
Bercakap tentang jodoh adalah realiti kehidupan manusia yang tidak akan pernah habis untuk dibincangkan. Bagaimana tidak, sejarah kehidupan umat manusia bermula apabila Tuhan memberikan jodoh pasangan kepada manusia pertama dicipta-Nya. Inilah permulaan kemanusiaan yang bertambah dan mengisi bumi.
Orang-orang agama percaya bahawa jodoh itu di tangan Tuhan. Kepercayaan ini tertanam di tengah-tengah setiap manusia yang percaya kepada Tuhan. Kepercayaan seperti itu kadang-kadang memaksa ramai orang untuk menyalahkan Tuhan apabila mereka merasakan bahawa mereka terlalu lama untuk bertemu dengan pasangan sehati sejiwa.
Tuhan, di manakah pasangan jiwa saya? Tuhan, apakah kesalahan saya? Dan banyak lagi soalan yang seolah-olah menyiratkan bahawa Tuhan tidak cukup baik dalam membuat senario kehidupan manusia. Adakah Tuhan benar-benar lupa untuk menyediakan pasangan untuk kita? Adakah Tuhan tidak tahu apa jenis pasangan jiwa yang kita tunggu? Kita perlu ingat satu perkara, pelan Tuhan tidak pernah salah.

Dalam setiap peristiwa yang kita lalui dalam perjalanan hidup kita, ia dipanggil introspeksi diri sebagai sebahagian merenungkan apa yang telah kita lakukan semalam supaya situasi kita menjadi seperti hari ini. Yakinlah, sebenarnya Tuhan telah menawarkan pasangan hidup yang berpotensi untuk kita. Tetapi kita tidak bertindak balas terhadap apa yang Tuhan telah berikan kepada kita. Apa yang menyebabkan kita menolak pasangan sehati sejiwa calon dari Tuhan adalah perspektif kita tentang perkahwinan.
Kita tidak perlu menjadi munafik, selalunya kita sebelum perkahwinan kita menetapkan kriteria yang akan kita akan terima sebagai pasangan jiwa kita. Kemudian, apa yang sering berlaku dalam realiti, kita tidak pernah mendapatkannya sebab telah kita tetapkan dalam kriteria ini. Kriteria yang kita tetapkan mestilah jodoh yang sempurna, walaupun kita pernah mendengar bahawa tiada manusia yang sempurna?
Nafkah Darimu Suami, Menjadi Pahala Buatmu Kerana Permudahkan Hidupku

Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar……
Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Pahala Yang Paling Besar Untuk Suami Adalah Nafkah Yang Diberikan Kepada Isteri Mereka
Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita.
Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
“Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun sayangnya ada segelintir suami di zaman sekarang lebih mengutamakan keperluan dan kehendak mereka sendiri berbanding keutamaan memberi nafkah pada isteri.
Lebih teruk lagi apabila isteri mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri, ramai yang lepas tangan dan nafkah bulanan sepatutnya yang diberikan terus diabaikan. Walhal ada beberapa perkara asas yang memang wajib menggunakan wang suami.

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1. Makan minum isteri
a) duit belanja diri (menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3,000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan…jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
b) duit belanja dapur
2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
– petikan kuliah Ustaz Fawwaz
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
sumber : dirikhalifah
8 Tip Harungi Cabaran Di Awal Perkahwinan, Pengantin Baru Wajib Praktikkan!

Alam rumah tangga berbeza dengan alam percintaan dan ia penuh dengan cabaran. Inilah yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin dalam mematangkan sesebuah perkahwinan. Mungkin ia nampak mudah, namun persediaan fizikal dan mental perlu kuat dalam melayari bahtera perkahwinan.
Cabaran yang datang mungkin berbeza bagi setiap pasangan. Perselisihan faham dan pergaduhan sering terjadi dan ia merupakan cabaran dalam rumah tangga. nilah yang mematangkan setiap pasangan dalam melayari bahtera rumah tangga. Malah, ia juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu. Jom lihat cara untuk mengatasi cabaran di awal perkahwinan anda yang Pengantin sediakan!
1.UBAH RUTIN ANDA
Kalau hidup bagaikan rutin bermaksud anda telah mengambil kesempatan terhadap pasangan anda. Sesekali, lepaskan rutin itu dan pergilah berpacaran di mana-mana. Elakkan dari pergi balik kerja dan tidak memberi perhatian kepada pasangan anda serta perhubungan anda.
Kalau terlampau fokus kepada rutin sahaja, anda akan berasa kurang berpuas hati dengan perhubungan anda. Pasangan anda akan merasainya juga. Perkahwinan itu adalah perhubungan antara dua individu dan bukan seorang sahaja.
2. BERKOMUNIKASI
Bercerita, bersembang dan berbincang. Berceritalah mengenai pelbagai perkara tidak kira besar atau kecil. Seperti bagaimana kerjanya hari ini atau bagaimana hendak berjimat atau membelanjakan duit. Ia akan menolong mengenali pasangan kita dnegan lebih mendalam, menyelesaikan isu tertentu dan kekal berhubung dengan pasangan anda.
3. BERSIAP UNTUK SATU SAMA LAIN
Jangan lupa mandi! Bangun dan pakai pakaian yang pasangan anda suka. Pastikan anda wangi, Jangan mengambil endah perhubungan itu. Pastikan ia sentiasa istimewa. Apabila anda lupa untuk tampil sempuran, secara tidak langusng anda menghantar mesej kepada pasangan yang anda tidak kisah lagi dan anda tidak benar berminat dalam mengekalkan cinta antara anda berdua. Anda pelu menghantar isyarat kepada pasangan yang anda masih lagi ‘hot.’
4. TUNGGU UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Kalau boleh tunggu dulu sebelum anda merancang keluarga atau mendapatkan anak. Ini memberi masa kepada anda dan pasangan anda utuk membina asas rumah tangga yang kukuh. Pastikan perkahwinan itu mampu membina keluarga yang diimpikan. Ini bermaksud merapatkan diri secara emosi, tahu menyelesaikan masalah dengan mudah dan cari ritma anda sebagai pasangan yang sudah berkahwin.
5. JANGAN LUPA KELUARGA DAN RAKAN
Tidak bermakna apabila anda sudah berkahwin, anda perlu melupakan kawan dan keluarga atau apa sahaja yang bermakna kepada anda. Perlu diingat, anda juga perlu bersosial dengan kawan supaya berasa bersemangat dengan pasangan. Jangan mengharapkan pasangan anda untuk menjadi segala-galanya untuk anda.
6. BERSEDIA UNTUK BLUES SELEPAS BERKAHWIN
Sedar bahawa anda mungkin akan mengalami post nupital depression (PND). Ini bermakna anda akan rasa sedih dalam masa tiga atau enam bulan selepas berkahwin. Selepas keseronokan merancang perkahwinan dan sudah pulang dari bulan madu dan kembali kepada kehidupan normal, barulah PND akan muncul.
Biasanya si isteri akan sedia bercerita mengenai prasaan dia dan si suami jarang meluahkan perasaannya. Cuba kurangkan bercerita mengenai perkara yang sudah berlalu dan keluar bersama, Fahamilah bahawa anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan baru ini.
7. PUNYAI HUBUNGAN INTIM YANG BAIK
Hubungan intim amat penting dalam perkahwinan. pastikan kehidupan seks anda memuaskan utnuk anda berdua. Hubungan intim bukan bermula di katil tetapi bermula dengan berbincang dan melakukan apa sahaja yang membuat pasangan adna tersenyum.
8. SIMPAN DUIT
Kebijaksanaan mengurus kewangan keluarga adalah penting . Kerana ia adalah antara penyebab pasangan bergaduh dan bercerai. Anda boleh merancang majlis perkahwinan yang glamor dan menjalani hidup berdua tnpa perlu meminjam di bank. Jangan belanja lebih daripada apa yang ada. Fikirkan cara hendak menyumpan duit untuk hari tua anda.
Beri Layanan Umpama Raja. Baru SUAMI KITA Tak Cari Lain!

Tatkala usia perkahwinan mencecah ke dua angka, usah biarkan kehangatan perhubungan kian pudar. Semarakkan ia selamanya dan ketahui bagaimana untuk menjadikan suami sebagai insan yang teristimewa.
Untuk menakluki dunia sang Adam, para Hawa haruslah banyak belajar teknik-teknik bagaimana untuk merayu serta memancing pasangan.
Seboleh-bolehnya semua ingin kelihatan sempurna di mata si dia bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Namun, ada satu RAHSIA penting yang anda harus ketahui iaitu layanilah si dia umpama raja. Dia pasti akan merasai dirinya dihargai dan dihormati.
Ayuh, berhiaslah secantik mungkin demi suami yang tersayang!
Helah Berhias Cantik Di Kamar Beradu
- Sebelum tidur, pilih pakaian dalam atau baju tidur yang diperbuat daripada satin atau sutera. Penampilan anda akan kelihatan lebih feminin dan seksi.
- Semburan minyak wangi atau losen dapat menggoda jiwa si dia. Tumpukan di bahagian pusat sensual utama seperti leher, dada, belakang telinga serta pergelangan tangan.
- Gelungkan atau sanggulkan sekiranya anda memiliki rambut yang panjang. Sanggul ke atas supaya bahagian leher anda terlihat jelas.
- Tampil berbeza serta berani dengan solekan ala geisha. Oleskan bibir mungil anda dengan rona lipstik merah menyala.
- Hiaskan indah salah satu sudut rumah sebagai ‘lokasi cinta’ anda berdua. Letakkan beberapa batang lilin di segenap sudut tersebut. Tambahkan elemen-elemen muzik lembut untuk mencetuskan suasana yang romantik