Zaman sekarang, belanja kahwin bukan main tinggi. Bakal mentua letakkan harga yang ada kalanya tidak munasabah kepada bakal menantu. Ramai yang lupa atau mungkin tidak tahu, belanja kenduri kahwin sepatutnya ditanggung pihak keluarga perempuan. 

 

Selepas berakhirnya PKP, berpusu-pusu pengantin buat kenduri kahwin. Majlis yang sudah tertangguh akhirnya diadakan untuk mencukupkan ‘syarat’. Nak jemput saudara-mara, sahabat handai dan kenalan jauh dekat.  

IKLAN

 

Bukan apa, takut dijadikan bahan cerita. Kahwinkan anak tapi majlis tak ada. Itulah yang berlaku sekarang. Ramai yang akan berhabis duit untuk majlis kahwin sedangkan perkara wajib iaitu pernikahan sudah selamat diadakan. 

IKLAN

 

Dalam satu ceramah yang disampaikan Dato’ Ustaz Kazim Elias, beliau menegaskan bahawa hantaran kahwin sepatutnya ditanggung keluarga perempuan. 

IKLAN

 

“Hari ini kita tetap hantaran mahal-mahal sebab nak buat kenduri. Siapa yang kena tanggung? Bakal menantu kita. Itu yang bakal menantu kita pinjam duit Ah Long. Tiga empat tahun kahwin, hutang masih ada lagi. 

 

Nabi Muhammad SAW dah kata, tanggungjawab kenduri kahwin adalah tanggungjawab mak ayah. Ada duit buat kenduri, tak ada duit angkat nikah. 10 talam sudah, dalam surau.” 

 Kan senang macam tu…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI