
Pertunangan adalah janji bagi kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan untuk mengikat tali perkahwinan. Biasanya perkara ini melibatkan waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak.
Soalan yang biasanya timbul di dalam pertunangan ialah adakah dibenarkan syarak untuk menghebahkan pertunangan tersebut sepertimana majlis perkahwinan atau tidak?
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah perkara yang digalakkan. Ini kerana terdapat hadis daripada Ummu Salamah R.A. yang mana Rasullullah S.A.W. telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat Al-Imam Al-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu sebahagian Al-Malikiyyah (pendapat yang berpandukan mazhab Imam Malik bin Anas bin Abi Amir Al-Ashbahi 93 – 179H) berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Perkara ini juga seperti mana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar Al-Khalil yang mana Al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
وَأَمَّا الْخِطْبَةُ بِالْكَسْرِ فَيُنْدَبُ إخْفَاؤُهَا كَالْخِتَانِ وَإِنَّمَا نُدِبَ الْإِخْفَاءُ خَوْفًا مِنْ الْحَسَدَةِ فَيَسْعَوْنَ بِالْإِفْسَادِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَهْلِ الْمَخْطُوبَةِ
Maksudnya: Adapun Al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti Al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan di antara orang yang bertunang dan pasangan yang ditunangnya.
sekadar gambar hiasan.
Selain itu ada juga pendapat lain yang menyatakan tiada masalah untuk menghebahkan pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.A. yang disebutkan sebelum ini, dinilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis (orang yang pakar dalam ilmu hadis).
Kesimpulannya tiada masalah untuk menghebohkan pertunangan. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkan serta menyambutnya kerana pertunangan hanyalah janji kepada perkahwinan dan boleh sahaja pertunangan tersebut dibatalkan. Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan kerana perkara ini lebih dituntut. Namun begitu dibolehkan juga merahsiakan pertunangan untuk mengelakkan hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbul fitnah.
Suami Terlalu Mesra Pun Boleh Jadi Punca Gaduh

Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan perlahan-lahan akan jadi musuh isteri. Kebanyakan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Cuba anda semak kalau ada 15 sikap ini dalam diri, anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok…

1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!
2. Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.
3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.
4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?
5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.
6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.
8. Tidak tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.
9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!
10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…
11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.
12. Malas buat kerja
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.
13. Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.
14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.
15. Berat sebelah
Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.
Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang…
Suami Yang Baik Bukan Bagi Cintanya Di Awal Perkahwinan Sahaja, Tapi Selamanya!

Masa belum kahwin, perangai sebenar belum terserlah. Bila dah kahwin, segala-galanya akan terbuka, buat isteri ternganga, macam tak percaya, begitu sekali perangai dia.
Jadi, kalau selepas kahwin, si suami masih lagi ada sifat dan perangai macam ini, ternyata beruntung si isteri. Ya memang suami ada hak pada isteri, tapi bukan bermakna boleh buat apa-apa sahaja sesuka hati.
Sila jangan mencebik bibir. Percayalah, spesis suami yang baik dan penyayang masih wujud di muka bumi ini.
1. Suami yang masih ucapkan ‘I love you’
Lelaki sebenarnya susah nak luahkan kasih sayang dengan mulut. Egolah katakan. Selalunya dia tunjukkan sayang dengan perbuatan. Entah perbuatan apa, tidaklah diketahui.
Kalau dah bertahun-tahun kahwin, si suami masih lagi tak lepas ungkapan ‘I love you’ dari mulut dia, sememangya dia memang betul-betul sayangkan kita.
Cuma kena hati-hati bila tak pernah kata ‘I love you’, tiba-tiba mengada-ngada cakap ‘I love you’. Itu mungkin petanda dia nak kahwin lain.
2. Suami yang sayangkan mak dia
Bukan bererti dia anak mak, yang sanggup dengar kata mak, lantas menyisihkan isteri. Suami spesis ini adalah suami yang mampu membahagiakan dua wanita yang dia paling sayang. Dua wanita yang penting dalam hidup dia.
