DSC_7877

Bila nak masuk bab berkahwin ni, ada yang kata dah ready, ada juga yang kata masih belum bersedia. Sejauh mana pun persediaan anda pastinya dalam sesebuah perkahwinan itu terdapat hikmah di sebaliknya. Ini antara kebaikan bila anda sudah mula memasang niat untuk berkahwin kelak.

Berkahwinlah, Pasti Ada Kebaikan Yang Kita Tidak Nampak Ketika Senangnya Hidup Membujang
DSC_7805.

#1-Hikmah kepada hubungan dengan masyarakat

Melalui perkahwinan, terjaga kemaslahatan di kalangan masyarakat dan terbina dengan cara yang terbaik. Tanpa keluarga dan anak-anak, mereka akan terdorong untuk melakukan perkara lain bagi mengisi kekosongan hidup seperti memelihara haiwan dan sebagainya, tetapi mempunyai masa yang terbatas untuk bermasyarakat.

#2-Hikmah dengan kelahiran zuriat keturunan
Allah menjadikan manusia mempunyai pasangan masing-masing dan akan lahirlah anak-anak, cucu, cicit dan keturunan hasil daripada pekahwinan tersebut. Sesunguhnya dengan berumahtangga akan memudahkan manusia untuk menuju kepada syurga Allah dan dapat memelihara keturunan yang berterusan.

IKLAN

Berkahwinlah, Pasti Ada Kebaikan Yang Kita Tidak Nampak Ketika Senangnya Hidup Membujang
DSC_7923.

#3 Perkahwinan akan melahirkan zuriat-zuriat soleh dan solehah,
Maka Rasulullah sangat berbangga dan Bagindalah yang paling gembira kerana memiliki umat yang ramai pada Hari Akhirat kelak. Mereka yang berkeluarga akan beroleh doa daripada anak-anak yang soleh terutamanya apabila kembali menghadap Allah. Tetapi sebaliknya harta benda dan kemewahan di dunia tidak akan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

IKLAN

Berkahwinlah, Pasti Ada Kebaikan Yang Kita Tidak Nampak Ketika Senangnya Hidup Membujang
DSC_0122.

#4-Hikmah pada ketenteraman hati dan jiwa individu

IKLAN

Melalui perkahwinan jugalah dapat mendatangkan ketenteraman hati dan jiwa manusia. Di antara kebesaran Allah S.W.T ialah menciptakan isteri kepada golongan pemuda tanpa diduga oleh mereka sendiri kerana sudah tertulis dan ditakdirkan siapakah pasangan mereka.

Diciptakan Allah perasaan kasih sayang dan belas kasihan terhadap pasangan hidup masing-masing kecuali perasaan benci yang dihasut oleh syaitan untuk memecah-belahkan manusia.

Firman Allah S.W.T.: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum: 21) #5-Hikmah dalam kurniaan rezeki Allah akan menambah rezeki kepada mereka yang berumahtangga berbanding mereka yang hidup berseorangan kerana setiap daripada ahli keluarga dikurniakan rezeki masing-masing.Allah S.W.T akan menolong setiap orang yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya.

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Ada tiga orang yang akan mendapatkan pertolongan Allah: (1) orang yang berjihad di jalan Allah, (2) orang yang menikah demi menjaga kesucian dirinya, (3) budak makatab yang ingin membebaskan dirinya.” (HR. An-Nasa’i, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI