sekali salam (seperti pelaksanaan solat Zuhur).
Bagaimanapun, itu isu khilaf dan lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing. Zuhur adalah waktu yang sangat singkat terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Waktu rehat rata-ratanya dari jam 1 hingga 2 petang saja. Mungkin pada saat itu kita mahu tidur seketika (qailulah), makan, urusan bank dan melakukan urusan lain.
Apabila kita mula meletakkan solat sunat sebagai satu keutamaan, pasti kita mampu menyediakan masa untuk melaksanakannya.
Penulis pendakwahdan penulis buku
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah pemilik kereta suka buat kereta ni macam rumah, kalau boleh peti ais pun nak di sumbat masuk dalam kereta. Meskipun kita memiliki banyak ruang kosong di dalam kereta ini tidak bermakna kita boleh menyimpan segala barang keperluan atau dokumen penting di dalam kereta. Menyimpan barang yang tak sepatutnya bukan sahaja merosakkan barang tersebut kerana suhu panas di dalam kereta tetapi boleh juga membahayakan nyawa anda!
Disini kami kongsikan 10 barang yang di larang simpan di dalam kereta:
1) Ubat-ubatan
Apa sahaja jenis ubat terutama pil-pil yang diperoleh daripada doktor tidak boleh disimpan di dalam kenderaan. Apabila cuaca panas, suhu dalam kenderaan juga meningkat sekali gus mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan. Akibatnya, keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.
2) Botol air plastik
Plastik diperbuat daripada bahan sampingan petroleum! Para penyelidik Jerman juga menemukan bahan digelar ‘pengganggu endokrin‘ di dalam botol polietilena terephtalate (PET). Bahan tersebut berpotensi untuk menggugat estrogen dan hormon pembiakan lain di dalam tubuh manusia. Justeru apabila ia terdedah kepada cuaca panas (berbanding disimpan di persekitaran bersuhu bilik), bahan berbahaya dalam botol plastik akan terlerai dan meresap ke dalam air.
3) Kaca mata
Anda terkejut bukan? Selama ini kita memang menyimpan kaca mata khususnya cermin mata hitam di dalam kenderaan bagi memudahkan penggunaannya di siang hari.
Namun adakah anda perasan hanya selepas beberapa penggunaan, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda mengalami perubahan bentuk?
Suhu panas di dalam kenderaan akan melembutkan apa sahaja bingkai yang diperbuat sama ada daripada plastik, asetat atau nilon. Akibatnya kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.
4) Penyembur rambut
Bukan penyembur rambut sahaja, malah apa jua barangan mudah terbakar jangan sesekali ditinggalkan dalam kenderaan.
Anda sendiri tahu kesannya bukan? Ia akan meletup dan merisikokan keselamatan kenderaan.
5) Telefon pintar
Peralatan elektronik seperti telefon pintar, pemain MP3, iPad dan semua daripada kelompoknya juga tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan.
Suhu panas yang terkumpul di dalam kenderaan akan merosakkan fungsi gajet elektronik anda terutamanya bateri.
Maka usah bising kalau jangka hayat bateri anda semakin pendek sekiranya anda tergolong dalam individu yang kerap meninggalkan telefon pintar di dalam kenderaan.
6) Pemetik api
Ketika cuaca panas, pemetik api yang ditinggalkan dalam kenderaan boleh mengundang bahaya. Biarpun kecil, ia boleh meletup akibat tekanan ekoran peningkatan suhu di dalam kenderaan. Akibatnya, cermin kenderaan anda mungkin merekah atau meninggalkan lubang pada kerusi.
7) Minyak wangi
Janganlah tinggalkan minyak wangi di dalam kenderaan. Apa guna anda membeli haruman berjenama pada harga yang mahal jika akhirnya bauannya berubah?
Suhu panas dalam kenderaan akan menyejat bauan daripada minyak wangi. Maka minyak wangi pun bertukar menjadi minyak tanpa haruman.
8) CD dan DVD
Cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD) bukanlah barangan asing di dalam kenderaan. Kebiasaannya kita akan menyimpan CD lagu kegemaran di dalam kompartmen yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang depan.
Namun tahukah anda jika disimpan terlalu lama di dalam kenderaan dan terdedah kepada cuaca panas, ia akan meleding (melengkung)? Maka terpaksalah anda membeli CD baharu bagi menggantikan CD yang rosak.
9) Lipstik
Wanita memang gemar meninggalkan alat solek di dalam kenderaan terutamanya lipstik. Kebiasaan itu mesti dikikis kerana lipstik mudah mencair apabila terdedah kepada cuaca panas.
10) Surat dan dokumen beralamat
Apa sahaja surat atau dokumen (bil elektrik atau air) sering ditinggalkan di dalam kenderaan.
Anda perlu berwaspada kerana kesilapan kecil ini boleh mengundang padah. Surat dan dokumen lengkap beralamat serta mempunyai maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan mesti dielakkan daripada disimpan di dalam kenderaan.
Sekiranya kenderaan anda dipecahkan atau dilarikan pencuri, maklumat penting tersebut berkemungkinan besar untuk disalah guna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang impian setiap pasangan mengharapkan perhubungan yang dibina berakhir ke jinjang perkahwinan. Namun, tak semua yang bersedia untuk komited ke arah itu meskipun sudah lama berkasih.
Sebab itu masa sedang hangat bercintalah, anda perlu buka mata (maklumlah orang kata cinta itu buta) dan melihat sama ada pasangan anda sudah bersedia atau tidak untuk satu perhubungan yang serius.
Kalau pasangan anda serius, alhamdulillah, anda memang bertuah. Tapi bagaimana pula jika pasangan masih tak bersedia untuk komited?
9 TANDA CINTA TAK SERIUS PADA PASANGAN
1. TIDAK BERSUNGGUH
Hanya anda sahaja yang asyik telefon dan whatsapp setiap hari untuk bertanya khabar pasangan. Nak harapkan si dia mulakan dulu, alahai memang tak adalah!
2. TAKE, TAKE & NEVER GIVE
Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Dek kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia gembira.
3. SELALU UNGKIT CERITA PERHUBUNGANNYA YANG LEPAS
Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar melepaskan hubungan terdahulu. Jadi, cuba elak mengharap satu komitmen daripadanya.
4. SUKA MENGELAK
Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Busylah. Ada meetinglah. Penatlah. Jangan ambil mudah alasannya kerana itu tandanya pasangan anda mengelak dari berjumpa anda.
5. PERNAH KECEWA & DILUKAI
Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan seriud. Lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan kerana takut dilukai lagi.
6. ELAK BERJUMPA KELUARGA DAN KAWAN ANDA
Sebolehnya pasangan cuba mengelak berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah berjanji untuk menjaga anda padahal si dia belum bersedia.
7. SEMUA SERBA TAK KENA DI MATANYA
Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda. Sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go hubungan dengannya.
8. SUKAR PERCAYA DENGAN ORANG LAIN
Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa saja yang cuba dekat dengannya kerana sukar mempercayai orang lain.
9. SUKA BERCAKAP MENGENAI KEBEBASAN
Jika pasangan kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited.
JADI, LAKUKAN SESUATU UNTUK HUBUNGAN YANG LEBIH SIHAT
Jangan abaikan jika terlihat tanda-tanda ini pada pasangan anda dan tutup mata dengan harapan si dia akan berubah satu hari.
Pada masa yang sama, anda juga perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada anda bersedia untuk komited ke arah perkahwinan. Jangan buatkan mereka ternanti-nanti sesuatu yang tidak pasti. Jiwa akan terseksa dan merana tanpa usaha ke arah ikatan yang sah.
‘Melepaskan’ si dia mungkin adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran anda. Namun, kita sepatutnya bergantung harap pada yang Esa dan bertawakkal kepada Tuhan atas setiap ketetapanNya. Bagi yang Muslim, dirikan solat istikharah supaya diberi kekuatan dan petunjuk untuk membuat sebaik-baik keputusan. Kalau dah jodoh, insya Allah dia akan tetap kembali kepada kita.
Mungkin saja dia bukan yang terbaik untuk anda. Dan, yakinlah pada Tuhan yang menyediakan seseorang di luar sana sebagai pasangan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.
Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :
.
” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )
.
1. Jangan terburu-buru
Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan. Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.
2. Menahan diri
Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan. Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.
3. Rakan-rakan
Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan. Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.
4. Berpisah sementara
Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.
5. Mengenal keluarga
Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.
.
6. Pergaduhan
Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.
7. Masalah kewangan
Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.
8. Menerima keburukan
Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.
gambar hiasan : Tangkap Picture
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!