ORANG HANYA TAHU BERTANYA, BILA NAK KAHWIN? KENAPA TAK KAHWIN LAGI? KAU DAH ADA SEGALANYA KENAPA MASIH MEMBUJANG? PENAT NAK MENJAWAB SEMUA PERSOALAN INI. SETIAP DARI KITA MEMPUNYAI SEBAB TERSENDIRI KENAPA BERKAHWIN AWAL MAHUPUN MEMILIH UNTUK BERKAHWIN LEWAT. BIARLAH ORANG TERUS BERKATA-KATA, ANDA TAHU SEBABNYA.


.

KELEBIHAN KAHWIN AWAL

1. Dapat membuat perancangan jangka panjang dan memulakan kehidupan bekeluarga lebih awal seperti rumah, kenderaan, barangan keperluan rumah dan sebagainya.

2. Jika dapat anak di usia yang muda, bila kita sudah mencapai umur 50-an anak-anak pun sudah besar, sudah boleh berdikari dan boleh uruskan diri sendiri.

3. Dapat merasai nikmat hubungan intim lebih awal dan lebih berkualiti tatkala tenaga masih kuat dan cergas serta libido masih tinggi.

4. Mempunyai isteri yang belum melewati usia subur untuk hamil dan melahirkan anak, oleh itu dapat mengurangkan risiko dan implikasi hamil pada usia lewat.

IKLAN

5. Dapat luangkan lebih banyak masa bersama pasangan yang kita cintai di usia muda sehingga tua sepanjang hayat kita.

6. Dapat mengelakkan orang yang kita suka terlepas ke tangan orang lain kerana dia terlalu lama menunggu kita tatkala persaingannya pun banyak.


.

KELEBIHAN KAHWIN LAMBAT

IKLAN

1. Mempunyai lebih masa dalam mencari orang yang betul-betul ideal dan matang untuk dijadikan pasangan hidup sepanjang hayat.

2. Mempunyai banyak masa untuk belajar dan siapkan diri dengan ilmu percintaan, rumahtangga dan kekeluargaan agar lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

3. Lebih mudah dan mempunyai banyak masa untuk berusaha mengejar impian dan cita-cita dalam bidang kerjaya atau pendidikan kerana tidak mempunyai komitmen rumahtangga.

4. Boleh luangkan lebih banyak masa untuk berbakti kepada ibu bapa serta membuat kerja-kerja amal untuk komuniti setempat dan masyarakat.

5. Boleh kumpul lebih banyak wang simpanan, stabilkan tahap kewangan dan kukuhkan ekonomi sendiri dahulu kerana hanya ada satu mulut untuk disuap.

IKLAN

6. Mempunyai lebih kebebasan untuk melakukan hobi, minat, makan makanan kegemaran dan buat apa sahaja yang kita suka tanpa ada kekangan rumahtangga.


.

Kesimpulannya, kahwin awal di usia muda atau lewat masing-masing ada kelebihan, dan juga kekurangan. Kalau nak kahwin awal, usaha cari jodoh untuk kahwin awal. Kalau rasa belum bersedia untuk kahwin cepat, ambil masa untuk fokus pada diri sendiri dulu.

Paling utama hal kahwin ini bukannya perlumbaan, yang kahwin dulu bukan bermakna menang, yang kahwin kemudian bukan bermakna kalah. Tiada siapa-siapa yang lebih dari orang lain.
Kalau ada orang mahu kahwin awal, biarlah. Kalau orang mahu kahwin lambat, biarlah. Kalau orang memilih untuk tidak berkahwin pun, terpulang, kehidupan masing-masing. Tak perlu kutuk, tak perlu sindir. Setiap orang berhak membuat pilihan untuk menentukan kehidupannya sendiri, jadi hormatilah pilihan orang lain.

Kahwin cerai ini semua berkaitan jodoh, dan seperti yang kita semua maklum jodoh semua adalah ketetapan Tuhan. Ada orang bercinta 10 tahun pun kalau tiada jodoh tak kahwin juga. Orang kalau kahwin 20 tahun pun kalau dah tiada jodoh akan bercerai jua.

Jadi tak kira sama ada kahwin awal atau lambat, yang penting sentiasa penuhkan ilmu di dada, kerana kahwin ini bukan sekadar hidup dan tidur bersama, malah ia datang dengan tanggungjawab, ujian, kelebihan dan kekurangan pasangan, penerimaan dan penolakan, kesabaran, ketahanan, toleransi, perubahan, peningkatan dan perubahan, kegembiraan dan kesedihan, nikmat dan musibah, kebahagiaan dan juga kesusahan.