Apa yang mak dia nak, dia cuba tunaikan. Ada kalanya, isteri tak setuju. Lantas suami jenis ini bijak mencari penyelesaian.
Sebaliknya, apa yang isteri dia nak, dia akan cuba tunaikan juga. Bukan hanya satu ’side’ semata-mata. Walaupun ada jenis yang sembunyi-sembunyi, takut mak dia tahu.
3. Suami yang masih suka peluk isteri dari belakang
Awwwww, ini ‘sweet’. Bayangkan masa kita basuh pinggan di dapur, si suami rangkul pinggang kita dari belakang sambil membisikkan “Abang sayang ayang”.
Okay, sila jangan muntah hijau. Atau buat-buat muka nak muntah.
Cakaplah apa nak kata. Geli? Silakan terus dengan geli.
Belum rasa belum tahu. Bahagia, tahu?
4. Suami yang mendahulukan isteri dari kawan-kawan
Kawan ajak pergi futsal, dia belum jawab mesej. Kawan ajak pergi minum kedai mamak, dia biarkan sahaja mesej Whatsapp berlalu. Tidak mahu beri ‘bluetick’ katanya.
Suami jenis ini akan tanya isteri dulu untuk keluar. Bukan takutkan isteri, cuma hormatkan si isteri.
Ataupun, suami jenis ini akan jawab, “Aku ada hal laaa bro. Lain kalilah ye”. Padahal, tak ada apa-apa pun. Kalau si suami pergi keluar juga, si isteri janganlah bagi renungan tajam sambil kata, “Pergilah, nak balik pukul berapa pun ikut suka”. Terguris hati dia.
.
5. Suami yang asyik nak berkepit dengan isteri
Ini suami yang jenis pergi kedai, dia angkut satu rumah. Si isteri pula yang rimas, nak kena bersiap.
Si isteri janganlah pula rasa si suami menyusahkan pula. Itu tanda dia sayang.
Hidup suami tak ‘complete’ tanpa isteri di sisi. Chewah!
6. Suami yang jenis buang sampah tanpa disuruh
Situasi normal ialah apabila si isteri asyik nak terpekik-terlolong minta si suami buang sampah yang dah penuh. Peringatan yang pertama, gagal di laksanakan. Peringatan kedua, juga selalunya dibuat-buat tak dengar oleh suami. Peringatan ketiga biasanya datang dengan bebelan panjang yang akhirnya akan buat kedua-duanya bermasam muka.
Ini bukan kisah mitos.
Ini kisah benar. Orang dah kahwin pasti tahu.
Jadi, apabila suami adalah jenis yang tahu apa yang isteri dia nak, dan jenis yang tahu jalankan tanggungjawab, akan buang sampah tanpa disuruh.
Nampak mudah, tapi besar impaknya dalam hubungan rumahtangga.
.
7. Suami yang tak menyampuk bila isteri bercakap
Ini antara yang paling susah bagi suami. Selalunya, bila isteri mula bercerita, suami akan angguk dan dengar, sambil cuba menyampuk dan mematahkan hujah si isteri.
Sebaliknya, suami yang prihatian akan angguk, dengar, berkata “ooohhhh”, mengulang kembali hujah isteri, tanpa sedikitpun ‘judge’ pandangan isteri.
Di sini, komunikasi itu penting. Si suami yang pandai membiarkan isteri meluahkan perasaan tanpa diganggu, adalah suami yang bijak.
Walaupun sebenarnya si suami tidak faham apa-apa.
8. Suami yang memuji masakan isteri
Walaupun kadang-kadang rasanya tak seberapa. Kadang-kadang, suami ambil jalan tipu sunat juga untuk jaga hati si isteri.
Suami kena ingat, isteri ada kelebihan memori di sini. Isteri boleh ingat secara terperinci bila si suami komen tentang masakan si isteri yang tak sedap. Lauk apa, hari apa, tarikah berapa, pukul berapa; semuanya tersemat di minda si isteri.
Memori ini akan dikeluarkan sebagai senjata suatu hari nanti. Buat suami, bersedialah.
9. Suami yang masih pegang tangan isteri
Masa belum kahwin, nak sangat pegang. Benda haram kan sedap. Bila dah kahwin, jarang-jarang perkara ini berlaku. Si suami biasanya jauh sebatu.
Jadi, berterima kasihlah pada suami yang sudi pegang tangan isteri, yang kedutnya semakin nampak jelas lantaran banyak buat kerja rumah.
10. Suami yang buat kerja rumah sama-sama
Ini sukar. Sangat sukar.
Selalunya, suami akan biarkan sahaja si isteri macam lipas kudung kemas rumah. Jadi, suami jangan marah bila ‘mintak, tak dapat’.
Ringan-ringankan sikit tangan, hilang sikit beban.
Suami Bila Ada Masa, Buat Kerja Rumah. Bukan Main Hp, Lepak Dengan Kawan-Kawan

Bukan tak boleh, boleh nak lepak, nak main hp. Tapi kalau boleh make sure la rumah tu berkemas dulu. Bantu isteri apa yang patut. Bukan ke itu sebahagian tanggung jawab suami juga. Didik diri buat kerja rumah.
“Ayg, dlm peti ais ada apa lagi?”
Ikan kembung ada 5 ekor, tenggiri sekor, ayam sebelah…”esok ayg p pasar ya, duit abg dh letak dlm beg, klu xcukup, ambik yg abg selit tepi laci almari tu…”
Esok bila blk keje, “Ayg, pagi tadi p pasar habis brapa ringgit…?”
40 bang…”Dalam beg tinggal lagi brapa?”…30 lagi…saya ambik beg duit isteri, tambah lagi 50…Esok2 balik tanya lagi, duit kurang, kita topup…bukan nk bgtau yg saya ni byk duit, tapi itu tanggungjawab suami…duit yg dia habiskan tu, semua utk belikan brg2 utk dia nak masak…bg mkn minum ni termasuk dlm nafkah & tanggungjawab seorang suami…
Pastu, buka mesin basuh, tgok ada pakaian xbasuh lg…”Ayg, ada x lagi baju2 kotor yg nak basuh…?”Dia ambik, buh dlm mesin…kita pun masukkan air, masukkan sabun, biar mesin tu jalan sendiri…siap ja basuh, kita buh dlm bakul…”Abg, tinggal la, esok ayg sidai…”… Xpe, ni keje abg, abg sidai jap je ni…
Ujung2 minggu, ari sabtu dan ahad, tanya isteri, “umah dah sapu ke yg?” Dah…dua ari lepas bang…”Ok, abg sapu lagi…” Jumpa la rambut dia, bergumpal sana sini…”Ayg, meh nak tgok kepala…” Dia pun dtg…”Kenapa bang?” Saja, abg jumpa byk rambut bila abg menyapu umh, abg takut ayg dah botak je (saja gurau2 dgn isteri)…saya sambung sapu umah, mop umah, cuci kipas, lap almari…isteri jaga anak, suap anak sarapan sambil main basikal kat luar, saya dok dlm umah, buat keje2 umah…
Siap je keje, ambik periuk nasi, basuh beras, masak nasi 2 pot, cukup la utk kami satu keluarga…”Ayg, abg kluar beli lauk yg dh siap kt kedai…ari ni ayg xpyh masak, cuti, berehat…”
Ini adalah antara tanggungjawab seorang suami dlm rumahtangga…jgn bersikap lepas tgn dan menganggap ini tanggungjawab dan tugas seorang isteri…bila suami ada kesempatan, ada masa, kena buat smua keje2 ni dan bukannya mengadap hp atau keluar melepak dgn kwn2…
Didik diri utk buat keje-keje umah…ini keje suami…
Rasulullah s.a.w pun byk membantu isteri2nya dlm melakukan keje2 umah apabila baginda ada masa lapang…Sunnah ni, jarang suami2 nak ikut, tp klu sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut…tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggungjawab2 ni, klu selalu buat, lama kelamaan dh jd biasa…not a big deal pun…
Hakikatnya ini memang keje suami, dan utk menjadi isteri yg baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat…
Kredit : FB Firdaus Shakirin