Tidak dinafikan dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Pergaduhan antara suami dan isteri dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa. Namun, ia terpulang kepada kita tentang bagaimana kita mengawal situasi tersebut. Adakah kita seorang yang penyabar atau tidak. Setelah sekian lama bersama dari sinilah fasa yang anda dapat lihat sisi lain pasangan anda.
Namun, adakah anda akan menerima mereka dengan penuh ikhlas? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa walaupun telah lama mendirikan rumah tangga namun kasih sayang itu semakin hilang. Adakah salah sendiri atau pasangan? Seeloknya sebelum membuat sesuatu keputusan berbincanglah dengan pasangan anda terlebih dahulu. Mungkin ini puncanya kenapa hati pasangan tertutup pada anda yang asalnya dia sayang.
1) Asyik mencari kesalahan pasangan
Bila pasangan ada buat salah, haa tang tu jelaa nak cari kesalahan dia. Ada je benda tak kena. Itu salah ini salah semua salah, anda jela yang betul. Asyik dia jelah yang salah. Cuba fikir juga mungkin ada silap anda juga sehingga terjadinya perkara ini. Tak ada satu manusia pun yang ingin lakukan kesilapan. Semua orang nak buat baik begitu juga anda dan pasangan anda. Jadi kesilapan-kesilapan yang pernah pasangan anda lakukan adalah kerana kebatasan ilmunya. Bayangkan anda dalam situasi ni? Apa perasaan anda bila pasangan asyik cari kesalahan anda?
2) Pentingkan diri sendiri
IKLAN
Kenapa anda ‘selfish’? Sebab anda terlalu fokus pada diri sendiri. Dalam sesebuah hubungan itu adalah tentang anda berdua. Fikir perasaan pasangan anda. Bila terlalu fokus pada diri sendiri itulah yang menyebabkan suami tertutup hati pada anda yang selfish. Pernah tak anda fikir yang suami anda juga manusia? Dia juga ada keinginan dan kehendak dia sendiri.
3) Tidak menghargai pasangan
Benda ini ramai pasangan yang buat. Bila pasangannya buat salah sikit dalam sebulan itulah dia nak ungkit, kesalahan yang pasangan dia buat tu dia rasa macam nak kiamat dah dunia ni, tapi bila buat baik dia tak ambil kisah pulak. Suka mengambil kesempatan.
Inilah punca kenapa pasangan tawar hati pada anda sebab dia rasa dia tak dihargai. Anda tak hargai kebaikan yang dia pernah buat dan anda tak nampak kebaikan yang pasangan yang dah berikan pada anda.
IKLAN
4) Cari kekurangan pasangan
Bila anda selalu mencari kekurangan pasangan, anda akan fikir banyak benda-benda yang buruk pasal mereka. Anda nak pasangan anda jadi seperti apa yang anda nak sedangkan anda sendiri tak mainkan peranan untuk bantu dan menolong pasangan dengan kelebihan-kelebihan yang dia ada.
5) Faktor fizikal
IKLAN
Walaupun faktor fizikal ni tak ada kaitan dengan hati dan perasaan tapi ianya menjadi faktor paling utama kenapa pasangan dah tak ada hati atau cinta dia dah hilang pada anda . Sebenarnya bila pasangan mengamalkan praktis seksual yang tidak fokus kepada MONOGAMY atau tidak pro kepada MONOGAMY secara tak langsung ia akan membuatkan kita dan pasangan dah hilang spark.
Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu suami perlu menghargai isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat kita di dunia.
Di saat itu, bermulalah tanggungjawab lelaki bergelar suami dan bapa dalam menjaga si ibu dan bayi. Semoga perkongsian dari Encik Matt ini bermanfaat.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ini akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak terganggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas
Bantu isteri banyakkan berjalan
Bantu isteri susukan anak
Bantu isteri tukar lampin anak
Bantu isteri mandi, buang air
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang, sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa suami perlu buat?
Ikan yang segar
Sayuran kampong
Ayam kampong
Telor ayam kampong
Daging lembu segar
Pantau luka
Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT (darah beku disalur darah)
Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup
AMBIL TAHU:
ILMU PENYUSUAN, cari posisi bayi ketika menyusu
Amalan @ pantang larang ketika isteri berpantang
Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
Jadual pemeriksaan bayi dan ibu di klinik
Basic urutan untuk ibu berpantang
Cara berbedong/bekong
Jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas
Suami kena selalu peluk isteri, ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang, abang sayang sayang, lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
“Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, berikanlah dia ganjaran pahala, berikanlah dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari segala penyakit..”
Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri. Insyaallah jika kita (suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.
Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.
.
1. Tingkah laku suami
Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.
Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.
2. Standard tidak realistik
Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya.
Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.
3. Tidak menghargai isteri
Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.
Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.
Petanda
Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami. Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah.
Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.
Menilai diri
Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.
Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.
.
Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain?
Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?
Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.
Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.
Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.
Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.
Berminggu ditinggalkan, dan adakalanya berbulan, bukan semua wanita yang bergelar isteri mampu melayari kehidupan seperti ini. Diam mereka bukan bermaksud, tapi atas tuntutan kerja di dasar laut, buat yang mengerti saja pasti memahami. Lelaki ini kongsi rasa seorang isteri yang mempunyai suami yang bekerja di pelantar minyak.
Isteri orang minyak
Mereka manusia terpilih, tahukah kamu dalam ramai-ramai perempuan kenapa mereka ini terpilih untuk menjadi isteri kepada orang minyak? Tentu sahaja kerana mereka ini mempunyai sifat-sifat yang hebat berbanding dengan perempuan lain.
Kecekalan mereka di saat koorang meninggalkan mereka berseorang di darat. Adakala koorang meninggalkan mereka dengan sedikit bekalan wang untuk mereka menampung perbelanjaan harian selama mana koorang di lautan. Adakalanya koorang meninggalkan mereka dalam saat mereka sarat mengandungkan anak koorang hinggakan kadang-kala mereka melahirkan anak sendiri tanpa koorang di sisinya. Ketabahan mereka di mana tangan kanan mereka menggendung si kecil, tangan kiri mereka memimpin si besar. Kebijakan mereka memberi alasan di saat ada orang menaggih hutang di waktu koorang di lautan.
Bila orang-orang minyak menyepi berminggu-minggu tanpa khabar berita…hati mereka ini tak tenang , berdebar-debar dan tanpa putus-putus berdoa tentang keselamatan koorang di sana. Kepulangan koorang di tunggu-tunggu , di saat koorang sampai ke darat merekalah yang paling sibuk menyediakan makanan kesukaan koorang. Waktu koorang kembali berangkat ke lautan sekali lagi mereka ini mengalirkan air mata , dalam hati mereka hanya ada satu….mahu bertemu koorang semula selepas ini yang belum pasti bila, mungkin seminggu,mungkin sebulan dan mungkin jugak setahun lagi dan mungkin juga tak akan bertemu lagi.
Dulu mereka di uji dengan ketiadaan koorang di sisi mereka, kini walau koorang sudah di sisi mereka namun mereka sekali lagi di uji dengan koorang yang tidak punya pekerjaan dan sumber kewangan akibat dari kegawatan industri minyak global. Dugaan demi dugaan mereka tempuhi dengan tabah dan dengan hati yang terbuka. Mereka sentiasa tersenyum walaupun tiada lagi garam dan gula di dapur…. demi koorang.
Mereka ini semua sungguh hebat, di waktu koorang termenung mengenang nasib dan masa depan yang hampir gelap ,mereka tetap memberi kata-kata semangat untuk koorang tidak terus rasa tertekan.
Wahai orang-orang minyak, jangan koorang pikir koorang ni dah hebat sangat, isteri koorang yang sentiasa berkorban untuk koorang tu di darat lagi hebat . Koorang hanya di uji semasa di lambung ombak dan bermuntahkan hijau sahaja tapi mereka ini di uji di saat koorang berkerja bergaji mewah hingga di saat koorang tak ada punca rezeki langsung untuk menampung kehidupan keluarga……jadi wahai orang-orang minyak sekelian jangan koorang sia-siakan mereka ini. Kerana kehebatan dan semangat mereka inilah yang menyebabkan mereka di takdirkan untuk menjadi sebagai isteri orang minyak.
Susah dan senang bersama orang minyak… tabekkk springggg to all of you!!!!!