Apakah Kaitannya Rezeki Yang Murah Dengan Isteri Yang Bahagia? Ini Jawapan Deep

Share

Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah?

Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.

Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.

Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar. Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.

Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.

Cara Bahagiakan Isteri

  1. Berbual boleh hilangkan tekanan

Sekali sekala ambil hati isteri dengan meluangkan masa untuk bercerita atau bergurau-senda. Setiap gurauan mampu mengubat lelah di hatinya sekaligus mengeratkan kembali ikatan perkahwinan anda. Isteri yang bergelar suri rumah tangga tentulah penat menyiapkan tugas harian dirumah dan sama juga dengan isteri yang bekerja. Dia bekerja untuk meringankan beban suami, jadi hargailah pengorbanan si dia.

2. Manfaatkan masa dalam kenderaan

Ketika anda berduaan dalam kereta, perbualan berbentuk jenaka boleh dicetuskan bagi membangkitkan bahagia. Kebanyakkan suami gagal memanfaatkan masa tersebut malah selesa mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidakkan ia merugikan?

3. Belajar untuk jadi lebih prihatin

Sentiasa prihatin kepada kemahuan dan keperluan isteri serta anak-anak. Dalam masa yang sama, latihlah diri untuk menjadi seorang suami dan bapa yang peka dengan emosi dan situasi mereka.

4. Boleh cemburu tapi berpada

Jangan tak percaya bahawa kebanyakkan isteri senang apabila suaminya bersikap cemburu. Secara tak langsung mereka rasa diri cukup dihargai. Tetapi usah keterlaluan kerana mungkin dari cemburu yang memupuk kasih sayang boleh mencetuskan masalah dikemudian hari.

5. Selesaikan masalah secara berhemah

Marah adalah mainan syaitan, jadi ada yang kurang berfikiran waras semasa tengah marah. Tips berguna yang boleh anda cuba, jangan hamburkan kata-kata kesat semasa tengah marah dan cuba kawal emosi. Masa yang paling baik untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah adalah sekurang-kurangkan 24 jam selepas rasa marah itu membuak-buak. Masa itu anda boleh berfikiran waras dan bertindak rasional.

6. Jadilah suami yang pemaaf

Antara cara yang paling mudah untuk mengikat kebahagiaan rumah tangga adalah setiap malam sebelum tidur, maafkanlah kesalahan yang dilakukan isteri. Tak guna berdendam atau makan hati kerana ia boleh merosakkan diri serta hubungan suami isteri.

7. Berubah ke arah yang lebih positif

Manusia berubah setiap masa. Jadi bukanlah alasan sekiranya anda mengatakan sangat susah untuk berubah. Sekiranya anda berubaha terlebih dahulu, nescaya isteri akan terdorong untuk melakukan perkara yang lebih positif makan tidak mustahil anak-anak juga akan mengikut jejak langkah kedua ibu bapa mereka.

IKLAN