Pesona Pengantin

Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Mula mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Undang-Undang) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana (Undang-Undang Perbandingan) pada tahun 2001 dari universiti yang sama.

Kemudian, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph. D.) dalam bidang undang-undang di Keele University, United Kingdom. Kini, menjawat sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga memegang jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik INFAD. Di samping kini menumpukan sepenuhnya dalam bidang akademik dan sangat aktif dalam menulis buku.

Kelihatan cukup tegas dalam setiap kemunculannya di kaca televisyen. Berpadanan dengan tanggungjawabnya sebagai penceramah. Dalam masa sama, tugas hakikinya adalah sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Biarpun begitu, kemunculannya di kaca TV sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat setianya. Itulah ‘kekuatan’ auranya dalam menarik perhatian. Bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar, wanita ini adalah seorang yang mudah mesra, biarpun baharu pertama kali bersua muka.

Orangnya pula cukup ramah-tamah. Penampilannya juga cukup sederhana. Setiap tutur katanya tersusun rapi, malah, sesekali bercanda dengan media. Dan kerana itu jugalah, Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh sangat disenangi dalam kalangan rakan sejawat dan para pelajarnya.

IKLAN

Apabila ditanya tentang perlukah perkahwinan mendapat restu ibu bapa? Jawapanya cukup mudah.

Redha Allah ialah pada redha ibu bapa. Kebahagiaan hidup setiap anak-anak adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapa. Persetujuan ibu bapa adalah penting kerana ada sebab mengapa ibu bapa belum bersetuju anaknya berkahwin dengan pilihannya. Tidak semua ‘sebab’ itu boleh dijelaskan mereka dengan mudah.

Ibu bapa adalah orang yang paling memahami dan mengetahui sikap dan personaliti anak-anak. Hanya mereka yang tahu sama ada anaknya mampu atau bersedia untuk mengharungi kehidupan berumahtangga yang penuh liku.

IKLAN

Kebahagiaan dalam rumah tangga ialah apabila hubungan terjalin erat antara pasangan, ibu bapa, anak-anak dan keluarga kedua belah pihak. Jika tidak, sukar melalui kehidupan berkeluarga dengan tenang dan gembira.

Doktor Nik Salida turut berkongsi beberapa kesan jika anak-anak meneruskan perkahwinan tanpa restu, antaranya hubungan anak dan ibu bapa semakin menjauh dan pastinya anak hilang rasa hormat pada ibu bapa dan ibu bapa hilang rasa kasih pada anak.

IKLAN

Tiada kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan berumahtangga tanpa kasih sayang yang berkekalan antara ibu bapa dan anak menantu juga adik beradik.
Selain itu, cucu akan kehausan kasih sayang datuk dan nenek malah akan wujud banyak prasangka, fitnah, iri hati dan sifat-sifat mazmumah yang lain kerana tidak menghormati dan mempercayai antara satu sama lain di kalangan ahli keluarga.

Apabila ditanya, bagaimana untuk ambil hati ibu bapa hingga merestui hubungan tersebut, Doktor Nik Salida berpesan, anak dan menantu hendaklah merendah diri dan terus mengambil hati selain berusaha gigih menambah baik taraf ekonomi keluarga supaya dapat meyakinkan ibu bapa kedua belah pihak bahawa mereka tidak akan menyusahkan ibu bapa.

Selain banyakkan berdoa, sentiasa memberi hadiah atau wang ringgit sebagai ingatan dan penghargaan. Tunjukkan sikap yg baik kepada adik- beradik dan saudara mara sehingga menjadi contoh kepada orang lain

Paling penting, jangan mudah berkecil hati dengan layanan ibu bapa yang mungkin berbeza dengan adik beradik yang lain, sebaliknya jadikan sebagai cabaran untuk berusaha lebih keras mengambil hati mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI