Sebut sahaja isteri dominan mungkin tak berapa familiar, tapi bila sebut ‘Queen Control‘ memang ramai yang tahu. Ada sesetengah wanita yang memang suka mendominasi. Tak kiralah sama ada mendominasi rumahtangga, perhubungan, suasana dan macam-macam lagi. Itu sifat mereka.
Apabila isteri suka mendominasi, kita juga perlu melihat dari perspektif berbeza. Ramai lelaki yang ego, takut dikatakan takut isteri. Hakikatnya, isteri yang dominan juga boleh mempermudahkan urusan rumahtangga.
Di sebalik isteri yang dominan, ada perkara yang isteri juga perlu ambil berat iaitu soal hormat. Jom baca perkongsian Cikyam mengenai Isteri Dominan.
*********************************
ISTERI DOMINAN
Pernah seseorang tanya kat CikYam.
.
“Kau nampak macam control suami. Suami kau OK ke?”
.
Ya, dari banyak sudut, memang nampak CikYam control suami. Sikit pun CikYam tak nafikan yang CikYam lebih dominan. Senang kata, CikYam banyak buat keputusan dalam rumahtangga.
.
Tapi ini tak bermaksud CikYam kurang ajar atau tak hormat kat suami. Masa tu CikYam keje wartawan. Gaji beribu. Nak banding dengan suami yang Mr Mama, kerja niaga burger dari rumah dengan pendapatan tak seberapa, memang jauh beza.
.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Samalah jugak dengan suami isteri.
.
Benda-benda macam tu tak de efek pun pada rasa hormat (walau kadang terkucil gak). Dia suami, kita isteri, so kenalah sedar diri.
.
Walaupun keputusan banyak CikYam buat, CikYam sedar syurga isteri tetap di bawah tapak kaki suami. Bergaduh tu biasa la. Tapi taklah sampai teruk bebeno.
.
Selain bab kerja, beza dari segi pendidikan pun beri kesan pada seseorang. Kena tengok jugak cara dia dibesarkan macam mana. Benda tu semua bagi kesan pada rumahtangga sebab ada beza dengan cara berfikir.
.
So, kita sebagai suami isteri kena pandai-pandai sesuaikan diri. Barulah tak timbul benda yang menyakitkan hati.
.
Isteri dominan kena bijak bawa diri. Walau semua benda kita kawal tapi jangan sampai suami makan hati. Kena banyak explain dan mintak jugak pendapat dia.
.
Tak salah jadi isteri dominan. Orang boleh anggap apa saja. Boleh timbulkan prasangka orang sekeliling lebih-lebih ahli keluarga sebelah suami. Tapi, kitaaaaaa je la yang tahu suami kita macam mana. Tak tido sebantal, tak hidup sebumbung, kau tak tahu keadaan sebenar.
Bila isteri dilukai, ada yang mengatakan itu semua salahnya yang tidak tahu menjaga suami. Sejauh mana perlu menjaga jika kepercayaan itu dihancurkan dengan orang ketiga. Alasan utama keran isteri tidak secantik dahulu. Mengapa perlu buat wanita seperti itu, lupakah anda akan lafaz janji sewaktu bernikah dahulu? Ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli yang boleh dijadikan tauladan.
Tuan-tuan, untuk handle wanita ini ada seninya. Sebabnya mereka makhluk yang sarat dengan emosi. Tak boleh main hambur sahaja kata-kata tanpa beralas. Sekiranya niat ingin mendidik wanita agar menjaga kesihatan dan penampilan diri, biarlah ianya untuk meningkatkan rasa cinta dan sayang kepada dirinya sendiri.
Wanita perlu jaga pemakanan kerana apabila mereka tidak jaga pemakanan perutnya tidak sihat, lalu boleh memberi banyak impak negatif kepada emosi, BMI, kulit, bau badan dan sebagainya.Apabila wanita jaga pemakanan dan mendapat berat ideal menjadikan tubuhnya langsing mudah bergerak dan beribadah, lebih ceria, kulit pun lebih muda kerana hasil dari makan makanan yang berkhasiat.
Cubalah sampaikan dengan pendekatan lebih positif. Contohnya,
Puan-puan
IKLAN
Kalau waktu kulit isteri kusam, badan gemuk pun suami sayang, tentulah para suami yang baik dan supportive itu pun akan gembira apabila isteri bertambah ceria, sihat dan yakin apabila isterinya mendapat BMI yang normal, stamina lebih kuat serta kulit yang sihat. InsyaAllah.Lagipun, suami mana yang tidak suka isterinya sihat, cantik dan wangi kan? Begitu jugalah sebaliknya kan?
Haaa.. Kan nampak lebih harmoni pendekatan sebegini? Didiklah dan galakkan para isteri sebegini bukannya dengan ugutan tidak munasabah.Jangan sindir dan perli, isteri kena diet supaya suami tak curang. Wanita kena diet, jaga penampilan sebab kalau gemuk nanti badan berbau, suami lari. Ini bukanlah untuk mendidik, melainkan memberi kesempatan untuk suami yang 'ignorant' untuk mudah meletakkan salah atas pasangan sedangkan yang salah itu dirinya sendiri.
Maaflah, saya muak sungguh dengan pernyataan bahawa apabila suami curang, kesalahan itu perlu dibebankan ke bahu isteri yang dikhianati itu. 'Suaminya curang sebab isteri dia yang tidak pandai jaga suami.'
'Suaminya lari dengan perempuan muda sebab isteri dia gemuk dan tak jaga penampilan wajah.' Sebab itu tidak hairanlah suatu ketika dahulu, apabila tular kes seorang isteri bergelar surirumah dikhianati dan ditipu oleh suaminya yang sudah berbulan berkahwin dengan artis tanpa pengetahuan di isteri tadi, dia menjawab, "salah saya, sebab saya tak pandai jaga suami…"
Allahuakbar, terluka hati saya mendengar statement sebegitu keluar dari mulut wanita yang dikhianati suaminya sendiri.
IKLAN
Saya beranggapan, tak salah pun apabila kita mahu educate wanita sayangi dirinya sendiri, jaga kesihatan diri, utamakan diri sendiri. Namun, jangan lupa hakikat bahawa kebanyakan wanita berkahwin perlahan-lahan meninggalkan semua ini kerana lebih mengutamakan suami dan anak-anaknya. Lupa nak berdandan. Lupa nak utamakan kesihatan. Pakai dan makan apa adanya sahaja. Takpe, utamakan keperluan keluarga dan anak-anak dahulu. Sudahnya, mereka terlupa tentang diri mereka sendiri. Sebab itu, tuan-tuan yang bijak pandai semua, dalam pada sibuk mahu educate kaum wanita menjaga kesihatan dan penampilan diri, jangan lupa pula untuk mengingatkan 'penjaga dan pelindung' para isteri ini, iaitu SUAMI mereka.
Educate juga para suami supaya galakkan dan SUPPORT isteri untuk mencapai hal-hal ini tadi. Peranan suami sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk isteri yakin diri, sayang dirinya sendiri.
Bukannya main ugut-ugut! Berhentilah salahkan kaum isteri jika suami buat onar dalam rumahtangga. Suami ini yang mengkhianati amanah mereka. Jangan pula disalahkan isteri yang merupakan mangsa kezaliman suami-suami seperti ini. Wahai suami, jangan sesekali lupa.
IKLAN
"Ar-rijalu qowwamuna 'alan nisa'"
Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Maka, bersikaplah sebagai pemimpin yang baik.
Leteran dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan, seperti kecantikkan. Jarang kita dengar lelaki yang suka berleter melainkan wanita. Boleh dikatakan memang semua wanita akan berleter kerana benda-benda yang tertentu.
Bagi mereka, dengan leteran sahaja yang boleh meluahkan perasaan mereka kepada pasangan. Namun, tahukah anda kerana disebabkan leteran juga ada pasangan yang tidak tahan dan ‘angkat kaki’. Nampak seperti tetapi perkara ini memang terjadi. Justeru itu, wanita sekalian segeralah berhenti berleter kerana.
1. Tak nampak seksi
Aktiviti leteran bukan sahaja meruntuhkan imej seksi dan ia juga menambahkan lagi keburukan apabila lelaki teringat kepada kamu kerana leteran kamu. Walaupun tak mudah wanita meninggalkan persembahan percuma ini, harus diingat leteran yang berterusan akan meletakkan anda seperti ‘makcik-makcik’.
2. Akan rasa cepat letih
Jika anda rasa seronok berleter, anda sudah salah. Memang letih, jika anda asyik-asyik berleter. Penat untuk yang mendengar dan juga si peleter. Sebenarnya, berleter menunjukkan satu cara anda tidak dapat sesuatu yang anda inginkan. Akibatnya, berleter hanya menjadikan ia suatu rutin yang kurang menyenangkan.
3. Buat hubungan jadi kurang baik
Sebab utama berleter memanglah menunjukkan satu nada tidak puas hati, namun jika anda sentiasa berleter? Ini akan memburukkan lagi hubungan anda dengan pasangan kerana leteran yang berpanjangan. Cubalah jaga dan kawal emosi disaat anda mengambil nafas untuk berleter. Anda pasti tak mahu gaduh berpanjangan bukan?
4. Cepat tua
Jangan sampai anda yang asyik berleter terlihat tua sebelum usia anda. Silap hari bulan pasangan anda nampak jauh lagi muda daripada anda. Akibatnya anda tetap juga berleter, jangan salahkan pasangan jika mereka nampak lebih muda.
5. Pasangan akan menjauh
Percayalah,leteran akan menjauhkan anda dengan pasangan. Pasangan akan menganggap anda sukar memahaminya atau anda sukar difahami. Paling teruk pasangan akan mencari lain.
Sebenarnya ada satu rahsia yang boleh meningkatkan serta mengeratkan hubungan suami isteri dan sekaligus tahap kesihatan pasangan juga semakin baik dan positif. Nak tahu rahsianya? Mudah saja, lakukan aktiviri “Pillow Talk” setiap hari bersama pasangan anda sebelum tidur.
.
Apa Itu Pillow Talk?
Pillow Talk merupakan perbualan yang berlaku di kalangan pasangan sebelum mereka tidur. Mungkin dengan saling berpelukkan atau sebelum dan selepas aksi seksual yang inti, pasangan akan saling meluah dan berkongsi tentang perasaan masing-masing serta dengan perbualan seperti ini secara tidak langsung menguatkan hubungan suami isteri dengan lebih erat lagi.
Malah jika pasangan bijak menghasilkan suasana yang positif, secara tidak langsung hubungan anda menuju ke arah yang sihat dan positif! Ini adalah impian yang di idam-idamkan oleh semua pasangan.
Bukan itu saja, pillow talk ini telah di kaji di kalangan pasangan di Oregon dan mendapati hubungan mereka semakin erat dan sihat. Berdasarkan keputusan yang di temui itu ia telah di kongsi pada tahun 2017 di Personality and Social Psychology Annual Convention.
Semasa majlis tersebut, para pengkaji menyarankan agar pasangan yang telah berkahwin mula melakukan aktiviti pillow talk ini waktu malam. Dan ianya tidak perlu masa berjam-jam lamanya. Cukup dengan perbualan yang sederhana sebelum tidur dapat mengeratkan hubungan dan meningkat tahap kesihatan anda dan pasangan.
Berikut Contoh Perbualan Pillow Talk Untuk Anda
Ada berlaku sesuatu yang bagus/baik pada awak hari ni?
Anak-anak buat sesuatu yang melucukan baru-baru ni.
Menang di tempat kerja.
Teringat sesuatu kepada pasangan.
Sesuatu yang membuatkan anda berasa gembira.
Menonton video lucu dan sebagainya.
Macam mana awak jelaskan tentang diri saya (si pasangan) kepada individu yang tidak di kenali?
Awak rasa, saya nampak lebih cantik dengan pakai baju yang mana satu?
Yang mana satu perangai atau habit yang telah saya ubah dalam diri saya yang awak hargai?
Yang mana satu hari yang paling bermakna dalam hidup awak?
Dan bermacam-macam jenis perbualan yang boleh anda bualkan seperti aktiviti seharian, program atau perancangan akan datang, bercerita tentang hal-hal keintiman bersama pasangan, soal keluarga dan anak-anak dan sebagainya. Perbualan sebegini membawa banyak manfaat!
.
Berikut Manfaat Pillow Talk
Akhiri Hari Anda Dengan Perbualan Positif
Pastinya menjalani kehidupan seharian amat memenatkan serta pelbagai situasi serta emosi berjalan dalam masa yang sama. Oleh itu, penting jika anda berbualan mengenai topik-topik yang positif dan penutup perbualan juga di akhiri dengan mesej-mesej yang positif agar diri menjadi lapang dan ceria tanpa sebarang bebanan perasaan.
Saling Menghargai
Apabila anda mengetahui aktiviti pasangan seharian melalui pillow talk, secara tidak langsung minda dan hati anda akan berfikir dan menilai pengorbanan pasangan masing-masing dan justeru itu, mereka akan saling menghargai apa yang telah anda lakukan. Tambahan lagi, alam perkahwinan anda dan pasangan akan lebih harmoni dan lebih saling memahami di antara satu sama yang lain.
Mendapat Waktu Tidur Yang Paling Tenang!
Apabila anda berdua saling berbual-bual tentang topik-topik yang menarik di selangi dengan gelak tawa dan aksi yang intim, waktu tidur anda akan berasa lebih nyaman dan tenang! Ini kerana segala tekanan dan luahan telah di hamburkan kepada pasangan dan saling memujuk di antara satu sama yang lain membuatkan diri rasa di lindungi dan di perlukan.
Dan kesan daripada aktiviti pillow talk ini, membuatkan diri lebih tenang dan waktu tidur akan menjadi lebih berharga tanpa sebarang rasa tertekan.
Mengurangkan Tekanan Dan Penyakit Lain
Pillow talk membantu mengurangkan tekanan dan pelbagai penyakit lain. Cuba fikir dengan tidur yang cukup dan positif pasti tahap kesihatan diri juga semakin meningkat bukan? Tetapi lain pula cerita apabila anda susah hati, waktu tidur tidak lena ia boleh menjejaskan tahap kesihatan diri. Oleh itu, berinteraksi bersama pasangan dengan aura yang positif, perbualan yang positif dan pastinya kesihatan anda juga semakin baik dan bagus.
.
Hubungan Semakin Erat Dan Intim
Dengan dunia berteknologi di alaf ini, pastinya ia akan menarik perhatian anda dengan penggunaan TV, sosial media, telefon bimbit dan pelbagai gajet yang canggih-canggih lagi. Tetapi apabila anda dan pasangan meluangkan masa dengan aktiviti pillow talk sebelum tidur dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pasangan masing-masing.
Dengan perbualan sesama pasangan yang tersayang secara tidak langsung membuatkan hubungan anda dan pasangan semakin intim baik dari segi fizikal mahupun rohani. Malah, perasaan saling mempercayai akan membawa perhubungan ke arah yang positif, semakin kukuh dan erat.
Oleh itu, jika anda inginkan hubungan bersama pasangan sentiasa dalam keadaan yang baik, positif, saling mencintai dan mempercayai aktiviti pillow talk ini merupakan salah satu cara yang bagus bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dan bahagian buat pasangan yang telah berkahwin.
Di harap maklumat yang di kongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit intipati buat anda dan pasangan anda dalam mengekalkan hubungan di alam perkahwinan.