“Suami idaman adalah seorang suami yang dapat menenangkan isterinya dan memahami apa yang tersurat mahupun tersirat di sudut hati isteri. Disebabkan itu, jalan terbaik bagi lelaki ialah membantu isteri di mana patut, jangan goyang kaki apabila balik ke rumah dan mengharapkan isteri menyediakan semuanya kerana isteri juga bekerja. Mereka juga ada komitmen kerja, masalah dan tekanan tersendiri,” katanya.

Suami masih perlu membantu isteri walaupun dia suri rumah sepenuh masa. Tugas suri rumah dan menjaga anak itu sebenarnya lebih memenatkan berbanding bekerja di pejabat kerana ia berpanjangan dari pagi hingga malam.

Dr HM Tuah turut berkongsi enam langkah bagi meringankan bebanan isteri di rumah:

Berkat Sungguh Kehidupan Suami Kalau Ringan Tulang Bantu Isterinya

1. Berbahagi tugas mengikut minat dan bakat

Ini boleh dirancang ketika berada di dalam kereta sekiranya pulang bersama-sama atau boleh ditetapkan sejak awal lagi mengikut kepakaran dan minat masing-masing. Contohnya jika suami lebih seronok melipat kain berbanding memandikan anak, jadi serahkan tugas itu kepada suami. Ini bermakna si suami boleh duduk ‘sila panggung’ apabila sampai di rumah dengan membaca akhbar atau menonton televisyen tetapi tidak akan tidur selagi kain belum dilipat.

2. Lakukan semua perkara bersama-sama

Ads

Sebenarnya ia lebih seronok sekiranya dapat dilakukan contohnya si isteri memasak dan pada masa yang sama si suami membasuh pinggan mangkuk. Ini menjadikan hubungan lebih intim atau isteri memasak nasi dan si suami pula memotong bawang, selesai memasak, sama-sama boleh mengemas rumah.

3. Makan bersama boleh menghilangkan beban pemikiran

Bayangkan pasangan yang tiada pembantu rumah, jika boleh saling membantu dalam penyediaan makanan kemudiannya makan bersama-sama dengan anak yang keletah tentu menghiburkan. Selamilah tujuan berkahwin, bukankah antara lain untuk menikmati keindahan hidup dalam sebuah rumah tangga yang ceria.

Ads
Berkat Sungguh Kehidupan Suami Kalau Ringan Tulang Bantu Isterinya

4. Jika benar-benar penat elakkan memaksa diri

Pasangan yang sama-sama penat kerana bekerja sehari suntuk, boleh mengambil langkah menangguhkan kerja rumah buat sementara waktu. Ini bermakna, apabila sampai di rumah tangguhkan dulu perkara yang boleh ditangguhkan seperti mengemas ruang tamu. Lakukan apabila anda dan pasangan tidak terlalu penat atau lebih bertenaga. Memaksa diri untuk melakukannya hanya akan menyebabkan anda berasa tidak ikhlas, sakit hati dan semakin membenci pasangan.

5. Suami memujuk dengan kata-kata yang lembut

Ads

Jika sememangnya anda malas untuk membantu, jangan tunjuk ego tetapi pujuklah isteri yang sedang kepenatan itu dengan kata-kata yang menarik. Memuji boleh membuatkan isteri lega dan tidak terlalu rasa didera contohnya “Wah, ligat Aini buat kerja,” atau “Orang yang banyak bergerak bentuk badannya akan semakin mengancam, suami pun makin sayang,”

6. Usahakan pembantu

Jika keadaan sudah tidak dapat dikawal, maksudnya keadaan jadi lintang pukang serta sudah tiada kesanggupan untuk mengurus sendiri, mendapatkan pembantu rumah adalah jalan terbaik. Jika tidak mampu menggaji pembantu rumah sepenuh masa, anda boleh mengupah orang datang mengemas rumah pada hujung minggu. Kosnya lebih rendah berbanding pembantu rumah sepenuh masa.

Tidak mengapa berkorban wang demi keselesaan dan kebahagiaan rumah tangga, berbanding hendak melakukan semua perkara kerana hendak berjimat tetapi pada masa yang sama kasih sayang semakin terhakis.

Artikel ini d

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI