
Teh bukan sahaja baik untuk sakit tekak dan relaksasi, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Ketahui empat teh ini yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Teh 1: Teh hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Manfaatnya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Kesan teh ini: Membuang sel lemak.
Teh 2: Teh oolong
Teh ini berasal dari China dan dikonsum secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Teh 3: Teh mint (pudina)
Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Ia dapat membantu anda mengelakkan overeating dan juga obesiti.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih.
Bukanlah teh kurus yang ada di pasaran tidak elok tetapi lebih mudah jika anda beli sahaja empat teh ini dan cuba sendiri. Lebih banyak manfaatnya untuk menurunkan berat badan.!
7 Bahan Pemutih Gigi Yang Anda Boleh Cuba, Buat Dekat Rumah Je!

Gigi kuning? Mesti malu gila kannn bila nak bercakap secara bersemuka dengan orang atau nak bercakap dalam jarak yang dekat. Nak bergambar pon terpaksa senyum cover, tak nampak gigi sebab takut dalam gambar gigi tampak kuning. Boleh jatuh konfiden tu.
Kalau dalam gambar kita boleh la edit gigi tu nampak putih. Tapi kalau berdepan dengan orang, hah mana nak sorok gigi yang kekuningan tu? Gigi menjadi kuning bukan sebab merokok je, malah apa yang kita makan atau minum jugak menjadi punca utama gigi bertukar dari warna putih susu kepada warna yang kekuningan.
Kalau nak pergi klinik gigi mungkin beratus juga kena bayar. Jadi, apa kata anda kurangkan bajet dengan cuba bahan semula jadi ini!
CARA 1 – Serbuk karbon / arang
Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit gituh. Bila betul-betul untuk bersihkan serbuk karbon, kang tertelan lak. Serbuk karbon akan serap kotoran terkumpul pada gigi.
CARA 2 – Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama lima minit, pastu berus gigi guna ubat gigi biasa. Bilas mulut macam biasa. Jangan over lak buat banyak banyak kali method ni, takut rosak tooth coating.
CARA 3 – Kulit lemon / oren
Gosok bahagian dalam kulit oren / lemon kat gigi, lepas tu bilas. Then korang berus lak gigi guna ubat gigi berfluorida. Amalkan seminggu, inshaAllah nampak perubahan warna gigi. Yang ni pon jangan banyak sebab takut kandungan asid oren / lemon memberi kesan kat enamel gigi.
CARA 4 – Kulit pisang
Yang ni pon boleh bantu putihkan gigi. Cari minyak zaitun asli, bukan yang dah proses dia bau wangi tu tau. Sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.
CARA 6 – Produk tenusu
Kajian mendapati bahawasanya KEJU, SUSU dan YOGURT mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi. Selain tu, susu dan yogurt dapat membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut.
CARA 7 – Baking Soda
Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi, tapi sikittt je ye ! Tak boleh banyak banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria gituh. So gigi dan gusi akan terhindar dari bakteria.
Sumber : Nisa kay
Patutlah Bakal Pengantin Disarankan Mandi Bunga, Ini Sebabnya

Sejak dari dahulu lagi, wanita sememangnya sangat suka mencuba pelbagai cara untuk tampil cantik. Antara salah satunya adalah dengan mandi bunga. Mandi bunga dikatakan mampu membangkitkan aura negatif ekpada sesiapa yang mencubanya. Ini kerana, banhan-bahan mandian itu sendiri terdiri daripada haruman 7 atau 8 jenis bunga yang segar dan wangi.
Meskipun sesetengah pihak memandang ia sebagai sesuatu yang negatif. Katanya bagi membuang sial atau pun bagi wanita yang digelar ‘andartu’. Jika anda perasan, sudah banyak sekarang di spa-spa terbaik menggunakan kaedah mandi bunga untuk pelanggan mereka. Mereka yang sudah mencuba kaedah mandi bunga rata-ratanya memberi tindakbalas yang memberangsangkan.
Sebenarnya ia adalah sebagai salah satu cara menaikkan seri wajah, kerana bunga-bunga yang digunakan mempunyai banyak manfaat kepada kulit dan juga badan.
Bauan asli pada bunga itu sendiri menaikkan lagi aura positif dan membuatkan anda rasa sentiasa yakin dengan diri anda. Antara lain, fungsi mandi bunga termasuklah membersihkan tubuh, menyegarkan badan, menghilangkan penat dan lesu serta mencantikkan kulit.
Setiap bunga dan juga limau yang digunakan mempunyai manfaat tertentu, seperti berikut:
Mawar merah – membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih – menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri
Cempaka putih – melembut dan mewangikan badan
Cempaka kuning – menyerikan wajah dan mewangikan badan
Melur putih dan kuning – menyucikan dalaman
Bunga kenanga – menaikkan seri dan senang didekati
Limau purut – buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah
Limau susu – melembutkan kulit
Sumber : hijabsheel.com
Wanita ‘Plus Size’ Kena Percaya Diri Dalam Misi Mencari Jodoh, Masing-masing Ada Keistimewaan

Segelintir wanita menganggap memiliki tubuh yang besar boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang itu.
Perasaan malu dan tidak yakin untuk berpasangan akan menyebabkan kesulitan untuk berinteraksi sekaligus menyebabkan diri merasa tidak layak bercinta dan sebagainya.
Namun, masih ramai jejaki di luar sana lebih tertarik dengan wanita bertubuh plus size dan boleh menerima diri anda seadanya.

Jom ikuti tip untuk wanita plus size agar percaya diri dalam mencari kekasih.
Cintai Diri Sendiri
Anda seharusnya belajar untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Anggap kekurangan anda merupakan satu kelebihan buat diri anda tiada guna sekiranya anda terus menyalahkan diri dan berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.
Anda harus ingat, bahawasanya tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Yakinlah dengan diri anda dan percaya dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan.
Belajar Membuka Diri
Apa pun bentuk tubuh yang anda miliki, anda harus bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikurniakan dan memiliki anggota tubuh yang lengkap.
Belajar membuka diri sekiranya anda sudah bertemu dengan pasangan yang tepat. Si dia pasti menerima diri anda seadanya tanpa melihat bentuk fizikal anda.
Sentiasalah menjadi diri sendiri untuk mengekalkan hubungan yang lebih utuh. Sesungguhnya, hati yang anda miliki lebih bernilai dari bentuk tubuh semata-mata.

Berhenti Menghakimi Diri Sendiri
Jadilah seorang yang berfikiran terbuka. Jangan menghakimi diri sendiri atas dasar bentuk tubuh anda. Jangan hiraukan kata-kata orang sekeliling yang bercakap mengenai bentuk tubuh anda.
Buktikan pada mereka, wanita plus size juga memiliki kelebihan tersendiri dan mempunyai kesihatan yang baik. Tidak semestinya wanita yang langsing sihat tanpa ada masalah kesihatan. Selain itu, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh tuhan.
Tonjolkan Kelebihan Diri
Daripada anda meratapi diri sendiri yang mempunyai tubuh besar dan berasa malu untuk bergaul, lebih baik sekiranya anda belajar untuk menonjolkan kelebihan dan kemampuan yang anda miliki.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pandanglah dari sudut positif dan sentiasa menganggap diri anda juga berhak untuk bahagia. Bergaul dengan orang-orang yang sentiasa menyokong dan memberi “positive vibes” agar anda berasa lebih yakin dan bersemangat.
Kredit foto (top image): Unsplash