Tak ada seorang pun dapat meneka nasib mereka dengan pasangan. Mungkin hari ini tenang dan indah tetapi esok lusa? Hubungan yang kita sangka kekal bahagia selamanya berubah menjadi kapal yang dilambung ombak dan cuma perlu menunggu masa untuk pecah dan karam. Tetapi, kita perlu yakin bahawa cuaca tengkujuh tak selamanya melanda bumi, akan tiba matahari pula terbit dan kembali menenangkan keadaan ombak laut yang ligat memukul pantai. Begitulah juga dengan manusia… Mana mungkin ada perkahwinan yang bahagia senantiasa kerana pergaduhan itulah sebenarnya menguatkan pertalian dan kasih di antara sang suami dengan isteri. Jika kena pada caranya, sudah tentu penceraian dapat dielakan dan ini nasihat pakar kalau tidak mahu terjebak dengan perpecahan rumah tangga.

Bergaduh Boleh  Merapatkan, Tapi kalau ‘CERAI’ Boleh Menyesal Dan Menyakitkan Banyak Pihak

#1 Saling Menghormati
Ini adalah kunci kebahagiaan yang abadi. Walau marah sekalipun, ekspresikan kata-kata dalam nada dan bentuk yang sedap didengar. Jangan cakap kasar atau menengking kerana pasangan akan rasa tercabar seterusnya tertekan dan merasa yanng anda sedang memanipulasi emosi mereka.

Menurut kajian, jika seseorang bercakap kasar dengan lawannya, 79% lawan turut akan membalas dalam keadaan yang kasar.

#2 Berhenti Membanding-Banding
Jangan terlalu obses dengan kehidupan orang. Jika anda kata Beyonce sentiasa kelihatan bahagia dengan Jay Z setiap kali muncul di pentas konsert dan di majlis anugerah, siapa tahu di belakang kita semua mereka sebenarnya sedang perang besar? Untuk itu, jagalah hubungan sendiri dan tak perlu cuba meniru atau mengikut gaya hidup orang lain.

#3 Jaga Penampilan Diri

Ramai kata, bila dah kahwin ni tak perlu nak melawa sangat sebab nak simpan untuk suami. Tapi bila depan suami, betul ke anda melawa?
Pokok pangkalnya, hidup lelaki yang sebenar akan mula ketika usia mereka mencapai 40 tahun. Ha, kena hati-hati tau jangan sampai lelaki kita pandang perempuan lain! Jagalah penampilan diri bukan sahaja di rumah tetapi bila keluar dengan suami juga. Dia juga teringin untuk isterinya kelihatan sempurna di hadapan kawan-kawannya. Suami juga perlu lakukan benda yang sama. Jangan biar badan berbau, cari alternatif untuk pulihkan masalah bau badan atau masalah bau mulut yang dihadapi tu.

IKLAN

#4 Suami/Isteri Adalah Keutamaan Lebih Daripada Anak
Anak-anak memang penting tetapi jangan terlalu mengutamakan anak-anak sehingga lupa yang anda itu beristeri atau bersuami. Anak-anak lama-kelamaan akan membesar dan mengemudi kehidupan mereka sendiri, lambat-laun hanya anda dan pasangan tinggal di rumah dan sebab itulah kenapa menjaga hubungan sesama pasangan itu penting.Sekali-sekali daripada berhabis wang membeli permainan untuk anak, atau bawa anak pergi bermain di taman-tema… belanjakan wang untuk bawa isteri bercuti atau si isteri boleh membelikan hadiah untuk sang suami. Kena pandai cari jalan untuk menghangatkan kembali asmara dalam rumah tangga!

Bergaduh Boleh  Merapatkan, Tapi kalau ‘CERAI’ Boleh Menyesal Dan Menyakitkan Banyak Pihak

#5 Bermaafan Sebelum Terlambat
Kalau terlalu degil untuk melepaskan ego demi memaafkan pasangan, lama-kelamaan hubungan akan beransur menjadi bosan dan menyebabkan pernceraian. Jika dua-dua tak mahu mengalah, dua-dua besar kepala memang sampai kesudah tak akan selesai masalahnya.

#6 Jangan Ubah Lahiriah Pasangan

Salah satu perkara yang perlu dijauhi adalah untuk mengubah pasangan. Semua orang lahir dengan sifat dan minatnya tersendiri dan tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri, betul? Untuk itu, terimalah pasangan seadaanya. Sokong minat pasangan dan biarkan mereka lakukan minat mereka kerana hubungan yang bebas dari kongkongan adalah terbaik!

IKLAN

#7 Selagi Tak Sebut Cerai… Selamat
Jangan! Perkataan cerai itu bisa dan niatnya juga berbisa. Walau apa yang berlaku, jangan seskali sebut perkataan cerai kerana dalam Islam apabila lelaki sebut sahaja cerai kepada isterinya, jatuhlah talak dan serta-merta status perkahwinan akan gugur. Jangan juga main-main dengan frasa “Buat lagi aku tinggalkan kau”, silap-silap hari bulan ia juga boleh menjatuhkan talak. Kawal amarah dan pasangan yang satu lagi pula perlu belajar tenang dan tidak melawan. Lelaki-lelaki sekalian, tak perlu rasa tercabar dan melawan bila perempuan membebel. Anggaplah perempuan ini berakal satu… berbeza dengan lelaki yang berakal 9.

Bergaduh Boleh  Merapatkan, Tapi kalau ‘CERAI’ Boleh Menyesal Dan Menyakitkan Banyak Pihak

#8 Kawal Emosi, Kawal Mulut!

Apabila emosi sedang kencang meracun diri, kita akan mula megeluarkan kata-kata kesat kepada pasangan. Jika itu yang terlintas, paksa diri untuk tahan dan jangan ada sepatah pun perkataan jijik yang dikeluarkan untuk dilempar pada pasangan. Sebelum keadaan jadi parah atau tiba-tiba anda (lelaki) terlintas untuk melafazkan CERAI… tarik nafas dalam-dalam dan beredar daripada pasangan. Jauhkan diri dari emosi negatif dan pergi dari situ. Anda perlukan masa untuk relaks dan jadi MANUSIA kembali.

IKLAN

#9 Jangan Buruk-Burukan Pasangan
Perempuan lazimnya gemar berkongsi cerita tentang keburukan pasangan lebih-lebih lagi apabila keadaan rumah tangganya tegang dan sedang dingin. Hal ini akan mengakibatkan pertelingkahan yang lebih serius sehingga wujudkan amalan suka membanding-bandingkan. Jangan sesekali cerita keburukan pasangan kepada ibumu, ibunya, adik-beradik mahupun dengan kawan-kawan. Sebaiknya, berbincanglah berdua dan simpan cermat hal rumah tangga. Jika tetap perlukan seseorang untuk bercerita, pergilah berjumpa kaunselor kerana mereka tidak ada pertalian darah dengan kita mahupun pasangan.

Sebaliknya, orang yang rapat dengan kita atau sesiapa yang ada pertalian keluarga biasanya akan mengeluarkan pendapat berat sebelah.

#10 Fahami ‘Bahasa Cinta’ Pasangan
Kita sebagai manusia semuanya mempunyai bahasa dan cara kita yang tersendiri. Dalam konteks melayan pasangan terutamanya, adalah mustahak untuk kita kenal pasangan kita, bukan sahaja mengenali fizikal dan hati budi tetapi wajib untuk kenal sekaligus memahamai bahasa cinta mereka. Ada orang tidak romantik dan hanya mampu menulis perkataan “I love you” sekadar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada juga orang yang terlalu romantik sehinggakan sanggup berhabis wang membelikan hadiah buat pasangan meskipun tidak diminta dan diharap oleh pasangannya.

“JIKA TAK MAMPU MEWAHKAN PASANGAN DENGAN HARTA, CUKUPLAH SEKADAR MEMUJI, MENGUCUP DAN MEMELUK PASANGAN KAMU AGAR MEREKA RASA BAHAGIA”.

Untuk itu, adalah menjadi tanggungjjawab untuk kita memahami karenah pasangan dan lelaki perlu tahu, wanita suka dibelai dan dimanja (dilayan seperti puteri) dan wanita juga harus tahu, lelaki juga ingin dilayan seperti ‘kanak-kanak’ kadang-kala… cuma mereka tidak tahu bagaimana hendak mengekspresikan sisi manja mereka. Give and take okay?

Kredit Wanista

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI