Ads

Berdosa Seorang Suami Sekiranya Tidak Menasihati Isteri Dibawah Jagaannya

Seorang suami atau seorang penjaga akan berdosa sekiranya dia tidak menasihati isteri atau wanita dibawah jagaannya dalam perkara yang ma’ruf dan tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar

Di dalam kalam Al-Quran terdapat firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”  (an-Nisaa’: 34).

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita dan mereka wajib menyuruh wanita iaitu isteri mereka untuk menunaikan hak-hak Allah SWT seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang wanita-wanita daripada melakukan perkara maksiat.

Ads

Berdosa Seorang Suami Sekiranya Tidak Menasihati Isteri Dibawah Jagaannya

Sebagai kesimpulan, suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya sekiranya dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin iaitu dengan menasihati dan membimbing isteri mereka.

Ads

Adapun, jika isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur, atau isteri melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya maka isteri itu tetap berdosa dan bukan dibawah tanggungan suaminya.

Ads

Setiap insan yang mukallaf akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Sumber diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...