
Tidak semua pasangan yang baharu berkahwin dapat tinggal bersama. Kerana kerjaya, menyambung pelajaran dan beberapa faktor lain membuatkan mereka terpaksa berjauhan. Namun, ini bukanlah satu alasan untuk tidak berusaha mendapatkan zuriat. Lambat atau cepat mendapat zuriat, ini semua adalah kehendak dan perancangan terbaik Allah Taala.
Dalam perkongsian Dr Hamid Arshat, seorang doktor pakar sakit puan yang cukup terkenal di Malaysia, beliau memberikan beberapa tip atau panduan untuk pasangan suami isteri yang menjalani Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) mengenai hubungan seksual.
- Ambik cuti dan pastikan cukup rehat. Pastikan cuti waktu isteri tengah kemuncak kesuburan. Jika ada peluang pergi cuti di tempat peranginan ketika isteri subur.
2. Pastikan suami dan isteri mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan.
3. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
4. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
5. Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
6. Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Kredit: Facebook Dr Hamid Arshat
Hubungan Terbaik Datang Daripada Dua Hati Yang Terluka

Cinta hadir hanya sekali dan tidak akan pernah ada kali kedua untuk cinta yang sama.
Ramai yang berkata cinta pertama itu istimewa. Walau istimewa mana cinta itu, ia mungkin tidak bertahan lama, dan jangan bersedih jika itu yang berlaku.
Jadikan cinta pertama itu sebagai pengalaman, yang membuatkan anda lebih kuat dan membuatkan anda kenal dan faham diri anda sendiri.
Ya, anda sangat kecewa dan malas memikirkan soal cinta. Anda tidak ingin berdampingan dengan sesiapa dan hanya fokus pada kehidupan anda sahaja.
Anda akan berubah fikiran apabila berjumpa dengan seseorang yang membuatkan anda sedar bagaimana layanan yang seharusnya anda dapat dan mengapa anda perlu untuk melupakan apa yang bekas kekasih anda telah lakukan.
Keadaan ini memerlukan hati yang kecewa untuk menghargai satu sama lain. Ini sebab mengapa anda harus memberi peluang untuk hati anda yang terluka (walau teruk mana sekalipun).
1. Hati yang kecewa akan menghargai satu sama lain.
Dua hati yang pernah terluka akan menghargai satu sama lain kerana mereka pernah melaluinya, dan memahami rasa terluka melalui pengalaman yang lalu.
2. Hati yang kecewa faham apa rasanya disakiti.
Kita pernah dilukai. Semua pernah melaluinya, tetapi apabila anda mencintai seseorang yang pernah melukai anda, anda akan rasa teruk.
Apabila dua hati yang terluka bersatu, mereka akan memastikan mereka bersikap empati. Malah, mereka akan memastikan orang lain tidak merasai apa yang pernah mereka rasakan. Itu membuatkan ikatan perhubungan itu semakin kuat dan cantik.
3. Hati yang kecewa akan mencipta pasukan yang tidak dapat dijatuhkan.
Anda tahu apa maksudnya berada dalam sebuah pasukan? Apabila anda jatuh, rakan sepasukan anda akan membantu walau apa pun yang berlaku.
Kerana hati yang pernah dilukai tidak akan melepaskan sesuatu dengan mudah. Dua hati yang pernah dikecewakan tidak akan meninggalkan rakan sepasukannya bersendirian.
Ditinggalkan kerana orang lain lebih menyakitkan. Dipinggirkan daripada senarai orang terpenting dalam hidupnya jauh lebih menyakitkan. Oleh itu, apabila kita telah merasai semua itu, dua hati yang pernah dilukai tidak akan melakukan semua itu.
4. Hati yang kecewa menghormati satu sama lain.
“Tetap lakukannya walaupun anda berasa takut. Kerana apa yang penting adalah tindakan. Anda tidak perlu menunggu untuk berasa yakin. Lakukan sahaja dan keyakinan akan datang selepas itu.”
Hormat adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan. Ada yang menganggap hormat adalah perkara remeh, tetapi perlu menjadikan hormat itu satu kepentingan. Hati yang dilukai pernah melalui situasi yang membuatkan diri berasa sunyi.
Ditinggalkan bersendirian, diejek di hadapan orang ramai, malah pernah dikenakan untuk menghiburkan orang lain.
Namun, apabila dua hati itu bersatu, mereka sangat memahami kepentingan menghormati satu sama lain. Menghormati perasaan satu sama lain, kepercayaan, keluarga, dan sebagainya.
5. Hati yang kecewa adalah paling kuat.
Kita telah sembuh daripada satu kesakitan, pernah bersama dengan orang yang salah, dan membenarkan orang pijak kita. Semua itu, membuatkan anda berasa kerdil dan tidak berguna, tetapi percayalah, ada banyak kekuatan yang tersembunyi dalam diri anda selepas anda mengharungi semua kepayahan itu.
Ya, itu perkara paling teruk pernah anda lalui, tetapi itu akan menjadikan anda seorang yang lebih baik dan lebih kuat yang anda tidak pernah bayangkan.
Dan pada satu hari, anda akan berjumpa dengan seseorang yang pernah melaluinya seperti anda, dan anda akan dapat melupakan semua kenangan buruk yang anda pernah lalui.
“Lelaki Dilahirkan Untuk Berkorban & Berjuang, Bukan Asik Mengangkang” Nasihat Lelaki Ini

Perkahwinan bukanlah semanis rekaan cerita dalam drama. Mungkin indah dan manisnya hanya pada cerita dan drama bukan pada realiti kehidupan kita ini.
Jadi, suami atau isteri perlu gali ilmu yang luar biasa untuk tampung emosi. Lagi dekat, renungkan perkongsian Mizan Dzai ini untuk jadi pasangan yang saling melengkapi bukan selfish diri sendiri.
KITA LELAKI BANG.
Baru ini aku berkesempatan singgah ke Mahkamah Syariah menemani saudara perempuan aku menyelesaikan hal rumahtangganya.
Kasihan, sedih dan marah yang bercampur baur bila aku tahu kes sebenar saudara perempuan aku ni. Pasangan lelakinya pula tak hadir sedangkan saman telah pun pihak lelaki terima.
Cukup melambat dan menyusahkan urusan bicara serta penyelesian antara mereka.
Sepanjang tempoh perkahwinan tidak bekerja, memukul dan memaki, ditanggung serba serbi oleh isteri, ditangkap atas kes dadah dan bermacam hal lagi.
Itu pun masih tak reti bersyukur.
Peluang demi peluang telah diberi, hinggakan keluarga pihak perempuan langsung tidak tahu menahu, cukup tabah bagi seorang isteri merahsiakan perkara sebegini dari pengetahuan keluarga sendiri.
Seolah-olah taklik perkahwinan yang kau sebagai suami lafaz sebelum ini bagai angin yang berlalu pergi.
Sepertinya kita yang lelaki dan suami ini lupa janji pada mertua, lupa janji pada isteri dulu dan paling mengecewakan, lupa janji pada orang tua kita sendiri yang siang malam mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita sebagai anak.
Aku ni lelaki, kau orang pun lelaki. Kita ni memang Tuhan ciptakan fitrahnya tertarik pada benda yang cantik, kebendaan, duit, wanita yang cantik, juga pada rumah dan kereta yang cantik.
Nafsu kita besar, kau orang pun faham.
Kalau nak lawan fitrah, kita akan jadi geng kunyit yang dilaknat oleh Allah. Nak buat macam mana? Cuma, kita ni dikurniakan akal dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.
Sebelum kahwin kau memang akan menilai bakal pasangan dari segi luaran, penampilan, paras rupa dll. Tapi bila dah sebantal esok, kau akan lalui fasa dimana pasangan tahu busuk mana mulut kau bila bangun pagi, hebat mana bunyi dan haruman kentut kau.
Tak ada benda yang kekal kat dunia ni, Allah dah beritahu. Takkan ada, lebih-lebih lagi kesenangan, kesusahan dan paras rupa. Tak campur kecing atau berak lupa nak flush. Belum cerita spender dan stokin campak merata.
Inikan pula duit motor dan duit rokok pun isteri yang bagi. Allah, apa gunanya hidup jadi lelaki? Tak malu ke?
Kau ada cara kau enjoy, aku ada cara aku enjoy. Takat karaoke, tak salah, tak berdosa pun. Yang salahnya bila kau dok menghidap benda yang bukan-bukan, usung perempuan ke hulu hilir masa bini kau tengah berpantang, masa sedang membaik pulih tenaga dan luka meneran keluarkan zuriat benih cinta demi perkahwinan kau.
Isteri dalam pantang sepatutnya kau jaga 24 jam. Emosi, keperluan dan semangat untuknya. Tak tengok isteri bersalin dalam labour room ke? Tak rasa bertambah sayang pada isteri ke lepas anak kau keluar?
Janganlah sampai sanggup cederakan isteri sendiri demi perempuan lain yang belum gelebeh perutnya bawa zuriat kau. Bacul kau pukul isteri sebab perempuan lain. Dayus kau pukul isteri jika isteri tak ikut kata kau yang menyuruh buat benda yang bukan-bukan.
Kalau jadi depan mata aku, aku mesti join. Mesti.
Perempuan bawa perut ni penat bang. Sangat penat, dengan alahannya lagi. Macam Eleena, aku baru keluar toilet lepas mandi dikatanya aku bau ikan kering, belum sakit pinggang lagi, itu belum asik keluar masuk toilet.
Sampai ada perempuan yang terkencing dalam seluar sebab baby dok tekan-tekan pundi diorang, tak boleh control langsung. Kekadang sampai menangis sebab letih. Kita yang lelaki ni paling letih, paling kuat pun tertidur.
Tolonglah kita lelaki ni jangan jadi jantan keparat yang sebelum kahwin hari-hari panggil sayang, lepas kahwin penumbuk yang melayang. Kau tengok Ayah Rani Kulup, muka punyalah ganas tapi sayang kat bini dia kau tahu?
Sebab tu suka aku pesan, kurangkan melepak kurangkan enjoy, apa kau dapat kalau asik nak enjoy je? Member cabar, member hasut, macam-macam jadi nanti. Kalau tak ada urusan penting, luangkan masa dengan anak isteri.
Ikut sangat cakap member, bukan dia yang doakan kau sepanjang hari. Kau susah nanti isteri juga disebelah.
Apa yang kau dapat ikut sangat apa member cakap, apa member buat? Bangang ke tak boleh fikir?
Dah kahwin buat cara dah kahwin. Hargailah isteri kita yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak, cuba tenung wajah isteri di saat isteri sedang tidur, tak rasa sayang dan kesian ke? Bila kau curang tak rasa serba salah ke?
Jaga-jaga bang, bila kau rasa dah bosan dengan isteri, beratus lagi lelaki lain yang teringin atau nak menggantikan tempat kau. Sentiasa akan ada yang sanggup. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
Isteri yang dalam berpantang ni, sakitnya tak hilang lagi. Eleena sampai sekarang tak boleh genggam tangan sekuat dulu. Sekali isteri kau jadi seorang ibu, berakhirlah masa tidur dia yang sempurna. Dunia, impian dan cita-cita dia hanya untuk kau dan anak-anak.
Takkan kau sanggup keluar karaoke dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan? Habis semua lelaki handsome macam aku kena cop Playboy, aku kalau nak pergi karaoke lepas ni pun line dah tak clear.
Tolonglah ingat, ingat, ingat. Lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang, bukan asik mengangkang. Kalau tak bersedia, tak puas lagi enjoy main game sampai tak nak kerja, yang kau kahwin tu pasal apa?
Perkahwinan ni saling melengkapi, bukannya mementingkan diri sendiri.
Kita yang jantan ni asik nak mengikut Sunnah atau perbuatan Nabi kalau bab kahwin lagi atau bab perempuan, tapi ada tak ikut perbuatan Nabi Muhammad sendiri yang tak pernah memukul kaum wanita?
(HR Ibnu Majah)
Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.
Ubahlah.
Aku pun ada 2 anak lelaki, aku tak tahu bagaimana masa depan mereka nanti tetapi kita sebagai lelaki jadilah pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab serta pandai bersyukur.
In shaa Allah.
Hukum Membawa Orang Lain Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput

Bermula musim cuti sekolah ni pastinya ramai yang membuat kenduri kawin.Dan pastinya berderet jemputan yang diterima. Lately ni, ada satu kemusykilan melanda ramai orang termasuk admin sendiri.
Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu TIDAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. Jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.
2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama. Dan SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu.
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.