Anniversary Ke-37, Agong & Permaisuri Sambut Dengan Doa Selamat, Bacaan Yasin

Share

Pasangan diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-37 secara sederhana.

Tiada majlis sambutan ulang tahun tahun tapi pasangan romantis ini mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin sempena ulang tahun perkahwinan ke-37 pada 6 Mac 2023.

 

Majlis tersebut diadakan di surau utama, Istana Negara. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan putera puteri baginda berdua dan kerabat diraja Pahang turut hadir.

Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Raja Permaisuri Agong yang merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Darul Takzim.

Hampir empat dekad melayari bahtera perkahwinan, seri paduka berdua diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata.

Berikut perkongsian dilaman Instagram rasmi Istana Negara sempena meraikan ulang tahun perkahwinan diraja tersebut.

6 Mac 2023 – Merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan Diraja ke-37 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

 

Berikut antara komen-komen warga maya dilaman Instagram rasmi Istana Negara. Ramai yang mendoakan agar kedua-duanya diberikan kebahagiaan yang berpanjangan.

SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN DIRAHMATI ALLAH

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT

Sumber: Sinarplus dan Instagram Istana Negara 

IKLAN