Bila rasa sayang itu hilang, sedih rasanya bila perkara itu terjadi kan. Tapi kita tidak tahu apa yang terjadi dalam hubungan rumah tangga itu. Jadi sebelum terlambat, perbaiki diri dan kembalikan rasa sayang itu secepat mungkin.

Benda Paling  Ditakuti Dalam Rumah Tangga, Bila  Rasa Sayang Itu Hilang Dan Rasa Selesa Sendiri Itu  Muncul Secara Tiba-Tiba

1.Rasa selesa bila berjauhan

Inilah perkara pelik yang berlaku kepada suami dan isteri. Jika suami berjauhan dengan isteri maka isteri pula rasa selesa,seronok dan bahagia. Lagi lama suami berjauhan maka lagi seronok pula isteri berseorangan. Ada suatu yang tidak kena ada perkahwinan begini.

Sebaliknya pula ketika suami dan isteri bersama akan timbul rasa kurang selesa pulak kepada isteri.Pelbagai alasan akan diberi.Rimas,bosan dan sebagainya sebagai protes terhadap suami. Jika ada tanda-tanda begini memang sah isteri sudah tidak sayang dan mencintai suami lagi.

2.Tiada rasa rindu pada pasangan

Fuh ! Dahsyat juga ujian ini. Bayangkan sudah bersuami isteri.Sudah pun tidur setilam dan sebantal.Namun perasaan rindu kian menghilang.Ianya hilang jauh entah ke mana. Untuk melihat sejauh mana kenyataan ini, senang sahaja.Si suami boleh pergi outstation ataupun balik kampung seorang diri.Dalam masa dua tiga hari ada tak si isteri cuba menghubungi kita?

Kita sebagai suami jangan pula pandai-pandai nak menelefon terlebih dahulu.Jika dalam masa tersebut langsung tiada respon atau panggilan dari isteri maknanya dia sudah tawar hati terhadap kita. Ujian ini bukan setakat itu sahaja. Setelah kita kembali atau sang suami balik ke rumah lihat pula reaksi isteri.Jika tiada excited atau ‘selamba dek’ rindu isteri sudah tiada lagi dalam hatinya.

Benda Paling  Ditakuti Dalam Rumah Tangga, Bila  Rasa Sayang Itu Hilang Dan Rasa Selesa Sendiri Itu  Muncul Secara Tiba-Tiba

3.Suka prasangka buruk

Antara prasangka buruk yang biasa kita dengar pada isteri ialah suami sudah ada perempuan lain.Suami sudah tidak bertanggungjawab.Suami tidak guna dan sebagainya.Asalkan yang buruk – buruk itu adalah untuk si suami. Memang sukar juga untuk mentafsir perasaan cinta isteri terhadap suami dengan sekali imbas.Namun kata hati atau deria keenam boleh merasainya jika kehidupan dalam rumahtangga ada sahaja yang tidak kena.

Kira bernasib baik jika isteri masih tercalit iman didada.Lantas menyedari tindakan itu memang berdosa. Bagaimana pula dengan keadaan isteri yang nama sahaja Islam tetapi penghayatan agama terhumban ke laut?

IKLAN

4.Isteri menyembunyikan sesuatu

Dalam rumahtanggga yang bahagia tiada rahsia antara suami dan isteri.Baik perkara tersembunyi ataupun perkara terbuka. Suami ada masalah luahkan sahaja pada isteri. Isteri ada masalah luahkan sahaja pada suami.

IKLAN

Namun jika isteri sudah tidak mencintai suami makanya isteri menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan suami. Mungkin pada permulaan dia akan kurang bercerita.Ceritanya pula ‘korner sana dan korner sini’ dengan tujuan untuk menyembunyi sesuatu.Tiada lagi istilah berterus terang.Yang ada pendam dan simpan untuk menjadi jeruk dalam hati masing-masing.

IKLAN

5.Tiada nafsu terhadap suami

Memang kes parah ‘tahap gaban’.Bayangkan isteri sudah tidak berminat untuk hubungan intim dengan suami. Jika diajak berasramara akan dilakukan ‘semadi nadai’.Maksudnya mahu dengan tidak mahu.Hubungan begini menempa bahaya sekiranya suami tidak puas hati.Lantas cenderung untuk kes kecurangan.

Suami sudah curang akhirnya isteri ada peluang.Pada masa tersebut isteri menyalahkan suami dan kesalahan 100 peratus untuk suami.Tepuk la jawapnya. Kesudahannya keluarga musnah terbarai.Pihak yang paling seronok tentunya iblis yang suka mengintai peluang untuk menghancurkan rumah tangga manusia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI