Wow! Tidak ada angin bertiup, tahu-tahu sahaja pelakon yang mendapat jolokan Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran sudahpun selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Arifabillah Idris pagi tadi. Pandai sungguh rahsia percintaannya disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa.

 

Baca juga artikel Dilema Antara Isteri Atau Ibu, Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar Buka Mata Lelaki Bergelar SUAMI! – Pesona Pengantin

Bercinta Sembunyi-Sembunyi, VANIDAH IMRAN Kini Sah Bergelar Isteri PESILAT NEGARA

 

Hanya dengan sekali lafaz, Vanidah dan Arifabillah menamatkan zaman single dihadapan Pendaftar Nikah Cerai rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi. Vanidah diwalikan adik kandungannya, Johan Imran di sebuah premis di Titiwangsa sekitar jam 12.12 tengah hari.

 

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.

 

IKLAN

Bercinta Sembunyi-Sembunyi, VANIDAH IMRAN Kini Sah Bergelar Isteri PESILAT NEGARA

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran. Walaupun hanya majlis sederhana namun ia memberi penuh makna buat pasangan mempelai ini.

 

Memilih @ezsconcept sebagai perancang perkahwinan, ruangan pelamin dihiasi dengan bebungan nada putih yang tampak sangat manis. Vanidah yang disolek jurusolek terkenal Malaysia, Syed Faizal Syed Noh menyarungkan busana rekaan Rizman Ruzaini berkonsepkan kebaya songket.

 

IKLAN

Bercinta Sembunyi-Sembunyi, VANIDAH IMRAN Kini Sah Bergelar Isteri PESILAT NEGARA

“Sejujurnya yang tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika. Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan.  Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira  terhadap keputusan dibuat,”ujarnya.

 

Gembira dan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah, Vanidah akui berkongsi banyak persamaan dengan suami.

Bercinta Sembunyi-Sembunyi, VANIDAH IMRAN Kini Sah Bergelar Isteri PESILAT NEGARA

IKLAN

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata. Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI