
Percaya tak di sebalik kejayaan suami, adanya isteri di belakang yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Sebagai seorang wanita kadangkala anda bukan mengharapkan balasan di atas apa yang anda sudah lakukan tetapi ia memadai hanya dapat rasa kasih sayang yang diberi oleh seorang suami.
Suami Kena Prihatin
Biasalah wanita ni memang perangainya suka mengadu walaupun perkara tu nampak remeh. Walaupun suami penat bekerja ia bukan alasan atau penghalang bagi mereka untuk tidak ambil tahu tentang apa yang anda lakukan. Cuba jadi prihatin, dengar segala perkara yang ingin diluahkan. Wanita ni selalunya menjadikan bercakap itu sebagai terapi diri, jadi balas jasa isteri dengan mendengarkan segala apa yang mahu diceritakan. Hilang stres isteri!
Boleh Kot Tolong Isteri Sesekali
Dah memang kerja isteri, biarlah dia buat. Silap tu bang! Walaupun wanita ni seorang yang multi-tasking segala perkara boleh buat tapi itu bukan lesen untuk si suami lepas tangan. Bantu isteri untuk meringankan beban mereka, mungkin pada hari bekerja tidak boleh, jadi apa kata anda tolong mereka bila cuti hujung minggu. Boleh kan?
Puji Isteri Biar Dia Tersenyum
Betul ke orang cakap ego lelaki ni tinggi macam KLCC, hiks? Tahu tak ‘kuasa’ pujian ni boleh membuatkan anda berasa gembira sepanjang hari. Jadi si suami bila nampak isteri tu cuba puji walaupun kadangkala ia nampak macam perkara yang remeh. Bila dapat happy kan isteri, rezeki pun senang nak datang!
Perkahwinan bukan sesuatu perkara yang membebankan, malah dari sudut islam orang yang berkahwin rezekinya akan bertambah. Setiap pasangan akan diduga dengan pelbagai masalah, jika rezeki selepas kawin menjadi sempit mungkin cara pengurusan kewangan ada silapnya cuba check balik okay.
Selepas ijab kabul, ini adalah amalan sunat yang perlu pasangan pengantin baru perlu lakukan.

Berikut merupakan amalan-amalan sunat selepas selesainya ijab kabul.
1. Meletakkan tangan ke atas ubun-ubun kepala isteri lalu berdoa:
“Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya.” (Riwayat Abu Daud no.1260

2. Melakukan solat sunat 2 rakaat.
Kebiasaanya dilakukan oleh pengantin lelaki sahaja, walaupun begitu tiada larangan untuk kedua-dua pengantin laki-laki dan perempuan untuk lakukan solat sunat 2 rakaat secara berjemaah.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala.”
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
• Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)
• Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)
• Membaca doa berikut selepas salam:
Bacalah apa-apa doa yang baik dalam bahasa arab mahupun melayu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doakan semoga Allah berkati perkahwinan ini dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pengantin.

3. Sujud syukur.
4. Selain itu, Prof. Wahbah al-Zuhaili juga menggariskan beberapa perkara sunnah dilakukan ketika majlis nikah : (Al-Fiqh al-Islami, jil 7, hlmn 122) iaitu:
Khutbah akad.
Para hadirin membaca doa untuk pengantin.
Bernikah pada hari Jumaat.
Mengkhabarkan atau mengumumkan berita mengenai majlis perkahwinan.
Mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)
Rujukan: www.muhdarifaiman.com
Hilangnya Rezeki Seorang Suami Bila Dia Lakukan Perkara-Perkara Ini!

Sebagai suami dan isteri adalah tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan dalam rumah tangga. Suami isteri perlu bertolak ansur dalam segala hal yang rumit. Isteri pula adalah tulang belakang bagi suami.
Oleh itu, suami perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Namun, jangan pula suami merungut dan mengeluh kerana itu tidak mendatangkan keberkatan. Mungkin dengan mengeluh juga dengan sekelip mata hilangnya nikmat yang Allah tarik. Ini sebab kenapa hilangnya rezeki suami.
Sering bergaduh
Usahlah bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi mengenai duit. Bila pasangan tidak redha maka ini lah punca disitulah rezeki anda disekat.
Merasa anak adalah beban
Anak adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah. Oleh itu, anda dipertanggungjawab untuk mengajar dan menjaga nya sebaik mungkin. Suami isteri perlu berusaha untuk mencari rezeki tanpa merungut anak adalah bebanan anda.
Mengeluh dengan apa yang dimiliki
Elakkan daripada terlalu mengeluh dan banyakkan rasa syukur dengan apa yang anda ada sekarang. Syukur itu adalah rezeki yang melimpah ruah.
Kedekut dengan isteri dan anak
Jangan terlalu berkira dengan isteri dan anak anda. Anda perlu memahami mereka dan berkongsi rezeki yang anda ada kerana itulah kiriman daripada Allah.
Gagal kawal marah dan emosi
Dalam rumah tangga kalau anda sedang marah jangan sesekali tinggi kan suara kepada pasangan anda. Jangan gunakan kata-kata yang jahat sebaiknya gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hati pasangan. Bincanglah secara elok.
Kurang sabar
Bersabar lah dengan apa yang sedang anda hadapi. Itu tanda Allah sedang menguji anda. Sebaiknya minta pertolongan dari Allah agar dipermudahkan segala urusan anda.
Kurang sembahyang dan berdoa
Sebagai seorang muslim adalah tanggungjawab kita untuk menunaikan solat. Jika kita tidak mengerjakan solat dan berdoa kepadanya. Nescaya Allah akan tutup pintu rezeki buat kita.
Makan Hati Dengan Perangai Suami, Kesabaran Isteri Ada Hadnya

Baca perkongsian kisah wanita ini yang barang kali tidak mudah untuk dilalui ramai wanita yang bergelar isteri. Jika terjadi kepada anda, apakah yang akan anda lakukan? Berkahwin tetapi seperti tidak dipedulikan suami sendiri.
Isteri failkan penceraian hanya selepas setahun berkahwin.
Insya Allah bulan 10 ini saya akan bercerai dengan suami, anak baru berusia 6 bulan. Saya banyak makan hati dengan suami saya sebelum ini tetapi saya anggap itu resam keluarga.Setiap kali ada terasa hati, saya pendamkan dan diamkan. Tapi suami akan tanya juga. Bila saya luahkan, dia akan tunding jari dan cari silap saya.
Kami dari bercinta sampai dah kahwin PJJ. Perancangannya, selepas bersalin, saya akan berhenti kerja dan tinggal bersama suami. Saya bertugas di Hospital. Suami seorang penjawat awam. Kes ini jadi melarat saat kandungan saya berusia lebih 8 bulan. Waktu ini, saya punya terasa hati saya dah mula pendam. Pada suatu hari, anak dalam kandungan tak bergerak agak lama. Walaupun saya boleh memandu sendiri, tetapi memandangkan saya tinggal di rumah keluarga saya, saya jaga air muka suami dengan tidak menguruskan semuanya sendiri.
Saya ajak dia bawa saya ke Hospital untuk periksa kandungan. Di jawab "biasalah baby tidur memang tak bergerak". Masa itu betul-betul luluh hati saya. Saya terfikir, mana la rasa sikap susah hati dia dengan kandungan saya. Ada sekali sehinggakan saya berdoa Allah cabutlah nyawa anak saya. Sebab kalau dia hidup, si ayah nak tak nak sahaja melayan anaknya. Jadi, saya diamkan sahaja diri dalam bilik. Suami tidak peduli dan terus keluar. Mak saya yang kerisauan bertanya keadaan baby, "dah gerak ke?" Saya terpaksa tipu mak saya dengan mengatakan baby dah gerak. Masa itu saya tawakal sahaja.
Selama PJJ sebelum ini, semua saya buat sendiri termasuklah periksa perut dan kandungan di Klinik Kesihatan. Sehinggalah hari saya alami "contraction" yang pertama. Jam pada waktu itu pukul 2 pagi.
Sakit Nak Bersalin.
Saya kejutkan suami kerana terlampau sakit. Dari jam 11 malam lagi saya tak dapat tidur menahan kesakitan. Saya mengadu kesakitan. Kemudian dia bangun dalam keadaan marah sambil bersiap. Dalam perjalanan, dia diam seribu bahasa. Kereta dipandu dengan sangat laju. Langsung tidak bercakap dengan saya.
Sampai sahaja di Hospital dan selepas diperiksa, Doktor sahkan tiada bukaan lagi tetapi ada sedikit masalah yang membuatkan saya perlu masuk wad dan dipantau selama 3 hari. Selepas 3 hari, saya dibenarkan keluar. Setibanya di rumah, terus turun tanda. Cuma tak sakit lagi. Saya pun biarkan dahulu. 3 hari selepas itu pula, pada waktu yang hampir sama, sakit yang sama datang. Saya kejutkan dia. Sambil bangun acuh tak acuh, dia boleh cakap "pergi pun kalau tak bersalin lagi macam mana?
Menangis saya, terus keluar tunggu di depan rumah. Barulah dia keluar. Sampai sahaja di hospital, lebih kurang jam 4 lagi, bukaan sudah 3cm. Sakitnya bukan kepalang dah masa tu. Jam 7 pagi baru saya ditolak ke wad. Suami lepas letak barang-barang saya, dia terus hilangkan diri dan balik.
Bersalin Seorang Diri.
Tak sampai 10 minit lepas tu, contraction yang kuat saya rasai. Doktor sahkan bukaan sudah 8cm. Doktor tanya mana suami saya, ringkas jawapan saya "dah balik". Menangis lagi. Betul tak boleh tunggu dalam wad. Tapi bukan tak boleh nak tunggu di bawah. Dia pentingkan tidur lagi dari saya yang sedang bertarung nyawa ni. Mujurlah keluarga saya sudah sampai dan ada tunggu di ruang hadapan. Nurse kemudiannya telefon suami suruh patah balik. Jam 9:30 pagi saya selamat bersalin anak lelaki. Terjenguk-jenguk juga saya mencari suami. Tapi tak juga muncul-muncul.
Pukul 12:30 tengahari baru dia masuk azankan anak. Rupanya sebelum saya bersalin, di luar tempat menunggu sebelum dia balik tadi, dia asyik ajak mak dan adik-adik saya balik. Katanya nurse tak panggil maknanya tak bersalin lagi. Mujurlah mak berkeras nak tunggu. Lepas habis pantang, ada juga mak cerita yang pengawal yang usaha cari dia untuk azankan anak.
Anak Kena Kuning.
Anak ditahan di NICU kerana kuning. Saya dibenarkan pulang tetapi saya terlupa untuk belikan pampers anak. Bila suami pergi NICU dan hantar gambar anak, saya tengok anak pakai napkin. Saya minta dia keluar cari pampers. Dia kata di farmasi bawah hospital tiada. Saya minta dia cari di luar hospital, jawabnya "faham bahasa tak? Takde". Hancurnya hati saya. Tak nak langsung usaha untuk anak. Terkedu saya.
Alhamdulillah anak dapat keluar wad beberapa hari selepas itu. Tapi saya perlu pergi checkup semula bertemankan adik saya. Suami hanya tunggu dalam kereta, melayan telefon. Luka jahitan saya belum sembuh lagi.
Saya tak tahu nak gembira dapat anak atau bersedih melihatkan suami sebegini. Sehinggakan 1 hari mak saya cadangkan saya duduk di ruang tamu dan minta suami temankan. Takut jadi apa-apa kat baby kalau dalam bilik.
Anak Meragam.
Anak meragam, saya pun bagi susu badan. Dekat 2 jam saya pangku anak. Susu berapa banyak, jadi anak asyik merengek. Saya stress sangat. Saya pujuk baby, "adik, jangan nangis, nanti abah jaga". Suami sedap tidur dibuai mimpi sambil pekup bantal di telinga supaya tangisan anak tak mengganggu tidurnya.
Bila anak menangis kuat, dia bangun dan tanya saya, "tau tak anak tu kembung perut?" Saya rasa sangat tersentap, saya menjerit sekuat hati "HABIS, KALAU KEMBUNG PERUT NAK BUAT APA?" 2 jam saya pangku anak dengan luka jahitan yang masih sakit, dia buat apa?
Sambil menjerit, sambil menangis. Datang mak, ayah dan adik tenangkan saya. Dia kemas-kemas bantal dan terus masuk bilik. Hancurnya hati saya. Tak tahu kenapa nasib saya begini. Puas mak pujuk saya suruh sabar. Sampai ke pagi dia tak bertegur dengan saya. Anak pun dia tak layan. Malamnya pula, dibiarkan saya tidur dengan anak di luar. Dia tidur dalam bilik. Pagi esoknya mak tanya suami tak teman ke? Menangis lagi saya.