Emas dan wanita memang tak boleh berpisah. Walaupun harga emas turun naik, tetapi masih ramai yang memilih untuk menjadikan emas sebagai simpanan masa hadapan. Tak dapat beli dengan duit sendiri, minta duit suami (kalau mampu).
Bagus bila ada kesedaran macam ni tetapi janganlah sampai membebankan pihak lelaki. Buat para isteri pula, janganlah kerana emas habis berantakkan rumahtangga, seperti ulasan Puan Suffiyah Ramadhani mengenai emas.
Kalau pasal emas, janganlah bergaduh. Tak kira la trend atau bukan, emas tak patut jadi punca penceraian bila suami tak mahu turutkan.
Zaman sekarang ni berpusu-pusu orang ramai membeli emas. Rata-rata menyatakan, sebab emas boleh jadi simpanan masa hadapan. Lalu berbondong-bondong la semua ke kedai emas membeli seutas dua perhiasan sebagai ‘savings‘ di waktu susah.
Cuma recently terbaca seorang influencer menulis tentang rumahtangga yang berantakan kerana suami tak izinkan si isteri beli emas. Diherdik dan dimarah, menurut isterinya yang bercerita.
Di satu sisi, emas itu sangat berharga sebagai simpanan. Tapi cara masyarakat kita memandang lekeh mereka yang tak mahu menyimpan emas ni, mestilah diubah. Seolah-olah semua orang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang sama. Dan jikapun mereka ini berduit, ada orang suka memiliki dan menyimpan wang tunai berbanding emas. Ini tetap bergantung pada minat masing-masing.
Dan seorang isteri, usahlah membentak-bentak suami membeli emas untuk simpanan. Sejujurnya, suami kita kadang tak bercerita segala bebanan masalah yang beliau tanggung kepada kita. Lelaki lebih banyak memendam rasa. Jadi perempuan, janganlah sampai meminta-minta atas tiket ’emas itu simpanan’. Tambahan lagi bila suami sahaja yang mencari nafkah, dan semua belanja bergantung kepada dia. Bila suami terbeban dan tertekan,akan timbul permasalahan emosi pula.
Emas tak jadi simpanan bila dah mula ganggu perbelanjaan bulanan. Dan emas bukan simpanan bila kita ikat perut semata-mata nak mendapatkannya. Emas bukan simpanan, bila suami runsing dan risau andai tak dibeli mengamuk pulak isterinya nanti sebab trend menjadi-jadi. Emas bukan simpanan, bila bermasam muka dan jadi bergaduh suami isteri. Itu bebanan namanya.
Simpanan itu, adalah sebahagian dari ‘lebihan wang’ bulanan, atau sebahagian dari gaji yang diletak khas sebagai kegunaan masa depan. Jadi, bila gaji suami atau gaji kita ini cukup-cukup makan, lupakanlah emas sebagai simpanan.
Pasti akan ada golongan yang menjual emas, yang akan membangkang penyataan ini. Bagi mereka, yang penting emas terjual. Ini memang hakikat. Sebenarnya, kita yang menjual hanya boleh beri kesedaran tapi wajarkah kita meracun masyarakat, jika tak ada emas maka tak ada nilai?
Ada yang lebih bongkak dan sombong, bila org kata tak minat emas, ditemplak sebagai tak berduit. Malu la tu sebab tak boleh beli emas, kata tak minat – makcik bawang.
Bukan semua minat emas. Jadi biarlah mereka urus kewangan mereka. Dan para isteri, kalau benar suami tak redha, emas yang mahal pun akan hilang harga, di sisi Tuhan tak ada nilainya. Muhasabah diri.
Ada yang rezeki mereka awal dan ada yang rezeki mereka lambat bila berbicara soal zuriat. Ada yang kahwin 10 tahun tapi masih belum nampak tanda-tanda yang mereka bakal dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Tapi rezeki harta mereka lebih banyak dari mereka yang mempunyai zuriat.
Ada juga yang baru sebulan berkahwin sudah mendapat berita gembira tapi masih kekurangan dari segi harta. Cantiknya perjalanan yang diaturkan yang Maha Esa. Jangan risau jika anda masih belum dikurniakan zuriat. Allah pasti tahu mana satu yang terbaik untuk anda.
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak ajar diri untuk ‘sayang’ duit mungkin susah. Keadaan semasa, persekitaran dan teman keliling juga menyumbang untuk menguji kekentalan diri kita menguruskan duit dengan baik. Bagi pasangan yang bercadang untuk berkahwin, anda sepatutnya lebih berdisplin untuk menyimpan duit simpanan.
Dr Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya di Facebook mungkin boleh membuka minda kita yang nak sangat simpan duit tapi tak tahu macam mana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama busana sederhana, Naelofar, mengumumkan pelancaran rasmi kedai keenam mereka di KL East Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menyediakan pintu gerbang moden kepada busana sederhana, pelancaran itu telah dirasmikan oleh pengasas, Noor Neelofa Mohd Noor bersama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor, dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee.
Berpegang teguh pada moto mereka yang mapan iaitu “With Naelofar, every woman can Go Far”, butik serba baharu ini menampilkan lanjutan daripada pengaruh konsep minimal jenama, Ruang seluas 2,400 kaki persegi dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar termasuk koleksi terbaharu, bilik persalinan yang luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk Instagram.
Pesona Pengantin berpeluang menjejakkan kaki ke butik yang berkeluasan 2,400 kaki persegi ini, mata tertarik dengan pelbagai koleksi antaranya termasuklah tas tangan,tudung, sejadah, jubah, telekung dan pelbagai lagi barangan di bawah jenama Naelofar. Jadi, untuk bakal raja sehari yang masih tercari-cari barangan hantaran untuk diletakkan di atas dulang hantaran, antara koleksi Naelofar yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Set Hadiah Najma Mini Sejadah (RM169), Sejadah Najma (RM95), Set Telekung Amal (RM249) dan Abaya Lara Crepe Lace( RM329).
Menurut Noor Neelofa, pengasas Naelofar, berkata, “Sejak awal penubuhan kami, kami telah mengimpikan untuk mengembangkan kedai kami di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, kami terpaksa menangguhkan banyak rancangan kami semasa COVID-19 menyerang bukan sahaja negara, tetapi dunia. Hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian ini menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. Kami teramat berterima kasih kepada #NaelofarBabes atas sokongan yang mereka berikan semenjak dari awal penubuhan hingga kini”.
Bagi memeriahkan pelancaran, Naelofar turut melancarkan koleksi Aidil Adha mereka secara eksklusif kepada pengunjung KL East Mall semasa majlis perasmian sebelum ia boleh didapati di saluran lain. Pengunjung berpeluang menikmati akses awal ke Set Hadiah Najma Mini Sejadah, Najma Sejadah, Set Telekung Amal dan Abaya Renda Lara Crepe – semuanya sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...