Hubungan

Bahagia Itu Bukan Kerana Memiliki Semua Yang Kita Mahu Tapi Rasa Cukup Dengan Apa Yang Ada

Share

Percayalah, bahagia setiap manusia itu berbeza. Mungkin dari makan nasi dengan ikan goreng je dah buat dia sekeluarga berasa bahagia dan mensyukuri setiap nikmat Allah. Lelaki ini kongsi, bahagia itu bukan kerana memiliki semua tapi rasa cukup dengan apa yang ada.

Kadang,

Suami isteri yang ada RM 10, boleh bahagia dengan hiburkan anak-anak mereka. Mereka beli mangga 3kg RM 10, lalu buat makan dan boleh buat manggo shake dan minum ketika bersama.

Kadang,

Suami isteri yang bahagia itu, mereka membonceng motosikal honda cup semput-semput, bawa anak-anak jalan petang-petang walau terpaksa tolak motor ketika pulang kerana kehabisan minyak.

Suami penuh senyum.

Isteri menumpang senyum suaminya.

Anak-anak mereka lebih senyum dan gembira.

Benar,

Bahagia itu bukan kerana memiliki semua, tapi rasa cukup dengan apa yang ada.

Bersyukurlah.

Ia menjauhkan manusia dari berkeluh kesah.

#sweeterapi

IKLAN