Barang-barang Penting Pengantin Perempuan Selalu Lupa Beli, Boleh Huru-hara Kalau Tak Ada

Share

Pengantin perempuan selalu lupa untuk membeli beberapa barang ini. Boleh huru-hara kalau barang-barang ini tiada. Maka sebab itulah pengantin perempuan perlu sentiasa peka dengan persediaan barang-barang ini.

Lebih elok jika disediakan lebih awal supaya tidak kelam kabut pada pagi hari nikah atau majlis resepsi. Biasanya pengantin akan ingat perkara yang besar-besar  sahaja seperti pelamin, baju, tudung dan lain-lain lagi.

Berikut dikongsikan beberapa barangan yang perlu disediakan oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga perlu memesan kepada bakal isteri agar membuat persediaan barang-barang tersebut.

Berikut perkongsian dari Zulqarnain Aisyah

BARANG-BARANG YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PENGANTIN PEREMPUAN

JARUM PENITI:

Kadang-kadang sesetengah pengantin time nak pakai tudung nak belit sini, belit sana lupa nak jarum peniti. So mula lah kalut pagi nak kawin tanya adik beradik yang lain.

KERONGSANG

Yang ni pun lebih kurang jugak! Lupa nak beli stock kerongsang, korang ingat kerongsang korang dah banyak dah, eh time pagi kawin tiba-tiba tak jumpa pula eh. Biasa memang aisyah jumpa macam tu. So better beli awal-awal simpan asing untuk pakai time wedding nanti okay!

KIPAS  MINI

Kipas ni bagi aisyah penting juga sebab musim panas ni kipas besar tu tak membantu sangat plus ramai orang. Kipas ni korang boleh ikat kat bunga tangan kawin korang.Nak outdoor panas2 pun leh on je kipas! Makeup pun tak cepat cai

STOKIN TANGAN LACE

Cover your aurat sis. Hari wedding ramai orang so korang pulak sibuk nak bersalam dengan tetamu. mesti tersising sikit ke lengan. Bakal suami pun kalau boleh bagithu future wife ye.

PENCUCI MEKAP

Ha ni penting tau!! Korang yang biasa make up mungkin ada je benda ni. Tapi yang tak biasa ni nanti payah korang nak tanggalkan makeup. Makeup pengantin ni tebal sikit. Nak guna kapas ngan air je silap-silap lenyek muka. So guna ni nak ambil wuduk nanti senang. Yang biasa guna tu beli lah stock awal-awal,

SARUNG KAKI/STOKIN

Buat spare ye sarung kaki ni. Beli baru dan simpan siap-siap jangan guna pulak. Sebab ada kes ingat dah ada stokin. Malam nak wedding duk cari pastu kotor lah apalah. Kalau boleh nak kawin nanti biar kita selesa. Jangan tak pakai stokin pulak. Cover your aurat sis!

KAPAS MUKA

Ha ni penting kadang tu lupa nak beli lah, nak buat stock la, yg ni nak remove makeup time nak amek wudu senang.

TISU MUKA

Mesti Korang tertanya-tanya kenapa nak tisu ni?Ha sebabnya ada setengah Mua kalau nak makeup korang dia akan minta tisu ni untuk makeup korang nanti, so prepare awal-awal okay!

ANAK TUDUNG

Yang ni tolong beli baru. Jangan pakai yang dah lusuh atau kepam ye. Nanti malu mua tengok, nak makeup pun bau, bakal suami korang nak cium dahi nanti ha kut korang lupa nak basuh pakai yang 2 hari lepas. Boleh terjadi ye. So beli baru simpan siap-siap.

INAI SAH SOLAT

Inai ni kalau boleh jangan pakai last minute. Kalut korang nanti. Dan pastikan beli yang sah untuk solat ye meresap airnya okay.

Moga semua panduan yang diberikan dapat membantu melancarkan lagi majlis perkahwinan anda nanti. Jangan buat persiapan di saat-saat akhirnya. Persediaan lebih baik kerana tidaklah nanti anda kelam kabut.

Sumber: Zulqarnain Aisyah via Tip Persiapan Kahwin (TPK)

 

IKLAN