Sering kali kita dengar tentang cinta dalam hubungan jarak jauh tidak berkekalan kerana banyak faktor-faktor yang menyebabkan ianya terputus. Siapa yang mahu menderita kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang kita sayang?

Pastinya hanya mereka yang kuat saja boleh melaluinya dengan penuh sabar, apatah lagi yang sudah berkahwin yang terpaksa berjauhan atas sebab kerja.

 

Baca juga Tip Kahwin PJJ, Ini Rupanya Cara DAYAH BAKAR Gembirakan Hati Tanpa Suami Disisi. – Pesona Pengantin

Baca juga “Mohon Netizen Beri Ruang Kepada Isteri Saya, Hentikan Kecaman. Dia Baru 25 Tahun,” DDNK Harap Isteri Boleh Survive.  – Pesona Pengantin

Namun, kebanyakan percintaan atau perhubungan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga.

Kalau Tak Kuat Jalani Hubungan Jarak Jauh, Cuba Baca Ni!

Berikut 10 Tips mengekalkan hubungan jarak jauh agar ianya sentiasa kekal bahagia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

1. Berdoa hubungan diredhai Allah dan kekal bahagia

Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada Allah agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.

 

2. Saling mempercayai cinta masing-masing

Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan. Dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu.

Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina. Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

IKLAN

 

3. Setia dan jujur dengan si dia

Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single kepada kawan-kawan anda.

Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka. Apa perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain di belakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?

 

4. Buat dia rasa anda ada – selalu berkomunikasi

Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication atau salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda. Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi seperti; whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam lagi.

Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing. Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya.

 

5. Luahkan perasaan anda

IKLAN

Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.

Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi intim yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti. Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dalam sebuah perhubungan.

 

6. Bertemu-janji

Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia.

Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.

 

7. Berikan dan terima hadiah dan kejutan

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.

Orang kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.

IKLAN

 

8. Wujudkan persefahaman dan tolak ansur

Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja atau ada kelas.

Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja atau kelas dengan si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya.

 

9. Jangan mengongkong

Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar. Walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.

Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.

 

10. Jangan cemburu buta

Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat ‘detect’ kerana anda mengenali si dia kan?

Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih sayang, percayai satu sama lain dan bertolak ansur. Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati walaupun masing-masing jauh di mata.

 

SUMBER : daku-amat.blogspot.com

TWEET : CINTA JARAK JAUH

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI