
Mencantikkan diri depan suami dapat pahala dan memang dituntut oleh agama untuk isteri berhias hanya kepada suaminya sahaja…
Zaman sekarang ni, ramai perempuan pandai berhias, kelihatan cantik dan bergaya…tapi mereka kelihatan sedemikian diluar rumah, bukan didlm rumah…bukan dihadapan suami tapi dihadapan rakan pejabat…
Nak berhias boleh, jangan sampai TABARRUJ…
Tabarruj ni maksudnya berlebihan…berpakaian, berfesyen dan bermekap sehingga menjadi tumpuan orang lain…mekap pakai tebal2, tudung yang paling berkilauan, baju nampak bentuk badan, minyak wangi bau satu jabatan dan sebagainya…
Yang berhak melihat semua tu hanyalah suami seorang sahaja…jangan pertontonkan semua tu untuk orang lain selain daripada suami sendiri…pakai mekap yang biasa, jangan terlalu berkilauan pakaiannya dan jangan terlalu wangi…cukup sekadar macam tu sahaja sebab awak tu isteri orang…
Dan awak datang pejabat, bukan pertunjukkan fesyen…
Lelaki Ini Ajar, Apa Suami Perlu Buat Bila Isteri Dah Tak Secantik Dulu

Kalau berkahwin hanya bersandarkan nafsu atau kecantikan semata-mata, memang hubungan rumah tangga yang dibina tidak akan kekal lama. Kahwin dengan isteri sebab isteri cantik, tapi apabila isteri dah selekeh dan tak cantik, suami mula cari perempuan cantik yang lain.
Selalunya alasan yang digunakan suami apabila ada orang lain, suami akan guna alasan yang isteri dah selekeh dan tak pandai layan dia. Sanggup ceraikan isteri sebab dapat perempuan yang lebih cantik.
Bukankah perkahwinan untuk saling melengkapi dan menerima baik buruk pasangan seadanya. Ini perkara yang suami perlu buat apabila ternampak perempuan cantik, seksi dan lebih menarik daripada isteri di rumah. Perkongsian Wan Utama ini boleh dijadikan rujukan buat semua. Wajib baca!
Sifir ringkas untuk lelaki yang dah berbini
Langkah 1 – Bila kau nampak satu perempuan cantik gila… dahlah cantik… seksi… bau dia wangi pulak tu… dan kau rasa suka dan berkenan… kau tengok betul-betul kat pempuan tu… apa yang kau suka…
Langkah 2 – Bila kau balik rumah kau pandang bini kau… apa beza dia dengan pempuan yang kau suka tadi…
Langkah 3 –
3.1 – Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding pempuan tadi… kau bawak dia pergi salun buat rambut…
3.2 – Kalau bini kau muka dia tak putih macam pempuan tadi… kau bawak dia pergi spa… atau kau belikan produk-rpdouk yang boleh putihkan kulit dia… kan dah banyak produk kat pasaran… google aja…
3.3 – Kalau bini kau pakai baju selekeh… pergi bawak pergi shooping complex… belikan baju yang cantik dan daring… kalau malu nak bawak bini pergi shooping… beli online… dia pos sampai rumah…
3.4 – Kalau bini kau tak pandai cakap atau bini kau berkomunikasi cara kampung.. .ajar dia… atau bawak dia pergi kelas komunikasi… atau kau search kat Youtube kaedah-kaedah komunikasi moden… suh dia tengok… cakap kat bini kau… lepas bini kau layan drama TV3 atau cerita Korea… suruh dia layan video tu pulak…
3.5 – Kalau bini kau tak pandai masak… kau carikan resipi-resipi kat Facebook… pastu tagged bini kau… kalau kau tak nak malukan bini kau dengan cara tu… kau screen shot pastu sent Wassap kat bini kau… bila kau dah bagi resipi… kau jangan kedekut nak beli barang dapur pulak… makan nak sedap… barang dapur kedekut… bangang namanya!
3.6 – Kalau kau cium bini kau busuk… kau belikanlah perfume… perfume RM10 ada… perfume mahal pun ada… kau pilih ja bau apa kau nak…
3.7 – Kalau kau tengok gigi bini kau kuning… bawak pergi dentist… putihkan…
3.8 – Kalau kau tengok bini kau gemuk… bawak la pergi gym… tak pun subscribe kan kelas zumba… paling koman… belikan produk kurus…. jangan kau tak bagi dia makan sebab nak bagi dia kurus pulak… satgi mati kebulur bini kau tu nanti…
3.9 – Kalau bini kau tak seksi… kau belikanlah baju baju yang seksi macam kau selalu tengok kt FB atau TV atau pornhub… then suruh dia pakai…
Penutup – Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik… buatlah 3 4 kerja cari duit… bila bab duit nak cantikkan bini kau… duit asyik tak ada… tapi bila bab duit nak ajak awek cantik pergi karaoke dan tengok wayang ada pulak?
Masa Bujang Kurang Terurus, Kahwinlah Cepat Nescaya Semua Settle!

HIDUP berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.
Perkahwinan dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Ada banyak ayat al-Quran mengenai pensyariatan perkahwinan memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.
Berkahwin menjadi wajib apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat.
Namun, pada masa sama dia juga tidak ragu untuk berkahwin kerana mampu menyediakan keperluan asas dan menjaga kebajikan isteri dengan baik.
Makruh melangsungkan perkahwinan seandainya seseorang itu bimbang ragu akan melakukan kezaliman terhadap isteri seperti tidak mampu menyediakan keperluan asas. Kebimbangan itu tidaklah cenderung kepada yakin, tetapi sedikit ragu sahaja.
Begitu juga yang mempunyai penyakit serius, berjangkit seperti HIV adalah makruh bagi mereka berkahwin.
Individu diharamkan berkahwin ialah yang mempunyai kesanggupan berkahwin, tetapi menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti lelaki yang berkahwin dengan tujuan menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Fitrah hidup berkasih sayang
Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang. Oleh itu, menurut Muhammad, mereka yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin.
Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi generasi muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya tidak mencukupi menanggung keluarga.
Dalam hal ini, jika usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepas menunaikan segala tanggungjawab sebagai suami isteri sebaiknya, yakinlah rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Di negara Barat menerima perkahwinan sesama jantina dan Islam sama sekali-kali tidak mengiktiraf hubungan sedemikian. Bahkan, Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina.
Adil dalam perkahwinan
Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’, ayat 3)
Allah SWT menetapkan seorang lelaki itu berkahwin tidak boleh lebih daripada empat isteri. Ia bertujuan membatasi lelaki supaya tidak berbuat sesuka hatinya kerana mereka dibenarkan berkahwin lebih daripada satu dengan syarat berkemampuan serta mampu berlaku adil.
Jika bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat kepada suami yang berlaku adil terhadap isterinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman ‘Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang.” (Riwayat Muslim)
foto hiasan : Tangkap Pictures
Kita Tak Sempurna, Sebab ItulahAda Pasangan Untuk Saling Melengkapi

Persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga. Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif. Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Dalam rumah tangga yang dibina, perlu ada sikap kerjasama dan toleransi. kedua-dua sikap ini perlu diadun dengan sebaik mungkin bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang dibina. Tiada insan yang sempurna maka sebab itulah suami dan isteri fungsinya untuk melengkapi antara satu sama lain.
Berikut perkongsian Asyrafiah Sabri di laman Facebooknya tentang keperluan melengkapi dalam rumah tangga.
(RUMAHTANGGA BAHAGIA ITU DATANGNYA DARIPADA DUA JIWA YANG BERTOLERANSI)
Kita ni semua ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pasangan suami isteri, tugas kitalah melengkapkan kekurangan pasangan kita.
Contohnya macam suami saya, dia kalau cakap ada macam berulang-ulang sikit. Tapi saya tak pernah ejek atau gelakkan dia. Sesekali menyakat tu adalah. Dah dia pun kaki menyakat saya.
Ada masa suami saya speaking dengan saya, tapi adalah beberapa words yang dia salah. Saya tegur terus, bagitau ni salah. Sama juga kalau masa kitorang baca Quran sama-sama, ada dia tersalah atau saya tersalah, kami terus tegur on the spot. Tapi saya selalu minta maaf kat suami saya, harap dia tak terasa hati bila saya tegur dia. Sebab saya tak nak dia buat salah berulang.
SALING BAGI KATA SEMANGAT
Suami saya tak berani nak drive asalnya. Saya support dia bagi kata-kata semangat walaupun kita sendiri seram dia drive masa tu. Suami saya dia selalu kalau nak beli baju untuk dia, atau beli apa-apa barang dia, dia suruh saya pilih untuk dia. Padahal dekat sejam dia pilih tu ???? Nak menangis mak tunggu.
Walaupun macam saya pernah cakap sebelum ni, taste kami tak sama. Saya pulak jenis jujur, bang ni tak cantik. Yang ni cantik. Walaupun yang saya kata tak cantik tu dia suka . Tapi at last saya akan cakap, abang pilih mana yang abang suka, sayang just bagi pandangan. Apa-apa pun, dia akan ikut apa yang saya pilihkan.
Dalam rumahtangga ni, formula dia begitu. Kita tak sempurna, pasangan kita pun tak sempurna. Dan, saya berani cakap, selain Allah, hanya suami atau isteri je yang tau ketaksempurnaan pasangan tu secara total.
TERIMA KEKURANGAN PASANGAN
Jadi, untuk yang dah ada pasangan halal, saling melengkapi itu lebih baik daripada mencari salah. Berlapang dada atas kekurangan pasangan. Untuk yang sedang mencari pasangan, dalam fasa berkenalan itu, terimalah seadanya. Jangan kita nak Mr Perfect ke Mrs Perfect macam drama melayu, sampai kiamat takkan jumpa.
Kita nampak rumahtangga orang lain sempurna sebab mereka saling melengkapi kekurangan pasangan masing-masing. Terima kasih buat suamiku. Sepanjang hidupnya, menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang sempurna untuk aku. Al-Fatihah abang, Fikri Hamiz bin Hamidun.
Sumber kredit: Asyrafiah Sabri