Tular video seorang isteri yang dikatakan ingin memakai lampin pakai buang anak kerana tidak tahan sakit perut. Video yang mendapat tontonon lebih empat juta ini mengundang rasa kurang senang netizen. Niat untuk bergurau perlulah ada batas, jangan sampai memalukan pasangan dan diri sendiri.

 

Bergurau senda antara suami isteri tidak termasuk perbuatan yang sia-sia, bahkan ia dinilai sebagai ibadah kepada Allah S.W.T. Bergurau senda gurau juga dapat meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang diantara keduanya.

 

Dari ‘Atha’ ibnu Rabbah r.a; “Aku melihat Jabir ibnu Abdullah dan Jabir ibnu ‘Umair Al-Anshari sedang bergurau dengan berlempar-lemparan. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada temannya, “Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda;

 

“Setiap orang yang melakukan sesuatu yang tidak ada zikir kepada Allah di dalamnya dinilai sebagai orang yang bermain-main dan melakukan kesia-siaan,
Kecuali empat orang, iaitu suami-isteri yang bersenda-gurau, seseorang yang menjaga kudanya (atau kenderaan yang digunakan untuk berjihad atau berbuat kebajikan), seseorang yang berjalan di antara dua tujuan, dan seseorang yang mengajar berenang (olahraga untuk kesihatan tubuh).”
[HR An-Nasa-ie]

IKLAN

 

Walaubagaimanapun, dalam bergurau ada juga adab-adabnya. Ketahui enam adab bergurau senda dengan pasangan.

 

ADAB-ADAB BERGURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI
#1-Bergurau supaya Bertambah Kasih & Sayang
Bergurau tentang sesuatu yang boleh membuatkan kita tergelak dan rasa kasih pada pasangan. Umpamanya memuji dan membelai pasangan dengan cara yang menghiburkan.

IKLAN

Bergurau Suami Isteri Ada BATAS. Jangan Sampai Pasangan DAPAT AIB!
.

#2-Bergurau mengikut Kesesuaian Masa & Tempat
Bergurau, biar sesuai dengan masa dan tempat. Jangan bergurau ketika pasangan dalam keadaaan yang amat sedih seperti kehilangan ahli keluarga atau ditimpa malapetaka.

#3-Tidak Bergurau dengan Perkara Sensitif
Berguraulah dengan perkara yang benar dan menghiburkan. Jangan bergurau dengan perkara yang sensitif. Umpamanya mengungkit kisah lampau pasangan dan mengejek mengenai fizikal pasangan.

#4-Tidak Bergurau sehingga Memudaratkan Pasangan
Walaupun sudah berkahwin dan menjadi pasangan, bergurau perlu ada batasnya. Jangan bergurau sehingga boleh membawa sesuatu yang memudaratkan pasangan.

IKLAN

#5-Tahu Bezakan Antara Perkara yang Penting & Perkara yang Boleh dibawa Bergurau
Bergurau senda biarlah berpada-pada. Bukan semua perkara boleh dijadikan gurauan dan dalam perkahwinan perlu ada saat serius membincangkan sesuatu. Jangan anggap semua perkara adalah gurauan. Perlu membezakan gurauan dan perkara serius dalam kehidupan.

#6-Tidak Ada Unsur yang Menakutkan & Buat Pasangan Panik
Dalam bergurau, jangan ada unsur-unsur yang boleh menakut -nakutkan dan membuat pasangan rasa cemas dan panik. Ini kerana rasa takut dan cemas akan membuat pasangan tidak suka apabila bergurau. Mereka mungkin menganggap bergurau sedemikian akan mengancam diri dan tidak dapat membezakan kebenaran dan gurauan.

(Isi penting mengenai 6 Adab Bergurau Senda Bersama Pasangan diambil dari artikel: Gurau Senda Suami Isteri Buat Hubungan Tambah ‘Sweet’ dan Intim. Artikel penuh disini.)

Dalam bergurau senda jangan dilupa adab dan batasannya. Ini kerana bergurau tanpa adab, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan, pasangan kecil hati, mengakibatkan salah paham dan cenderung mendapat kecederaan jika bergurau secara berlebihan.

Cara Rasulullah S.A.W. bergurau senda adalah wajar untuk kita contohi. Rasulullah S.A.W. tidak bergurau dengan menipu tetapi hanya perkara yang benar, tidak mengumpat atau menjatuhkan aib orang lain, tidak berpanjangan dan meleret-leret, apalagi hingga mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tidak banyak ketawa kerana bergurau tidak semestinya perlu ketawa (sekadar senyum pun cukup).

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI