Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kulit yang cantik menjelang hari bahagia. Terlalu banyak tekanan yang dirasa kerana solekan bukan jawapan utama untuk wajah yang menawan.

Persediaan cantik perlu dirancang dan diatur rapi sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis berlangsung. Untuk membantu anda, kami sediakan tip mudah dan cepat untuk cantik.

ENAM BULAN SEBELUM MAJLIS…
• Perkara asas – ikutlah regim penjagaan wajah yang asas iaitu mencuci, menyegar dan melembap. Cuci wajah anda dua kali sehari (pagi dan petang) untuk membuang segala kotoran. Jangan lupa sapukan penyegar (toner) untuk menutup liang   pori dan pelembap untuk mengekalkan kelembapan.

• Krim penabir suria – sapuan krim dengan SPF 30 atau lebih akan melindungi kulit daripada sinaran UV dan juga sinaran gama TV dan komputer.

• Krim pencerah – untuk mendapatkan kulit cerah berseri dengan tona sekata, sapukan krim pencerah di waktu malam.

• Skrub – lakukan skrub wajah satu atau dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati.

IKLAN

• Jumpa doktor – jika anda mempunyai kulit sensitif, jumpa pakar kulit untuk rawatan kulit wajah yang sesuai.

• Rawatan moden – banyak rawatan moden yang menggunakan teknologi terkini untuk mendapatkan kulit yang cantik. Antara rawatan kulit yang boleh anda cuba ialah ‘photorejuvenatian’ (untuk merawat selaran matahari, tona tidak sekata dan   tanda penuaan), rawatan pengelupasan asid ‘Glycolic’ (untuk menanggalkan sel kulit mati), ‘microdermabrasion’ (membuang parut jerawat, bintik hitam dan mengecilkan liang pori), ‘mesoglow’ (mengembalikan keserian wajah untuk kulit kusam) dan ‘laser hair removal’ (membuang bulu roma pada    wajah dan bahagian tubuh yang lain).

SEBULAN SEBELUM MAJLIS…
• Kurangkan aktiviti luar dan elakkan terkena sinaran matahari yang berlebihan. Sinaran matahari pagi bermula jam 7 – 10 pagi sahaja yang baik untuk kesihatan terutamanya untuk mendapatkan vitamin D secara semulajadi.

• Dapatkan tidur lena yang cukup. Elakkan bekerja hingga lewat malam terutamanya dalam membuat persiapan kahwin.

IKLAN

• Jangan bereksperementasi dengan pelbagai produk kulit atau rawatan wajah yang baru. Kekalkan rutin penjagaan dan rawatan wajah yang biasa.

• Lakukan senaman atau aktiviti cergas walaupun sekadar berjalan pantas.

• Lakukan rawatan wajah (facial) di awal bulan.

IKLAN

• Cuba sedaya upaya untuk rehatkan diri dan elakkan stres.

SEHARI SEBELUM MAJLIS…
• Lingkaran gelap bawah mata – ini lah akibat jika anda tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup. Namun, krim rawatan mata yang sesuai boleh membantu. Sapukan juga ‘concealer’ untuk kesan segera.

• Jerawat – sentiasa simpan dan bawa krim mencegah dan merawat jerawat yang disarankan oleh pakar kulit anda.

• Kulit kering – Pastikan anda menyapu pelembap setiap masa.

• Khidmat jurusolek – Pilih jurusolek yang anda percayai dan mempunyai pengetahuan tentang kecantikan kulit. Bincang dengannya akan jenis kulit anda. Pastikan juga dia menggunakan produk solekan yang baik dan peralatan solekan yang bersih.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI