115822xlotqrmrcloem0ms

Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki. Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.

Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa.

Besar Rahmat Suami Isteri Yang Mempunyai Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu

Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan Lagi” tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

IKLAN

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

IKLAN

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lelaki dan wanita Allah ciptakan berbeza… beza sungguh… bukan dari segi zahir je.. batin pun sama.. dari segenap aspek memang berbeza… tapi Allah jadikan lelaki dan wanita berpasangan…boleh hidup bersama..

Lelaki dan wanita boleh jadi salah faham… sebab perbezaan kefahaman… Dalam komunikasi lisan, lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Sebab tu juga wanita ni banyak bercakap.

Besar Rahmat Suami Isteri Yang Mempunyai Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam perkara-perkara berikut:

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki. Wanita kalau 4 orang bersembang, 4 4 akan bercakap.. sebab dia boleh dengar dan cakap.. tapi kalau lelaki, sorang cakap, sorang dengar.. sebab tu juga suami isteri boleh jadi salah faham… Bila isteri cakap suami diam.. isteri akan kata “saya cakap ni, kenapa awak diam?”. Tapi kalau suami pula bercakap, dan isteri bercakap juga.. akan jadi “saya tengah cakap ni, boleh tak awak diam?”.

2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan. Yang ni tak berapa relevan zaman sekarang… sebab kalau tengok pitch wanita la ni.. sama naik dah dengan lelaki kalau nak beri penekanan… kecuali kalau bos wanita.. tapi ada juga bos wanita guna pitch tinggi untuk tegaskan sesuatu.

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat. Tapi wanita sekarang dah boleh buat keputusan sendiri.. tapi bagi isteri wajib ya bincang dengan suami walau apa sekali pun hatta jika guna duit isteri sendiri.. itu sebagai tanda hormat isteri kepada suami.

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan. Sebab tu, page luahan hati dan perasaan ni memang didominasi wanita.

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat. Ada benarnya.

6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat. Setuju!

7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.Teramat setuju dengan fakta ini.

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain. Tapi dalam hal dan masalah rumahtangga, sila rujuk yang pakar ye.. bukan pandangan orang di media sosial… nanti lagi memburukkan keadaan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI