Bengah Ajar Macamana Nak Tackle Bila Isteri Tanya Sedap Tak Apa Dia Masak

Share

Isteri ni bila dia masak, dia selebihnya tak fikir pon sedap atau tak. Tapi kebahagian dia untuk bagi suami rasa tu yang yang buat dia lebih excited. Bengah kongsi di akaun instagram miliknya, macamana nak tackle bila isteri tanya sedap tak masakan dia.

“Masakan mak dengan i mana lagi sedap?”
.
Ni macam soalan terakhir matematik yang susah nak dijawab dan dirungkaikan.. sebab soal sedap atau tak ni kalau mak mak dan isteri ni masak bergantung pada Mood Nak Memasak!
.
Bengah request kat Mak mertua nak makan kari.. Cik Bunge pulak offer nak masak gulai lemak. 2 masakkan ni memang hasil tangan Mak dalam dunia ni yang ada citarasa tersendiri.. berbalik soalan sedap ke tak sedap masakkan isteri tu… bersyukurlah atas nikmat yang diberi. Perkataan SEDAP tu boleh lahir dari rasa syukur keatas nikmatNYA..


.
Dan isteri tanya lagi.. kali ni lebih extreme macam soalan 1 Juta! Who Wants To Be A Millionaire… masa tengah makan dia akan tengok.. suami dia tambah ke tak… ?
.
“SAYANG TAK NAK TAMBAH NASI KE?”
.
isteri semangat nak memasak untuk suami tu laa nikmat sedap bagi aku. kalau masakkan dia sedap? itu bonos nikmat! kesungguhan dia nak memasak tu yang jadikan penambah perisa sedap.. ?
.
Lelaki pon boleh masak la. kita lelaki la yang paling terer dalam masak memasak ni! Apa yang paling aku terer bab masak ni ialah.. fikir masak masak nak makan kat mana kalau isteri takde mood masak ? Kepci atau Roti canai pon ok? ON tak ON? hahaha..
.
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
IKLAN