Pilunya hati bila terpaksa berhadapan dan hidup bersama dengan pasangan yang keras hati serta panas baran. Lebih teruk lagi jika dapat pasangan yang naik tangan. Ibarat berada di dalam neraka. Terseksa dibuatnya.

Berdoalah agar pasangan dilembutkan hati. Cuba amalkan doa yang dikongsi oleh Ustaz Farid Rashidi ini. Bukan sahaja dapat melembutkan hati pasangan, ia juga boleh memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada anda.

Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat buat anda dan pasangan. Jangan lupa amalkan ya!

Kredit: Twitter @hafizaquafiz

“Macammana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.

Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.

“Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”

Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.

Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?

Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.

IKLAN

Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.

Antaranya firman Allah SWT:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

IKLAN

“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

[Surah Asy-Syura: 19]

Juga dari firman Allah SWT:

IKLAN

طه.
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ.
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى.
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ.

“Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”

[Surah Taha: 1-5]

Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.

Bantu share untuk manfaat semua ya. 🙂

#UFR

Sumber: Farid Rashidi