
Selalunya kita beranggapan bahawa seseorang itu saling bertahan kerana diri mereka masih mencintai antara satu sama lain tetapi sebenarnya tidak juga. Hubungan yang tidak bahagia biasanya timbulkan rasa tertekan dan kerisauan yang melampau, namun tidak semua orang ingin putuskan perhubungan seperti itu. Lelaki bernama Firdaus Shakirin ini kongsi Berpisah bukan pilihan jika anda ada tujuan utk bertahan..
Berpisah bukan pilihan jika anda ada tujuan utk bertahan…
Tujuan itulah yg akan mengekalkan anda di jalan yg anda pilih utk melaluinya…
Mgkin bagi sesetengah org, mereka nmpk perpisahan sebagai satu jalan utk menamatkan permasalahan mereka…tp ada yg tidak kerana dia mempunyai tujuan atau alasan utk bertahan…
Maka atas faktor itulah dia cuba utk meletakkan harapan dlm hubungan berkenaan…ada yg berjaya, ada yg gagal…berjaya atau gagal bukanlah boleh diukur dgn berapa sabarnya dia, berapa kuatnya dia, berapa tabahnya dia…
Tapi masalah itu dah ada jawapannya…
Masalah itu berjaya diselesaikan tanpa perlu melalui perpisahan…apapun masalah dlm rumahtangga kita, klu berjaya diselesaikan, maka alhamdulillah…klu tidak berjaya dan ianya berlanjutan sehingga berlakunya penganiayaan dan kezaliman, maka utk apa ada hubungan yg tidak membawa kepada kebahagiaan walaupun kebahagiaan itu terlalu subjektif utk diperkatakan…
Selagi masih ada tujuan yg bleh mendorong kita utk bertahan, maka bertahanlah…
Janganlah Membenci Pasangan Walaupun Ada Yang Menyalahi Hakmu

Jom audit diri, lupakan masa silam yang gelap, tetapi bayangkan masa hadapan yang terang-benderang bagi mengatasi rasa kebimbangan untuk meneruskan kehidupan. Jauhi diri daripada terperangkap dengan `dua pencuri’.
Pertama, pencuri masa lalu, yakni penyesalan masa lalu. Kedua, pencuri masa hadapan, yakni kebimbangan masa hadapan. `Penyesalan’ menyebabkan kita tidak ada masa hendak menggunakan masa sekarang dengan sebaiknya, kerana asyik mengenang masa silam yang kelam dan menyeramkan.
Fokus kepada perkara-perkara positif, pada masa yang sama berjaga-jaga dengan ancaman atau cabaran yang negatif. Ancaman atau cabaran ini ibarat nelayan dengan ombak, tidak boleh dipisahkan. Oleh sebab sudah biasa mengalami cabaran ini sejak sekian lama, bertenang dan jangan panik. Fokus, bertenang dan tidak melawan kuasa ombak. Jangan melawan arus. Biarkan arus itu menghanyutkan kita dan usah persoalkan keupayaan kita untuk terus hidup. Kita sudah dilatih untuk bersedia seumur hidup untuk menghadapi saat dilambung dan dihempas ombak. Sesungguhnya saat kita muncul di permukaan selepas dilambung dan dihempas ombak, akan ada ombak lain yang akan menghempas kita sekali lagi. Kelangsungan hidup bergantung pada bagaimana kita berkongsi kesakitan dan menangani keperitan itu secara positif.
Dengan cara ini, kita akan sanggup menghadapi semua cabaran kehidupan yang mendatang dengan penuh semangat dan kecekalan. Dan kalau kita diuji Allah dengan kejayaan, kesenangan, kejayaan dan ketenangan hidup jadikan anugerah itu sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, bukan menjauhkan lagi diri dari-Nya dan melupakan-Nya. Allah berfirman dalam surah (al-Munafiqun) ayat 9 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
Alangkah baik jika kita semua mengadu kepada Allah pada setiap saat dan melihat kuasa Allah dalam segala hal. Cara ini akan membuatkan kita sentiasa ingat Allah dan yakin Allah Maha Besar dan manusia tidak punya apa-apa. Sesungguhnya kita sangat lemah di sisi Allah. Kunci kebahagiaan menurut Ali bin Abi Talib ada tujuh. Pertama, jangan membenci sesiapa pun walaupun ada yang menyalahi hakmu. Kedua, jangan bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak. Ketiga, hiduplah dalam kesedaran sekalipun serba ada. Keempat, berbuatlah kebaikan sekalipun dalam kamu kesusahan. Kelima, banyakkan memberi walaupun anda sedang susah. Keenam, tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis. Ketujuh, jangan memutuskan doa untuk saudara seislam. Sesungguhnya kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya memerlukan seribu macam pengorbanan. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.”
SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD
Jadilah Isteri Yang ‘Kaya’, Berseronok Di Rumah Pun Boleh Boleh Kumpul Pahala

Saat mula bergelar isteri, tentu kita rasa teruja untuk menjaga suami dan rumahtangga. Macam-macam perkara yang kita fikir nak buat bersama suami. Dan sudah tentu impian setiap isteri adalah untuk menjadi isteri terbaik buat suaminya. Untuk menambahkan dan menaikkan semangat isteri untuk ‘berbakti’ kepada suami, pesanan Ustazah Asma’ Harun ini pasti membuatkan setiap isteri lebih teruja!
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri. Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
- Menjaga solat
- Menjaga puasa di bulan Ramadan
- Menjaga maruah diri
- Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Suami Miang Dengan Isteri, Boleh Buat Isteri Kurus

Apabila sudah berumahtangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan murung.
Semestinya ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati juga dapat memberikan kelebihan berikut: Selesai ijab-kabul, tiada rahsia antara kita.
1. Meningkat kepercayaan pada pasangan
Apabila saling berpelukan, suami isteri akan menjadi lebih terbuka. Tiada istilah tidak percaya. Tiada juga istilah menyimpan masalah bersendirian. Semuanya perlu dikongsi.
2. Menaikkan kadar hormon ‘oxytocin’
Oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta ini dirangsang, makan semakin bertambahlah kasih sayang. Apabila kadar hormon cinta ini tinggi, ia dikatakan dapat menghilangkan perasaan ‘lonely’, terpisah dan juga kemarahan.Cukup terharu apabila pasangan tua masih lagi mesra. Utuh sungguh cinta mereka.
3. Memanjangkan umur
Siapa yang tidak suka berpelukan? Berpegangan tangan dalam masa yang sama, sambil berbual mesra, mata bertentang mata, dapat meningkat kadar hormon ‘serotonin’. Serotonin dengan kadar normal akan membangkitkan perasaan bahagia.
Hormon ini juga akan menaikkan ‘mood’ seseorang. Apabila rasa bahagia, bukankah itu akan memanjangkan umur juga? Benar, hidup dan pemergian seseorang urusan Allah. Kita perlu berdoa akan sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur agar boleh terus beribadat pada-Nya.
4. Meningkatkan kadar imun tubuh
Apabila bersentuhan, ia akan mengaktifkan Solar Plexus Chakra. Dikatakan, ia akan merangsang ‘thymus gland’ yang akan mengawal keseimbangan produksi sel cairan putih dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan diri lebih sihat dan jauh dari penyakit. Kami bukan pakar dalam hal perubatan begini. Jika anda perlukan maklumat lanjut, boleh Google sahaja.
5. Meningkatkan rasa “self-esteem” atau harga diri
Jati diri atau harga diri? Pada kami, lebih kurang sama sahaja. Daripada kita dilahirkan, kita dipeluk sana sini. Ini menunjukkan kita disayangi. Hubungan antara harga diri dan pelukan ialah ia masih tersimpan dalam ‘nervous system’ kita sehingga meningkat dewasa.
Pelukan yang kita terima daripada ibu dan ayah semasa membesar akan tersimpan dalam ‘cellular level’ selamanya. Secara tidak langsung, ia mengingatkan kita tentang perasaan kasih sayang dan menjadikan kita lebih percaya pada diri sendiri. Lebih mudah lagi, sudah tersemat dalam hati kita untuk menyayangi diri sendiri.
6. Melegakan otot
Benar, bila otot lega, hilang tekanan atau ‘stress’. Pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran cairan merah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
7. Menstabilkan ‘nervous system’ atau sistem saraf
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu ‘nervous system’? Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Sumber dari syaufiqmujahid mengatakan bahawa ia terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ.
Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang (skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit rosak, boleh mendatangkan masalah. Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System. Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves.
Somatic, mengawal setiap pergerakan yang dirancang (voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri. Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Pernah dengan tentang Nervous System Breakdown? Bayangkan, sistem saraf tidak berfungsi lagi. Mohon jauh dari terjadi sedemikian.
8. Mengajar erti memberi dan menerima
Pelukan memerlukan dua orang bukan. Cuba anda berseorangan, boleh peluk diri sendiri tak? Kalau boleh, kami bagi RM1,000. Ok, main-main sahaja.Apabila berlakunya pelukan, satu pihak akan memberi, manakala satu pihak akan menerima. Ini menunjukkan ‘equal value’ antara keduanya. Maka apabila perasaan samarata itu dihargai oleh kedua-dua pihak, akan timbul rasa kasih sayang.
9. Meredakan kesedihan dan kedukaaan
Pelukan bukan hanya pada waktu gembira sahaja. Pelukan juga berlaku apabila kita bersedih. Kita memerlukan pelukan hangat dari seseorang. Dengan ini, emosi yang terbeban akan keluar pergi jauh-jauh secara automatik. Orang yang memberi dan menerima pelukan akan berasa kelegaan yang amat sangat.
10. Pengalihan tenaga positif
Ada orang peluk sambil marah-marah? Cuba buat sekali. Kalau tengah marah, selepas itu peluk, secara logik akal, ia akan mengalirkan emosi negatif iaitu amarah tersebut. Namun, tidak logik berpelukan semasa marah. Itu kita panggil ‘bertumbukan’.
Tiada orang berpelukan dengan emosi negatif. Jika negatif sekalipun, ia akan dineutralkan oleh elemen yang positif. Pelukan menggalakkan rasa ’empathy’ dan ‘understanding. Apabila sinergi ini berlaku, semua mendapat manfaatnya.
Sumber : bloggerindo