Kerana mendapat beberapa komen yang tidak enak selepas tindakannya menyelit wang RM3,000 di dalam dompet suaminya menjadi viral di Facebook, Aien Suraya tampil mempertahankan tindakannya itu.

Balas Budi Suami, Isteri Selit RM 3000 Dalam Wallet Suami

Aien menyifatkan suaminya sebagai seorang yang banyak membantunya sebelum mahupun selepas kahwin dan dia sangat bersyukur memperoleh suami seperti itu.

IKLAN

“Sebelum kawin lagi suami banyak membantu saya.sampai nak kawin pun dia banyak yang tanggung.syukur sangat dapat suami macam dia.?”

“Lepas kawin saya cuba buat bisnes.Alhamdulillah bisnes bawal(bte)saya menjadi .Tuhan turunkan rezeki untuk saya. Sampai saya tak bagi suami kerja. Ajak buat kerja dengan saya. Duit untung tak pernah dia nak mintak.semua suruh saya uruskan. Cuma dia akan tegur bila saya terlebih boros..

“Kadang-kadang terfikir banyak pengorbanan suami untuk saya. Apa salah nya saya letak duit dalam wallet dia. Buat suprise untuk dia. Tanda istri menghargai suami.

Mengulas tentang komen negatif yang diterima olehnya pula, Aien berkata:

IKLAN

“Pasal post yang viral tu. Tu atas anda untuk menilai. Yang positif ambil sebagai inspirasi untuk buat kepada suami anda.sebagai tanda menghargai. Tak kisah la banyak ke sikit. Buat la suprise untuk suami. InsyaAllah suami suka sangat..Ni asyik mintak suami je buat suprise kan?tak bagi duit pun takpe. bagi la hadiah pape pun.? janji suami suka.. yang negative tu, entah laa..?xtau nak kata apa.

IKLAN

 

sumber : mediamaklumat.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI