Hari semakin dekat, masa semakin menghampiri. Apa persediaan bakal pengantin telah lakukan? Jika anda sudah checklist kesemuanya, itu bermakna anda sudah bersedia. Tetapi, kenapa suram benar muka pengantin.

Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.

Jangan bimbang, kerana kami akan kongsi petua boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.

1. Timun sebagai eyemask

Bakal Pengantin Perlu Cuba 4 Petua Ini Untuk Menaikkan Seri Wajah

Seperti sudah sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih.

IKLAN

2. Lobak merah sebagai masker muka

Bakal Pengantin Perlu Cuba 4 Petua Ini Untuk Menaikkan Seri Wajah

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

3. Air kelapa tua membantu melembabkan wajah

IKLAN

Bakal Pengantin Perlu Cuba 4 Petua Ini Untuk Menaikkan Seri Wajah

 

Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri.

IKLAN

4. Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari

Bakal Pengantin Perlu Cuba 4 Petua Ini Untuk Menaikkan Seri WajahPastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan ‘kerja’ usus kita.

5. Basuh muka dengan air rebusan daun sirih

Bakal Pengantin Perlu Cuba 4 Petua Ini Untuk Menaikkan Seri Wajah

Kelebihan air rebusan daun sirih ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka. Lagi satu manfaat air rebusan sireh ini boleh diguna sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI