Ramai sangat yang up video bergurau dengan suami nak batalkan wuduk. Ada pula netizen kata tak elok buat macam tu. Umpama nak halang suami solat. Eh, kenapa pula? Dah berumahtangga, gurauan tu kena selalu. Takkanlah isteri nak halang suami nak cari keberkatan kan?
Cuma kena tahu bila dan jenis gurauan macam mana yang tidak memeranjatkan isteri. Maklumlah, jiwa sensitif isteri kena jaga.
Bersenda gurau antara suami isteri sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal usia perkahwinan. Namun jika tidak biasa, tiada salahnya anda cuba untuk bergurau mulai sekarang.
Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa. Bergurau berkait rapat dengan menimbulkan perkara-perkara lucu yang boleh mendatangkan ketawa.
IKLAN
Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk. Best sangat masa tu. Macam mak sakat anak-anak hehe
Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.
Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.
Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, “Abang nak solatlah.” Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.
IKLAN
Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.
Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.
Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.
Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.
IKLAN
Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.
Kenangan-kenangan beginilah yang meninggalkan memori terakam kemas dalam kotak fikiran.
Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.
Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?
Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan “booking kereta” sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 – RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.
Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan. Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.
Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.
Kredit: Karma X Production
Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama. Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan.
Antaranya ialah:
1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.
2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.
3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.
4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.
5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.
Syariat Dipertahankan
Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar. Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.
Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.
Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.
Oleh: Ustaz Ahmad Baei (http://baei.blogspot.com/2011/03/ramai-yang-jahil-hakikat-bertunang.html)
Dengar macam pelik je kan? Iyalah, kebanyakkan daripada kaum lelaki ni dia lebih suka mencari wanita yang meletakkan dirinya di tempat utama. Tetapi, itu kalau dah berkahwin. Tidak boleh tidak, isteri wajib mengutamakan suami terlebih dahulu.
Dalam percintaan, kasih sayang diperlukan dari kedua-dua belah pihak. Baik wanita atau lelaki, masing-masing cuba mencari pasangan yang sempurna di matanya. Ada yang pandang rupa paras, ada yang melihat ketinggian ilmu dan ada yang suka melihat keperibadian secara menyeluruh.
Sebab ketika dilamun cinta, ramai wanita yang akan meletakkan teman lelaki lebih tinggi dari keluarga. Sikit-sikit sebut nama teman lelaki. Belajar memasak pun untuk teman lelaki. Sampaikan ada wanita yang boleh tinggalkan keluarga untuk ikut teman lelaki.
Tapi, andai anda bertemu dengan wanita yang meletakkan keluarganya terlebih dahulu, janganlah lengah-lengahkan berkahwin. Kerana mereka memiliki kehebatan lain yang membuatkan anda lebih sayang kepada bakal isterimu.
Tidak memaksa
Wanita yang pentingkan keluarga tidak memntingkan diri sendiri. Mereka tahu siapa yang perlu diberi keutamaan. Dalam apa keadaan sekalipun, mereka cuba untuk memahami situasi anda dengan baik. Saat kawan-kawan lain sibuk berumahtangga, wanita yang pentingkan keluarga tidak akan memberi paksaan untuk anda mengahwininya.
Penyayang
Wanita yang pentingkan keluarga berbanding teman lelaki ni penyayang orangnya. Mereka memilih perkara yang lebih utama iaitu ibu bapa dan keluarga berbanding orang lain. bayangkan apabila berkahwin nanti, anda akan menjadi keutamaannya pula.
Peramah
Wanita begini lebih pandai beramah mesra dengan orang tua. Pasti keluarga anda akan mudah terpikat dengan caranya dan selesa apabila berbual. Malah mereka juga memiliki skil untuk mengambil hati orang yang lebih tua dan orang lain.
Tak lokek hulur bantuan
Jika mereka boleh menghulurkan bantuan kepada keluarga sendiri, pasti mereka juga tidak berkira untuk membantu orang lain terutamanya teman lelakinya sendiri. Menghulur bantuan bukan hanya dari segi kewangan tetapi dari segi tenaga, khidmat nasihat dan banyak lagi.
Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak..
.
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut; a) Diri sendiri b) Isteri c) Anak d) Bapa e) Ibu f) Cucu g) Datuk h) Saudara i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
.
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
.
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
.
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
.
Wallahu a’lam.
.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan