Wang hantaran adalah hadiah yang selalunya berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan daripada dua pihak, hanya adat dan tidak wajib malah perkahwinan tetap sah jika tiada wang hantaran.

Mas kahwin adalah pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Nilainya telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam ikut kepada negeri masing-masing. Mas kahwin adalah hak mutlak isteri, ibu dan ayah termasuk suami tak boleh guna, melainkan dengan keizinan perempuan itu. Ikuti kupasan lanjut ini bersama Da’i Izzhar.

“Berdosa Ibu Bapa Letakkan Hantaran Terlalu Tinggi Sehingga Si Lelaki Tak Mampu”

Letak hantaran tinggi sebab tidak mahu malu

Trend wang hantaran terlalu tinggi terkadang bukan disebabkan oleh ketidakmampuan pihak keluarga perempuan untuk tanggung kos kenduri, tetapi kerana tak mahu malu depan saudara mara dan jiran jika letak hantaran terlalu rendah apabila ditanya. Mereka terasa seakan-akan jika letak hantaran rendah bermaksud menjatuhkan “value” keluarga dan anak merekan dan meletakkan wang hantaran yang tinggi akan buatkan keluarga dan anak mereka nampak lebih “mahal” dan ada “class”.

Hantaran mengikut kualifikasi

IKLAN

Daripada meletakkan hantaran dengan kualifikasi pendidikan, adalah lebih baik meletakkan hantaran berdasarkan kerajinan anak perempuan itu menguruskan rumah (memasak, mengemas dan jaga kebersihan), adab yang tinggi (Jaga kehormatan diri, pandai hormat orang tua dan kanak-kanak), agama yang baik (jaga solat, rajin baca quran dan aktif majlis ilmu dan programmasjid/surau). Itu lebih berbaloi!

Pihak keluarga perlu lebih faham

Kedua-dua bakal pengantin kumpul duit hantaran sama-sama, saling bantu dan bagi semangat serta berjimat. Jangan letakkan beban ini hanya kepada lelaki sahaja.

IKLAN

Lelaki perlu turunkan ego dan berterus terang dengan keluarga sebelah perempuan tentang kondisi kewangan dan kemampuan maksimum dalam memberikan wang hantaran kepada pihak perempuan.

“Berdosa Ibu Bapa Letakkan Hantaran Terlalu Tinggi Sehingga Si Lelaki Tak Mampu”
gambar sekadar hiasan

Ibu bapa jangan siksa anak

Berdosa jika dengan meletakkan hantaran tinggi yang si lelaki tidak mampu dan menyebabkan pemberian wang hantaran itu diberikan dalam keadaan terpaksa (tidak ikhlas), terpaksa berhutang sana-sini selama bertahun-tahun selepas kahwin, mencetuskan perbalahan, pergaduhan antara keluarga, timbul bibit-bibit dendam dan memudaratkan kehidupan.

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI