Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?
Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak? Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke? Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai? Ya. Ada 2 tanda amalan suami isteri itu Tuhan terima.
1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat
Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana.
Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.
2. Berterusan membuat kebaikan
IKLAN
Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan. Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga.
Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah. Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.
Kesimpulan
IKLAN
Rumahtangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu. Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.
Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan. Setia disisi walau diuji. Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya. Rumahtangga bahagia kerana taqwa. Rumahtangga derita kerana dosa.
Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan. yang ada masalah sakit kaki juga boleh cuba.
Petua ini dikongsikan oleh No Or. Selamat mencuba!
PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI DAN LENGUH BADAN
Selain dari perlu jaga apa yang kita makan dan amalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua jugak yang orang-orang dulu biasa amalkan untuk hilangkan sakit badan dan kuarkan angin dalam badan kita ni.
Salah satu petua yang Cik No nak kongsi ni, di amalkan sendiri oleh emak kawan baik Cik No sendiri. Mak dia buat air ni untuk minum. Untuk hilangkan sakit-sakit badan dan buang angin. Memang berkesan sangat.
Kebas kat kaki dan tangan pun boleh lega. Selain dari tu, kalau yang ada masalah susah buang air besar pun boleh cuba tau. Sebabnye die boleh bantu untuk cuci darah beku dalam badan jugak.
BAHAN-BAHAN:
halba 1 bungkus (50sen)
Halia 1 – 2 inch
serai 1 batang (yang gemuk)
air 3 gelas besar
1 sudu asam jawa
CARA-CARA
Rebuskan semua bahan bertanda * dalam periuk hingga mendidih.
Bila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan tadi dengan 1 sudu asam jawa.
Kacau hingga sebati
Seeloknya, minum masa suam.
Paling bagus minum sebelum masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi, badan rasa segar je.
Boleh amalkan 1 atau 2 kali seminggu.
**Nota:
Lebihan air rebusan ini boleh disimpan dalam peti ais 1 hari saja.
Wanita memang tidak dapat lari daripada alat solek dan kecantikan. Tetapi saya bukanlah mahu berkongsi cara bersolek yang terperinci kerana saya sendiri memang tak pandai bab-bab tersebut. Namun apa yang saya nak kongsikan di bawah ini masih ada menyentuh bab kecantikan wanita iaitu tip solekan untuk kulit gelap.
Tip Solekan Untuk Kulit Gelap
1. Pilihan warna-warna lembut seperti merah jambu, dan oren gelap adalah warna tepat untuk solekan bahagian pipi.
2. Untuk siang hari gunakan pemerah pipi berwarna merah jambu. Untuk malam hari pakai warna gangsa atau warna plum.
3. Jangan terlalu banyak bereksperimen dengan pilihan warna terutama untuk solekan bahagian mata. Sebaliknya pilih warna-warna tanah yang lebih natural seperti cokelat atau merah bata. Warna warna terang atau putih harus dihindari terutamanya untuk pembayang mata.
4. Bagi teknik solekan mata, pilih coklat terang untuk kelopak atas dan coklat gelap untuk bahagian lipatan kelopak mata. Sapu sedikit ke dalam dan ke luar. Teknik tersebut juga boleh memberikan kesan dalam pada mata.
5. Untuk bahagian bibir, pilih gincu/lipstik warna natural seperti coklat, merah tua, anggur, dan sebagainya. Untuk yang lebih berani boleh juga gabungkan dua warna yang disebutkan tadi.
6. Jangan sapu lipstik secara berlebihan. Pastikan lipstik tersebut sesuai debgan kulit anda. Pilih warna agak gelap untuk waktu malam agar lebih romantis dan elegan.
7. Sesuaikan lipstik dengan pilihan warna pembayang mata bagi mendapatkan kesan lebih sempurna.
Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.
Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.
6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.