Bawang merah pernah disebut dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah, ayat 61 yang menyatakan bahan makanan itu telah digunakan oleh kaum Bani Israel sekitar 1,500 sebelum Masihi sebagai salah satu makanan utama mereka.
Secara umumnya, terdapat dua jenis bawang merah iaitu yang berwarna merah atau ungu. Ia mempunyai rasa yang lembut dan manis.
Sementara yang berwarna kuning atau putih, lebih sesuai digunakan dalam masakan yang akan menjadikan sajian lebih beraroma dan lazat.
Namun, perlu diingat, untuk mendapatkan khasiat bawang merah, ia harus dimakan mentah. Ini kerana jika ia sudah dimasak, sebatian kimia bawang merah sudah berubah.
Bawang itu telah digunakan secara meluas dan dikenal pasti menjadi penawar mengubati pelbagai penyakit. Antaranya ialah:
1. Mengurangkan risiko kardiovaskular
Para pengamal tradisional percaya bawang merah dianggap sebagai tonik untuk organ dalaman.
Kepercayaan itu berasaskan satu kajian yang menunjukkan kandungan sebatian organosulfur dalam bawang merah merupakan agen antiplatelet.
Antiplatelet merupakan satu keadaan yang mana berlakunya pembekuan darah apabila berlaku kecederaan. Dengan mengambil bawang merah, ia dikatakan dapat merencatkan agrigasi platelet seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
2. Agen antipembentukan lemak
Ekstrak minyak bawang merah boleh memecahkan lemak yang terhasil daripada peningkatan serum kolesterol. Ini kerana minyak bawang merah mengandungi sebatian organosulfur iaitu alil propil disulfida yang bertindak sebagai agen antipembentukan lemak dalam badan.
3. Menurunkan tahap kandungan gula
Kandungan kuersetin iaitu sejenis fitokimia yang terdapat pada zat kulit bawang merah dapat menurunkan kadar hiperglisemia iaitu kandungan gula dalam darah menjadi tinggi selepas makan. Pengguna boleh mendapatkan khasiat itu dengan hanya makan bawang merah begitu sahaja dan menganggapnya sebagai ulam.
Ads
4. Mengatasi masalah kemurungan
Selain itu, kulit bawang merah mengandungi sebatian kuersetin. Kandungan tersebut boleh bertindak sebagai agen antitekanan atau anti kemurungan bagi pesakit.
Amalkan pengambilan bawang merah bagi mereka yang mencari ubat alami untuk mengatasi masalah kemurungan.
5. Agen antiasma atau antilelah
Sebatian sulfur thiosulfinates yang terdapat di dalam bawang merah mampu meredakan penyakit asma. Ini kerana sulfur thiosulfinates mampu menjadi agen untuk mengurangkan semput yang dialami oleh pesakit.
Khasiat bawang merah
Dalam bidang kosmetik:
– Ekstrak air bawang merah dapat menghapuskan masalah kutu dan rambut gugur. Caranya sapu air bawang merah yang dicampur dengan minyak zaitun pada rambut atau kulit kepala, biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
– Antipenuaan. Bawang yang mengandungi vitamin A, C dan E berupaya melawan kerosakan disebabkan sinaran UV dan pembentukan radikal bebas.
– Kandungan sumber kuersetin iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit.
Ads
– Vitamin dan sulfur yang ada pada bawang merah boleh melindungi tangan dan kulit daripada berkedut. Caranya dengan menyapu kulit bawang merah pada bahagian kulit bagi meningkatkan kadar peredaran darah.
– Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Caranya ambil beberapa hirisan bawang dan letak di atas tempat gigitan.
Khasiat lain:
– Merawat mata sentiasa berair.
– Meneutralkan racun.
– Masalah dalam telinga berair dan berdengung.
– Menghilangkan loya dan mengelak daripada muntah.
– Merawat buasir.
– Melancarkan haid.
– Meningkatkan selera makan.
Ads
– Merawat kusta.
– Melancarkan pembuangan air kencing.
– Membantu sistem penghadaman.
– Mencegah kanser.
– Membaiki sel dan tisu badan.
– Meningkatkan daya ingatan dan menguatkan sistem saraf.
Bayangkan sebelum bernikah kehidupan anda begitu tenang, serba cukup dan bebas hutang. Tetapi apabila berkahwin, anda mula dihujani dengan pelbagai masalah dan hutang suami anda. Inilah antara punca-punca pergaduhan antara suami isteri.
Disebabkan itu, anda wajib mengambil tahu situasi kewangan bakal suami anda supaya anda tidak susah di kemudian hari. Bukan tidak mahu susah senang bersama, tetapi mengapa si dia tidak berterus-terang sebelum kahwin tentang status kewangannya?
Jadi buat para wanita, ini antara perkara yang boleh anda lakukan sebelum berkahwin dengan pasangan anda. Tip ini dikongsi oleh Mimi Rozmiza Rozman menerusi akaun Facebook miliknya.
*****
Ini menakutkan sebagai seorang perempuan.
Sebelum kahwin semua manis macam gula,
lepas kahwin semestinya nak manis jugak,
tapi tiba-tiba masalah kewangan muncul, masa tu gula pon rasa kelat.
Sebelum kahwin tak rasa susah sama-sama.
Bukan menakutkan tapi reality kehidupan ada yang berlaku seperti ini.
My advice untuk gegadis
1. Minta CCRIS report untuk tahu komitmen 2. Minta slip gaji untuk tahu berape gaji 3. Minta tengok berape saving dia
Bukan mata duitan,
sebab in reality wujud lelaki yang put effort semata-mata nak dapatkan kita,
Lepas kahwin dah takda semua tu.
Sebabnya tak mampu dah.
Nasihat untuk lelaki,
no need habiskan duit untuk belanja perempuan kalau anda tak mampu teruskan selama-lamanya.
Lumrah perempuan suka sebut “dulu boleh je macam tu”
Sape ajar ? Lelaki, so better don’t ajar perempuan.
Daripada bercinta jangan bagi benda yang diri sendiri tak mampu.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Itulah ungkapan yang sering didengari dalam menggambarkan pahit manis sesebuah perhubungan. Menjadi perkara biasa apabila pasangan bercanggah pendapat dan berselisihan faham.
Kadangkala sikap pasangan yang panas baran membuatkan masalah tersebut menjadi besar dan mengambil masa untuk diselesaikan. Hinggakan perkara remeh juga menjadi sulit akibat sikap pasangan yang terlalu panas baran.
Pastinya anda berasa rimas dan meyampah bukan? Sebelum hubungan anda menjadi lebih panas dan sukar dibendung, jom kita lihat 6 tip menangani sikap panas baran pasangan.
1. LEBIH BERSABAR
Berhubungan dengan seseorang yang mempunyai masalah kawalan emosi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Cuba sedaya mampu untuk bertindak sebaliknya kerana jika anda turut bersikap negatif sepertinya, hubungan kalian tidak akan kemana.
Jadi tenang dan tidak melatah tidak bermakna memberi peluang kepala dipijak, tetapi ia memberi contoh yang baik kepada pasangan. Mungkin dia akan rasa malu dengan perbuatannya walhal anda tetap tenang di sisinya.
2. BERI MASA
Kebiasaannya, orang yang cepat marah mudah untuk kembali normal dalam masa yang singkat. Apabila mereka mula menunjukkan rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara yang dibincangkan, berhenti daripada membicarakan perihal itu dan biar dia melayan amarahnya tanpa anda bersuara.
Ya, mungkin dia akan menghempas pintu keluar bilik kerana tidak tahan dengan perasaannya yang membuak-buak itu, tetapi dia pasti akan kembali ke dalam bilik dengan senyuman manja serta kata maaf kerana terkasar bahasa. Apa yang pasti, biar dia buang segala amarah yang ada. Masa akan menyembuhkan dan mengurangkan rasa itu.
3. JANGAN TERLALU MENGIKUT
Tidak semua yang dia lakukan adalah betul. Jika amarahnya itu sampai ke tahap mengugut, mencederakan anda serta merosakkan harta benda, ia tidak harus berterusan begitu. Mereka perlu belajar untuk mengawal perbuatan serta kata-kata yang menyinggung perasaan. Kesabaran anda juga ada hadnya. Biar mereka tahu yang anda juga ada perasaan.
4. ELAK TERLIBAT DALAM PERTENGKARAN
Selalunya, mereka yang mempunyai sifat baran ini mampu untuk menukar perkara kecil menjadi isu besar. Secara perlahan-lahan, dia juga akan membawa anda terlibat sama dalam permasalahan yang diciptanya sendiri. Sebagai contoh, dia menerima panggilan telefon daripada majikannya yang menyuruh dia membentangkan kertas kerja pada saat akhir, sepanjang hari dia akan diselubungi dengan rasa marah dan tidak selesa dek tidak puas hati dengan majikannya.
Ini menyebabkan dia menyalahkan anda pula akibat kesusahan yang dihadapinya itu. Ingatkan dia bahawa anda sentiasa berada di sisi dia untuk memahami situasi itu, selain meminta dia tidak menyalahkan anda yang jelas tiada kena mengena dalam perihal itu. Sebaik sahaja anda menyuarakan pendapat anda ini, jangan sesekali membalas apa juga yang dia cakapkan. Dia sendiri akan rasa bersalah dan mula menyedari apa yang betul.
5. SOKONGAN LUAR
Kadangkala, sifat mudah marah ini perlu dirawat menggunakan khidmat pakar. Ketahuilah bahawa sikap mudah marah boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk berlaku seperti kurang waras dan tekanan jiwa. Biar mereka sedar yang anda ingin mereka mengubah sifat buruk anda ini untuk masa depan yang lebih baik.
6. RESPONS YANG TIDAK DIALUKAN
Hanya kerana kedai bakeri kegemarannya kehabisan stok kek yang diingininya, dia marah-marah serta mengamuk tidak tentu hala. Jika anda cuba untuk memberi penjelasan mengapa hal itu berlaku, anda hanya mengundang parah dan meningkatkan lagi amarahnya. Jangan cuba untuk menenangkan kerana itu membuatkan dia rasa lebih tercabar. Dia menganggap pendapat dia sahaja yang betul, walaupun jelas segala maklumat yang anda sampaikan adalah mengikut logik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini isu pasal pandai siang ikan ke tak, agak panas. Terus golongan dikritik jenis tak akan masuk dapur.
Padahal kalau tak pandai siang ikan pun, di kedai dah boleh siap-siap potong dan cuci. Benda senang kenapa nak susahkan? Begitulah yang dikongsi oleh Uyaina Arshad.
Pandai Siang Ikan Ke Tak, Itu Bukan Masalah
Pengacara dan pelakon itu mengakui semenjak bernikah dengan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran dua tahun lalu, lelaki itu tidak pernah persoal hal tersebut. Ujarnya, ibu mertua pun tidak mempertikaikan.
“Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami I juga paling chill.
“Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.
“TAPI RELAKS LAH, DALAM KALANGAN KAUM LELAKI PUN ADA JER YANG TAK PANDAI TUKAR TAYAR KERETA, SO…,” TITIPNYA.
Uyaina yang turut berkongsi sajian ikan berlado berkata ibu mertuanya rajin menyediakan juadah apabila mereka sekeluarga pulang.
Kata Uyaina, tidak tahu boleh bertanya dan belajar. Justeru, sebagai menantu, beliau tetap turun ke dapur dan melakukan kerja-kerja memasak.
“Ibu mertua pun sama. Sangat awesome! Tapi saya masuk dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat. Haaa camtuh,” kongsinya.
Ujar Uyaina, pada masa akan datang beliau akan mencadangkan cabaran menukar tayar kereta kepada penerbit rancangan televisyen tersebut.
Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!