
Cerita cinta yang dialami oleh setiap manusia sentiasa unik dan berbeza. Ramai yang bernasib baik dan ada juga yang tidak bila bercakap mengenai pasangan. Ramai orang yang berharap dapat segera bertemu dengan pasangan hati mereka, tetapi kadang-kadang sehingga kini usia semakin menganjak masih tidak menjumpainya.
Sehingga banyak cara yang dilakukan orang untuk dapat mencapai pasangan yang dikehendakinya. Kebiasaanya, pasangan tidak pernah datang kerana seseorang yang tidak mahu mencuba dan memperbaiki diri untuk mencari alasan mengapa pasangan tidak mendekatinya.
Sebenarnya, menurut apa yang telah dijanjikan Allah bahawa manusia diciptakan secara berpasangan, itu bermakna bahawa sesungguhnya Allah telah menyediakan seseorang untuk dijadikan jaminan kepada kita.
Maka kenapa pasangan tidak datang? Di manakah pasangan yang dijanjikan Tuhan? Adakah Tuhan telah mematahkan janjinya? Atau adakah kita perlu mengejar pasangan?
Tuhan tidak boleh menyangkal, kerana Allah menjanjikan janji. Jadi, jika pasangan tidak datang juga, mungkin ada yang salah dengan anda. Mungkin tuhan ingin anda untuk memperbaiki diri dahulu, berdoalah.
Sesungguhya Allah mendengar setiap luahan hati kita. Nescaya jodoh itu akan datang dengan sendirinya. Semuanya telah diaturkan, cuma cepat atau lambat sahaja. Kita perlu bersabar dan terus memohon kepadanya.
Inilah Suami Sejati, Bantu Dan Harungi Masalah Depresi Isterinya

Ini perkongsian seorang suami yang mempunyai isteri yang mengalami masalah depresi yang sering dipandang enteng kebanyakan suami.
Ayuh ikuti pengalaman Najmi Nawawi ini.
==================================================
Aku nak cerita tentang isteri aku. Artikel ini panjang sedikit tetapi demi Allah aku yakin kau tidak akan rugi baca. Aku nak cerita tentang penyakit DEPRESI yang dihidap isteri aku.
Ya isteri aku, bidadari aku sendiri cik Husna mempunyai depresi. Ini telah disahkan oleh pakar psikiatri 4 tahun yang lepas. Aku masih ingat pada waktu itu kami ke Hospital Sungai Buloh setelah mendapat refer letter dari klinik. Punca dapat surat refer itu pula ialah apabila doktor di klinik tanya soalan ini pada Husna.
‘Husna ada rasa sampai macam nak bunuh diri ke?’
Dan isteri aku cakap – ‘Ya, rasa dah tak mahu hidup’.
Bagi aku ini ialah satu detik bersejarah dalam hidup kami. Kerana di sinilah bermulanya perjuangan aku dan isteri berhadapan dengan penyakit yang dipanggil depresi atau kemurungan.
Bila aku tahu isteri aku sudah ada perasaan untuk membunuh diri sendiri. Jadi kau fikir aku ada masa untuk main-main lagi? Kau fikir aku ada masa untuk buat benda lain? Aku kena hadapi masalah ini, sebab yang kena ialah isteri aku. Dia amanah untuk aku, aku perlu bantu.
Rentetan itu banyaklah keputusan-keputusan besar yang aku terpaksa buat dan mengubah hidup aku, hidup kami sekeluarga. Pandangan orang luar? Apa yang mereka tahu? Aku korbankan itu semua. Kerana apa yang penting aku sebagai suami kena bertanggungjawab untuk memulihkan isteri aku.
Maka seperti yang diminta oleh pihak klinik untuk refer department psikiatri Hospital Sungai Buloh maka aku menemani bidadariku untuk berjumpa pakar. Harapnya pada waktu itu, tiada apa-apa yang serius.
Kau tahu-tahu sahajalah ini ialah untuk pertama kalinya kami pergi masuk ke bahagian psikatari. Terdengar ada makcik menjerit-jerit bergaduh dengan nurse, ditambah lagi dengan ruang menunggu yang agak sempit memang buat kami tidak selesa. Ada juga yang bergaduh minta ubat lebih dan ada juga yang mengetuk-ngetuk meja. Macam bercampur dengan tempat orang gila.
Waktu itu, ada juga terfikir. Betulkah tindakan kami ini. Rasa macam masuk ke tempat yang tidak sepatutnya. Pegang tangan isteri dan redah sahaja. Kami mahu juga tahu apa yang berlaku dan semestinya ingin mendapatkan rawatan terbaik.
Aku cerita ini peristiwa yang berlaku 4 tahun lepas, masa ini dalam kepala kami tidak mempunyai kesedaran dan ilmu yang luas tentang penyakit depresi ini. Rasa takut, rasa tidak selamat, rasa risau dan sebagainya semuanya mula menghantui lubuk perasaan.
Kau bayangkanlah. Kau masuk tempat psikiatri kot. Dengan keadaan yang macam itu persekitarannya. Itu perasaan aku, bagaimana pula perasaan bidadari aku ketika itu. Jadi aku kena kuatkan semangat.
Maka berjumpalah kami dengan pakar psikiatri dan isteri aku didiagnos dengan penyakit depresi secara rasmi. Ya pada waktu itu ianya hanya permulaan, dan hanya ada depresi. Tetapi selepas beberapa pertemuan susulan, ia menjadi semakin teruk kerana turut didiagnos juga dengan anxiety dan panic attack.
Inilah realiti yang perlu kami telan. Kini bermulanya bahagian yang susah iaitu fasa ujian.
Kenapa aku sebut fasa ujian, sebab fasa inilah hubungan kami diuji. Fasa yang susah dan penat.
Husna selalu rasa macam diri dia tidak berguna dan malang.
Rasa macam semua orang benci. Rasa macam semua orang ambil kesempatan. Rasa macam tiada ada orang beri perhatian. Rasa macam tidak disayangi. Rasa baik diri mati sahaja.
Ini semua ialah luahan yang diceritakan pada aku. Dan dari pemerhatian aku sendiri, diri dia umpama ‘not being present’. Macam dia masih hidup dalam kisah lama, atau terlalu memikirkan tentang masa hadapan. Hingga the real world – the present yang ada depan dia ini macam kosong.
Ubat yang doktor bagi ialah setraline. Kami rasa ubat ini umpama nyawa, kerana kalau tiada ubat ini pasti jiran-jiran akan dengar jeritan husna marah dan menjerit-jerit atau menangis. Kerana pernah juga cuba stop makan ubat ini kerana rasa dah boleh baik. Namun ternyata ianya ialah pilihan yang silap.
Maka apa lagi, kami dimarahi oleh pakar psikiatri dekat Hospital PPUM kerana tinggalkan ubat. Kami tidak buat rawatan susulan di Sungai Buloh kerana agak jauh maka PPUM dirasakan lebih sesuai kerana berdekatan. Doktor juga bagi amaran jangan tinggalkan ubat ini lagi.
Ubat ini akan buat kau rasa letih dan penat seterusnya mengurangkan rasa marah atau sedih melampau. Kau akan rasa mengantuk dan lebih suka untuk berehat.
Kalau aku cerita tentang apa yang berlaku pada kami kalau isteri aku tiba-tiba kena panic attack. Pasti kau tidak percaya. Menjerit dan meraung? Itu perkara biasa. Pintu bilik pecah ditumbuk sekuat hati. Meronta macam hilang pertimbangan bahkan pernah juga cuba menikam aku dengan kunci.
Tidak lawak. Aku boleh menangis fikirkan apa yang berlaku.
Anak-anak? Pastinya terkesan. Macam aku ada dua orang anak, alhamdulillah dua-dua perempuan yang comel. Seorang Maryam Deen dan adiknya ialah Aisyah Deen. Mereka ini ialah penguat perjuangan daddy dan mommy untuk menghadapi perjuangan ini.
Zaman Maryam Deen ialah zaman kami struggle untuk mencari jalan untuk penyelesaian masalah depresi ini. Zaman baru nak kenal penyakit depresi dan mencuba rawatan yang ada.
Zaman Aisyah Deen pula ialah zaman masih struggle tetapi ‘getting better’. Harapnya dose ubat makin turun. Tipulah kalau kami tidak belajar dari apa yang berlaku. Aku sudah makin pandai menjaga husna. Paling penting ialah jaga emosi husna, tahu bahagian mana yang ok dan yang tak ok.
Pengalaman yang ajar aku. Pengalaman yang ‘real’ dan perit. Tetapi inilah kisah pengorbanan dan cinta. Aku harap Maryam Deen dan Aisyah Deen dapat berbangga satu hari nanti bahawa mommy berjaya jadi survivor penyakit depresi. Aminn.
Sekarang Maryam Deen dan Aisyah Deen ialah penguat untuk kami sekeluarga. Daddy and mommy sayang sangat kamu berdua.
Depresi bukan gila tetapi ianya ialah penyakit. Sepertimana organ lain pada anggota badan kita boleh sakit. Begitu juga dengan otak.
Orang lain memang tidak akan faham dengan apa yang kami lalui. Mungkin ada yang mengganggap ini masalah orang tidak ada iman, solat tak khusyuk. Jarang baca al-Quran. Berfikiran negatif dan suka fikir yang negatif sahaja. Acah-acah stress, orang lain pun ada masalah juga dan sebagainya.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi untuk melihat the ‘bright side’. Ia umpama kau meminta orang buta untuk melihat matahari!
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi bersabar sebab orang beriman kan kuat sabar. Kau biar betul? Kalau orang ada cancer kau suruh dia bersabar juga ke? Atau kau minta dia dapatkan rawatan? Bahkan dalam masa yang sama kau sedar tak yang kau tengah ‘judge’ orang depresi kurang iman.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi baca doa itu, baca ayat itu dan ini supaya depresi hilang. Aku tidak cakap doa itu tiada kesan, kerana Allah sudah nyatakan dalam al-Quran dengan mengingati Allah hati akan tenang. Tetapi kita sedang bercakap depresi dari sudut clinically! Doa ialah sebahagian dari solusi. Sama seperti kalau kau demam, doa untuk pulih memang boleh. Tetapi kau kena makan ubat dan jumpa doktor juga. Jadi janganlah cakap dekat orang yang depressed, baca je doa, nanti depresi tu hilang.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk melupakan sahaja semua perkara yang bermain di fikiran. Atau ayat seperti ‘move on’ seolah-olah ada red button yang kau perlu tekan sahaja untuk ‘exit’. Tanpa disedari ayat seperti ini sebenarnya satu penghinaan kepada pejuang depresi, lebih-lebih lagi orang yang bercakap ‘knows nothing about depression’.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk membandingkan diri mereka dengan orang lain. Atau memintanya untuk lihat kesusahan atau dugaan orang lain yang lebih susah. Siap bagi contoh orang itu dan ini kononnya. Lagi sekali, ini ialah penghinaan. Tanpa sedar kau sedang ‘judge’ orang yang depresi ini tidak bersyukur atau lebih sesuai lagi ‘spiritually weak’.
Cukup-cukuplah dengan ayat-ayat seperti ini. Belajar dan kenali depresi itu apa terlebih dahulu. Kau kena sedar mengikut kajian tahun 2020 penyakit mental akan menjadi penyakit no 2 paling tinggi di dunia. Kajian ini ialah kajian rasmi. Maka ini bukan isu untuk segelintir dari kita sahaja, ini ialah isu manusia sejagat.
Depresi BUKAN PENYAKIT ATTENTION SEEKER
Ini satu lagi. Aku pun tidak faham kenapa boleh dapat label sebegini dan ianya berlaku di negara kita. Sedangkan di negara-negara maju, depresi dipandang serius sehingga banyak tempat-tempat kaunselling ditubuhkan. Mereka ‘open’ dan sangat membantu dan memahami keperluan pesakit depresi. Berlaku adil kepada pesakit depresi kerana mereka tahu dan mereka kenal apa itu ‘mental illness’.
Depresi bukan bahan untuk kau ketawa dan perlekehkan. Kau kena belajar untuk kenali tanda-tanda, matang dan bantu yang mana boleh. Kerana depresi ini boleh bersembunyi disebalik senyuman. Kau jangan tertipu. Jaga ahli keluarga masing-masing.
Jangan pula berlaku sebaliknya dengan memburukkan lagi keadaan dengan perangai sombong dan rasa diri lebih baik dari orang lain.
Aku impikan satu hari nanti wujud ‘social awareness’ dan seterusnya membentuk ‘social support’ yang mantap dari netizen secara keseluruhan terhadap mereka yang menghadapi depresi.
Bagi kami, perjuangan aku dan bidadariku Husna masih perlu diteruskan. Kami belum lagi menjadi survivor dalam hal ini. Demi Allah, please doakan.
Aku sayang isteri aku. Aku sayang anak-anak aku. Yang pasti, depresi tidak akan sesekali berjaya merobohkan keluarga kami, bahkan akan membuatkan kami lebih kuat dan kuat lagi.
#isterikudepresi
p/s : tolong sebarkan, biar lebih ramai tahu dan faham apa itu depresi. Tolong.
SUMBER : FACEBOOK Najmi Nawawi DAN Husna Nadhirah.
Tenangkan Hati Pasangan Dengan Terapi, Kurang Sikit Drama Rumah Tangga Nanti

Ujian merupakan lumrah kehidupan. Ðalam memahami hati pasangan, kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan hati sendiri. lalu dengan cara itu, bolehkah kita merasai ketenangan? Ðalam berumahtangga, luka-melukai adalah perkara biasa tetapi sebaiknya kedua pasangan cepat merawat luka itu menjadi putik cinta yang baru. Setiap hari seelok-eloknya salah seorang sedar tentang kewajipan mengurus hati jika yang lain lupa dan sibuk mengurus dunia.
Bagaimanakah terapi yang diajarkan Rasulullah SAW kepada setiap muslim untuk menjaga hatinya sentiasa tenang dan tenteram walau di tengah-tengah dugaan yang berat? Ðiriwayatkan daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari mata yang tidak pernah menangis dan daripada doa yang tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasa’i)
Ðoa ini jika dihayati dengan penuh keinsafan membawa pengajaran yang teramat berguna bagi setiap pasangan yang mendambakan ketenangan. Ði antaranya adalah
1 – Tenang dengan ilmu Ilmu mengenal Allah SWT adalah yang paling utama
Jika suami hanya sibuk belajar bagaimana menggunakan gadget terbaru dan isteri pula dengan ilmu kecantikan atau fesyen atau perniagaan online semata-mata, adakah ruang untuk mereka bersama mengenal ilmu agama? Belajar agama adalah wajib bagi setiap Muslim. Agama bukan hak para ustaz dan ustazah sahaja, tetapi seluruh umat Nabi Muhammad wajib mengenal agamanya dan mengambil ilmu warisan peninggalan Rasulullah SAW tersebut. Ðunia dan harta takkan mampu membeli ketenangan hati, hanya Allah SWT yang berkuasa menenteramkan hati kita. Kenalilah Allah SWT dengan ilmu, dekati para ulama melalui buku, berkawan dengan orang-orang yang alim dan ikhlas. Carilah ilmu yang bermanfaat bukan hanya setakat pandai membaca al-Quran dan hadis tetapi juga memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.
2 – Tenang dengan hati yang khusyuk Jika hati suami diusik oleh beban pekerjaan yang memenatkan, isteri pula sedih kerana anak-anak yang bermasalah maka jalan yang kedua untuk mendapat ketenangan adalah khusyuk mengerjakan ibadah. Tetapi jangan tunggu musibah datang baru hendak beribadah, eloklah sentiasa mengingati Allah dalam senang dan susah. Untuk mendapat khusyuk dalam ibadah perlulah menepati cara yang diajarkan Rasulullah SAW. Orang yang membaca al-Quran dan solat wajib ataupun sunnah jika mereka mengerjakannya dengan khusyuk maka keadaan mereka seperti yang digambarkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” (Surah az-Zumar ayat 23) Bergetar hati kerana ingat dosa, takut pada Allah dan terkenangkan hari akhirat sedangkan diri belum sempurna untuk menghadapi mati. Begitulah perasaan orang yang khusyuk.
3 – Tenang dengan air mata Tangisan boleh jadi petanda mendapat rahmat atau azab. Jika seseorang menangis kerana Allah SWT akan berubahlah amalannya dari yang jahat kepada yang baik. Namun ramai yang menangis kerana menerima balasan akibat kejahatan diri kemudian mereka berputus asa daripada rahmat Allah dan terus bergelumang dengan hawa nafsu yang menyesatkan. Suami dan isteri yang banyak menangis kerana Allah SWT antara yang paling lembut hatinya dan mudah memperbaiki kesilapan. Kalau mereka keras hati dan lalai pastilah konflik akan sentiasa memburu sepanjang perkahwinan. Oleh itu banyakkanlah menangis ketika bermuhasabah supaya hati anda berdua lebih lembut dan tenang menghadapi ujian. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ðan mereka sujud sambil menangis sedangkan hati mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ ayat 109)

4 – Tenang dalam berdoa Kedekatan seorang hamba dengan Allah bergantung berapa kerap dia merayu, meminta, mengadu dan menangis kepada-Nya. Jika interaksinya amat kurang, sungguh dia telah menjauhi Allah SWT, tidak mempedulikan kebesaran dan kuasa-Nya dan seolah-olah tidak percaya kehebatan-Nya. Ketenangan itu dicapai dengan hati yang mengingati Allah, bersyukur dan bergantung kepada-Nya bukan hati yang tenggelam dalam kesibukan mengejar dunia semata. Pergilah ke tempat terindah di dunia ini dengan hati yang lalai, nescaya semua keindahan itu akan menjadi neraka di jiwa. Ketenangan hati suami terletak pada keikhlasan hati isteri, jika keduanya bersatu hati di jalan Ilahi. Amalkanlah terapi suci yang pernah diamalkan para nabi menerusi firman-Nya yang bermaksud, “(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’ ayat 90)
Untungnya Miliki Isteri Pandai Berdikari Tapi Pastikan Suami Jangan Terlalu Rasa Selesa!

Zaman kini, tidak dinafikan wanita lebih berdikari dan berani jika dibandingkan dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita pada satu ketika dahulu tempatnya hanya di rumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga tapi bukan kini.
Namun, itu bukan alasan untuk lelaki bersikap acuh tidak acuh dengan isterinya dan menganggap ‘isteri boleh buat semua sendiri’. Baca perkongsian #copyandshare menerusi facebook Mat Nor Nawi ini.
SILAP LELAKI HARI INI
Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you . Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju . Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower .
Atau seronok makan kek depan tv sendiri .Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari . Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri . Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-bendani.
Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . At least ask her – How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night ? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam . Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life . Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya..
#copyandshare
#saya copy je…sbb benda realiti.. kadang2 saya sebagai suami, kawan, teman kpd isteri kadang terlupa juga…