Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-28, bekas model dan pelakon, Azah Aziz berkongsi suka duka bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah.
Menerusi satu video yang dimjuat naik di laman Instagramnya, Azah atau nama sebenar Norazah Aziz mengakui setiap pasangan pastinya mempunyai liku-liku dalam rumah tangga.
Azah mengakui bahawa dirinya juga turut berdepan dengan pelbagai liku dan cabaran sepanjang 28 tahun perkahwinannya.
Pada masa sama juga, bekas pelakon berusia 50 tahun ini turut menitipkan nasihat buat pasangan di luar sana agar duduk berbincang segala masalah secara baik dan mengetepikan ego masing-masing. Malah Azah juga sempat berseloroh kepada orang yang belum berkahwin.
Setiap pasangan ada liku-liku rumah tangga, nothing is perfect, saya juga ada liku-liku menempuh alam rumah tangga sehingga kini 28 tahun bersama, tak semudah untnk mengukuhkan, setiap masa ada dugaannye, semua orang akan merasai dugaan itu, semua terpulang pada diri kita dan pasangan kita bagaimana utk menyelesaikannye.
Yang ada masalah rumah tangga tu duk berbincang secara baik, letak ego masing-masing ketepi, look at your kids, settle secara baik, yang mana belum khawin, jangan khawin, jadi isteri dan ibu tak semudah yang disangka.
At the end is about u, yourself, your partner n your family.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah di atas sambutan ulang tahun perkahwinan Azah yang ke 28.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Happy Anniversary kak Azah and hubby. Mmg hebat kak Azah..sejak sekolah kat CPR lg akk couple dgn hubby akk! Truly hebat!! Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.”
Ads
“Happy 28th anniversary and more to come.”
“Moga bhgia hingga syurga.hormat suami azah..wlapun asl org putih pun x mndua2in istri dibelkng.ada segelintir melyu mlysia plk melebihi skitkn hati istri.thniah azah dn suami.”
“Congratulations btuahh tu bjaya sampi 28tahun moga bkklan till jannah Amennn.. yg belu kawin jgn kawin tu.”
“Happy anniversary semoga hingga ke syurga aamiin.”
“Happy anniversary Azza, awet muda dan makin cantik, semoga kekal selamanya.”
Pasangan pengantin baru selalu berada dalam dilema apabila ada ibu bapa yang mengajak untuk tinggal bersama sementara waktu. Ada juga yang telah menyediakan bilik khas untuk anak dan menantunya.
Bagaimanapun disebabkan anda tidak mahu kecewakan hati orang tua, anda terpaksa mengikut kehendak mereka. Sebenarnya banyak perkara anda kena fikirkan kalau nak duduk serumah dengan mentua. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan okay!
Kredit foto: Pexels
1. Tiada ruang privasi
Dah nama pengantin baru, anda mesti nak waktu berdua bersama si dia. Masa ini lah anda boleh kenal lebih mendalam tentang pasangan anda. Kalau duduk rumah mentua belum tentu lagi ye ada masa macam ini.
2. Kadangkala rasa tak selesa
Bayangkan keluarga mentua anda mempunyai ahli keluarga ramai. Setiap tempat ada sahaja sampai anda pun rasa tak selesa nak keluar bilik.
3. Bila bergaduh pasti ada campur tangan
Dah duduk rumah mentua, semua sahaja diperhatikan. Kalau anda tak bercakap sikit mula lah fikir anda dan si dia tengah bergaduh. Bertanya itu ini. Sehingga anda sendiri pun rimas.
Kredit foto: Pixabay
4. Pakaian agak terbatas
Untuk perempuan kalau duduk rumah mentua anda kena jaga adab dan pakaian anda. Kalau si suami ada adik beradik lelaki ramai kenalah jaga perangai tu.
5. Tidak sihat pun kena berlakon sihat
Kalau duduk rumah mentua ni tangan kena ringan buat kerja. Kalau anda tak buat nanti ada sahaja yang berbisik. Sebab itu kalau tak sihat pun kena pandai berlakon macam anda sihat takut mereka salah sangka.
6. Tidak boleh nak dekor rumah sendiri
Anda tidak berpeluang untuk dekorasi rumah sendiri kalau tinggal bersama mentua. Impian anda nak dekorasi idaman akan terhenti.
Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan namun ramai di kalangan kita agak kurang minum air putih. Buat bakal mempelai jika ingin memiliki kulit yang sihat bekalan air yang cukup amat penting bagi memastikan kulit sentiasa segar dan lembap. Jika anda tergolong di kalangan mereka yang tidak suka minum air putih, anda boleh cuba untuk mengamalkan minuman infused detox water?
Infused detox water juga dikenali sebagai air detoks dan merupakan campuran air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba, madu dan sebagainya. Kebiasaannya ia akan dibiarkan semalaman sebelum diminum. Seeoloknya untuk bakal mempelai boleh mengamalkan petua ini seawal mungkin atau selewat-lewatnya enam bulan sebelum majlis berlangsung bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Dipercayai bahawa air detoks mampu menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk atau ubat pelangsingan. Air ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk tampil sihat. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan.
Ada berbagai jenis air detoks. Berikut disenaraikan beberapa jenis air detoks untuk diamalkan.
Pilihan Air Detoks
6 JENIS CAMPURAN AIR DETOKS & KHASIATNYA
1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.
4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.
5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.
6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.
Cara Membuat Air Detoks
1.Potong buah-buahan nipis-nipis.
2.Susun potongan buah-buahan di dalam jar. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga jar penuh.
3. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais. Bolehlah dinikmati keesokan harinya. Habiskan air detoks pada hari yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti sedap enak dinikmati ketika masih panas-panas lagi. Sebenarnya tidak susah pun untuk memasak roti. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jika anda tiada oven, roti boleh dimasak dengan cara kukus.
Resipi roti yang dimasak dengan kaedah kukus seperti dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad berikut memang sangat mudah. Hasilnya roti gebu dan cantik. Sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan juga hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS GEBU
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan mentega yang dicairkan untuk topping
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik dua kali ganda. Selepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulat-bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Boleh guna loyang saiz 6 inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6. Balut loyang dengan ‘cling wrap’ tetapi jangan terlalu ketat. Bagi ruang untuk roti mengembang semasa dikukus.
7. Kukus dengan api sederhana selama 35 minit hingga 40 minit.
8. Apabila roti sudah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Enak juga dinikmati dengan kari dan juga kuah sardin.
TIP PENTING:
– jika doh agak lambat kembang, jangan panik. Tunggu sahaja sehingga doh betul-betul kembang kemudian bolehlah dikukus.
– doh akan mengembang lagi ketika dikukus.
* jangan balut loyang terlalu ketat semasa mengukus. Roti tidak dapat mengembang dan tidak menjadi gebu.