Setiap hubungan ada kejap pasang kejap surut. Tetapi, pertengkaran dan pergaduhan itulah yang membuatkan korang dan pasangan lebih memahami satu sama lain dan belajar untuk lebih bertolak-ansur.

Lelaki bernama Syafiq Ridhwan ini kongsi bila kau ada masalah dengan orang yang kau sayang, mungkin akan ada seseorang yang datang kepada kau dan dia berkata.

“Dekat luar sana ada orang lebih baik untuk kau. Pergilah. Tinggalkan dia demi yang lebih baik”

Ya, semua orang akan berfikiran begitu.

Betul. Tinggalkanlah sebab kau rasa dia terlalu susah untuk dinasihati. Dia terlalu ego. Dia terlalu mudah melakukan perkara yang kau tak suka.

Tinggalkanlah.

Sehingga kau menyedari yang setiap orang, pasti akan ada orang yang lebih baik daripadanya. Dan perkara ini akan berterusan sehingga bila-bila.

IKLAN

Kerana apa? Kerana manusia tidak akan pernah rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dia ada. Dengan apa yang Tuhan sudah berikan.

Setiap orang yang kau baru bertemu. Semuanya akan kelihatan baik-baik sahaja. Kau akan nampak dia cantik, baik, serasi dengan segala yang ada pada diri kau.

Sehinggalah bila kau tiba pada satu situasi, semuanya akan terkeluar. Kelemahan dia, kekurangan dia, ego, marah dan segala perkara yang kau rasa dia tidak lagi sesuai dengan diri kau. Dan perkara yang sama akan bermain semula di dalam fikiran kau.

“Ada orang yang lebih baik untuk aku di luar sana”

Berhentilah.

IKLAN

Kalau benar kau sayang, kau ambil kekurangan sebagai kelebihan.

Kalau benar kau sayang, kau temui titik kelemahan, kau jadikan semula sebagai kekuatan.

Kalau kau benar sayang, kau menerima segala yang ada pada dirinya, boleh juga kau memaafkan ketika mana dia melakukan sedikit kesalahan.

Dan bila kau benar-benar sayang, tidak kira apa pun berlaku, kau akan sentiasa bersama dengan dia.

IKLAN

Dan inilah sebenar-benar kesempurnaan.

Apa pun masalah yang kau hadapi dalam perhubungan kau sekarang, ambillah masa sejenak dan berfikir, bagaimana dia sanggup memberikan cinta satu tika dulu, bagaimana dia sanggup tinggalkan orang lain untuk hidup bersama dengan kau, dan bagaimana kalian bercita-cita untuk hidup gembira bersama selamanya.

Semua orang tidak sempurna. Dan jangan cari kesempurnaan.

Ciptalah ia.

Kau akan baik-baik sahaja.

Syafiq Ridhwan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI