Menjaga kecantikan tubuh badan adalah benda yang sangat penting. Oleh sebab itu, anda harus menggunakan scrub untuk badan kerana ia dapat mengekalkan kecantikkan kulit serta memutihkan. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan sel kulit mati dengan mudah.

Justeru itu, lakukan scrub badan seminggu sekali atau dua minggu sekali. Anda boleh melakukan scrub badan di spa tetapi kosnya agak mahal. Namun begitu, pelbagai produk scrub badan yang berada dipasaran sekarang, jadi tiada masalah untuk lakukanya dirumah.  Ini adalah senarai scrub badan yang terbaik!

Bakal Pengantin Perlu Amal Skrub Badan 6 Bulan Sebelum Bernikah, Ini 5 Skrub Yang Boleh Membantu

GINVERA Alpine Rose & Edelweiss

Scrub badan wangi yang boleh didapati di drugstore

Dapatkan scrub badan yang sangat wangi ini online atau di drugstore berhampiran. Ia mempunyai vitamin E untuk melindungi dan mencantikkan kulit. Ekstrak ros digunakan bagi memulihkan daya tahan kulit daripada rosak dan ekstrak edelweiss digunakan kerana ia mengandungi antioksidan tinggi bagi mengelakkan penuaan.

IKLAN

Bakal Pengantin Perlu Amal Skrub Badan 6 Bulan Sebelum Bernikah, Ini 5 Skrub Yang Boleh Membantu

Bath & Co Emulsified Sugar Scrub

Scrub badan gula yang boleh digunakan setiap hari

Scrub ini dirumus khas untuk mengurangkan tekanan dan merehatkan minda. Ini kerana gabungan bunga seperti lavender, palmarose dan rose geranium oil berkesan untuk menenangkan badan yang penat serta lesu. Selain itu, ia juga membersihkan muka dari semua kekotoran yang tidak diingini.

Bakal Pengantin Perlu Amal Skrub Badan 6 Bulan Sebelum Bernikah, Ini 5 Skrub Yang Boleh Membantu

IKLAN

A’Bonne Tomato Glutathione Salt Scurb

Scrub badan tomato untuk mencerahkan kulit

Ini merupakan scrub badan kombinasi antara gula dan garam. Ia diperbuat daripada ekstrak tomato yang dapat memulihkan kulit serta mencerahkannya. Bukan itu sahaja, scrub badan ini juga mampu menegangkan kulit supaya nampak lebih sihat.

Bakal Pengantin Perlu Amal Skrub Badan 6 Bulan Sebelum Bernikah, Ini 5 Skrub Yang Boleh Membantu

IKLAN

Biofinest Coconut Milk Body Scrub

Terbaik untuk kulit sensitif

Scrub badan ini sangat sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ia dapat melembutkan kulit, merawat kulit kering dan mengurangkan kedutan pada kulit. Bukan itu sahaja, scrub badan ini boleh melindungi kulit daripada sinaran UV. Jadi, kulit anda pasti sentiasa sihat dan cerah.

Bakal Pengantin Perlu Amal Skrub Badan 6 Bulan Sebelum Bernikah, Ini 5 Skrub Yang Boleh Membantu

Body Scrub Kunyit by The Beauty Hacks

Scrub badan kunyit

Anda mempunyai masalah bau badan? Ini ialah scrub kunyit yang mampu menghilangkan bau badan kerana mempunyai aroma tersendiri. Selain itu, scrub ini dapat mencerahkan kulit yang kusam dan membuat kulit lebih anjal. Bukan itu sahaja, ia juga boleh merawat kulit yang terbakar akibat sinar UV.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI